Original Indonesian Receipt @ Ayam Penyet Ria, 1Borneo Kota Kinabalu

Assalammualaikum 💕

Ok Ju nak kongsi dengan kau orang salah satu restoran yang Ju suka pergi sebab makanan sedap dan harga ekonomik. Pendek kata, favourite restaurant gitu ! Masa ni jalan-jalan self reward dengan suami di 1borneo iaitu salah satu kompleks beli belah dekat Kota Kinabalu ni. Dah nama nya self reward,  jalan shopping sambil belanja suami sebab rajin teman kita COD barang 😁

Bab lain awak suruh  Ju tunggu, Ju ok saje. No hal.  Jangan bab makan. Kalau perut dah lapar, Ju memang tak dapat nak menahan 😌

Original Indonesian Receipt @ Ayam Penyet Ria, 1Borneo Kota Kinabalu || Jika tekak kau orang yang comel tu memang tekak suka makanan tradisional atau menu kampung, kita geng ! Dan bagi kau orang pula yang nak merasa menu tradisional tapi tak tahu nak test dekat mana ni lah salah satu restoran yang Ju sarankan untuk kau orang singgah. Bukan sekadar menghidangkan pelanggan dengan menu tradisional Indonesia, pelanggan juga dihiburkan dengan alunan lagu masyarakat tersebut. Haa memang terasa sangat lah kau orang makan macam dekat Indonesia, tambahan lagi para pekerja dekat sini berpakaian kerja corak batik Indonesia tu ! Tengah makan tu macam lupa kau orang dekat Sabah 😅

Antara menu yang popular dekat sini kalau kau orang nak makan nasi putih ialah ayam penyet, lele penyet (ikan keli), ikan putih penyet, ikan terbang, terung penyet, udang penyet, ikan bakar  dan lain-lain lagi dengan nama sedikit pelik Ju tak ingat tapi rasa dia memang menjadi igauan tekak kau orang tau ! HAHAHA. Bagi makanan bergoreng pula terdiri dari nasi goreng gila, mee goreng gila, (penulis tak gila ok hahaha) dan pelbagai lagi lah, nak tahu menu lain kau orang kena singgah tau !

Cara nak order bila kau orang sampai sini, kau orang pilih dulu menu kemudian isi menu form tu mana kau orang nak makan baru tu pass dan bayar terus dekat kaunter dengan sendiri tau. Kira ok jugalah cara dia ni sebab kaunter bukan jauh pun lagi tu restoran tak berapa besar, kira bagus biar pelanggan datang sendiri bayar dekat kaunter. Jangan pula kau orang datang makan sini panggil2 waitress macam dekat kedai mamak tu hoho. Waitress cuma datang dekat kau orang untuk hantar form menu dan hantar makanan sahaja ye.

Ju bila masuk sini tak lain tak bukan mesti order ikan putih penyet atau pun lele penyet bersama nasi putih. Masa ni memang nak sangat makan nasi ikan putih penyet dan suami pula nak test makan nasi putih bersama ayam tanpa tulang. Untuk minuman pula suami pilih Ice longan Cincau. Ju takda order minuman sebab sekarang berpantang segala jenis minum kecuali air putih suam yang dibawa ke mana sahaja bersama-sama.

Masa Ju datang memang ada beberapa pelanggan juga yang tengah syok makan dan santai diiringi muzik-muzik Indonesia ni, kira 15-20 minit macam tu lepas submit menu form, kami dah dapat menu makanan. Cepat kan ? Well, 5 star untuk service dia orang ni.
Antara sebab utama juga Ju suka ke sini sebab sambal dia orang dekat sini, ada 4 jenis sambal tau bergantung kepada jenis menu kau orang tu. Kau orang boleh refill sambal dekat meja yang disediakan, refill saje berapa kali kau orang nak. Takda limit pun. Sambal dia orang memang kaw sangat. Hidung Ju mandi peluh tau HAHA. Ju rasa tukang masak ni memang pure Indonesian juga kot.

Persekitaran pun nampak selesa dengan tempat duduk yang disediakan kebanyakannya tempat duduk berkembar yang boleh muat duduk untuk 4-6 orang. Jika kau orang datang berjemaah pun jangan risau, tempat duduk luar pun ada disediakan kalau nak tempat lebih terbuka dan selesa untuk makan dan  berborak dengan member kau orang.

Jika kau orang plan nak singgah waktu makan tengahari, Ju sarankan kau orag booking meja sebab confirm full kalau kau orang lewat tau. Ju pernah 2x datang nak makan masa lunch, fuh ! Penuh tau. Restoran ni beroperasi dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Tak rugi datang dan singgah tau 😍











Original Indonesian Receipt @ Ayam Penyet Ria, 1Borneo Kota Kinabalu 

088 488 228
10 PAGI - 10 MALAM







Original Indonesian Receipt @ Ayam Penyet Ria, 1Borneo Kota Kinabalu 

088 488 228
10 PAGI - 10 MALAM

Ikan Putih Penyet RM 13.80
Ayam tanpa Tulang RM 12.70
Ice Longan Cincau RM 6.30
JUMLAH RM 32.80


Kredit Google Map untuk rujukan lokasi Ayam Penyet Ria, 1Borneo Kota Kinabalu 

4 comments

  1. Favorite ana ni. Selalu akan order Lele penyet sebab ikan tu memang di goreng garing. Sambal dia pula memang terbaik. Sedapnya.

    ReplyDelete
  2. Dah lama tak makan ayam penyet..

    ReplyDelete