Menarik di Kota Kinabalu : 3D Wonders Museum @ Rumah Terbalik, Tamparuli

Assalammualaikum πŸ’•

Seni galeri 3D kini semakin menjadi pilihan pengusaha untuk dijadikan salah satu tarikan di serata negeri di Malaysia. Sabah khususnya juga memiliki 3 lokasi galeri seni 3D yang Ju tahu, dan Ju juga salah seorang pengunjung galeri yang suka bergambar dengan seni ilusi optik ni. Galeri 3D kebiasaannya menggunakan helah sudut dan trick lukisan pegun untuk menjadikan lukisan kelihatan seperti real !

Menarik di Kota Kinabalu : 3D Wonders Museum @ Rumah Terbalik, Tamparuli

3D Wonders Museum merupakan galeri 3D kedua Ju pergi selepas Ellus Trick Eyes Museum di 1Borneo Hypermall. Terletak satu lokasi dengan Rumah Terbalik Tamparuli, 3D Wonders Museum adalah tarikan baru yang disediakan pihak Rumah Terbalik kepada para pengunjung. Terletak 32.5 kilometer dari bandar Kota Kinabalu dan memakan masa perjalanan selama 45 - 50 minit mengikut keadaan lalu lintas. Mula beroperasi pada 28 May 2017 dan setakat Ju pergi dengan suami masa ni, kira menarik juga seni lukisan 3D yang dipaparkan.

Jika kau orang merancang ke Sabah atau berada sekitar Kota Kinabalu, 3 lokasi galeri 3D yang harus kau orang pergi bersama rakan atau keluarga iaitu 

  • Ellus Trick Eyes Museum, 1Borneo Hypermal
  • Ocean7 Art Gallery, Oceanus Waterfront Mall
  • 3D Wonders Museum, Rumah Terbalik Tamparuli
Sekiranya kau orang pernah masuk Rumah Terbalik dan hanya datang untuk masuk 3D Wonders Museum ni pun boleh ATAU ingin masuk keduanya sekali pun boleh. Lagi jimat untuk bayar yuran masuk kerana ada pakej yang disediakan oleh pihak Rumah Terbalik jika kau orang merancang untuk masuk kedua tempat ni. Masa ke sini, Ju dan suami pilih untuk masuk galeri 3D sahaja dengan bayaran masuk RM 24.40 seorang untuk dewasa memandangkan sebelum ni dah pernah masuk Rumah Terbalik tu.
Sepanjang laluan ke galeri 3D, kau orang akan melalui dulu pintu masuk dimana staff Rumah Terbalik akan menawarkan untuk ambil gambar kau orang, dimana hasil gambar tu nanti akan dibingkaikan sebagai cenderahati dihujung tour kau orang dalam galeri 3D tu nanti. Cenderahati ni bukan percuma tau, cas yang dikenakan RM 30 - RM 40 untuk sekeping gambar bersama cover dan RM 60 untuk gambar kau orang dalam bingkai. Boleh pilih juga sama ada kau orang nak atau taknak cenderahati tu. Jika nak, baru dia orang proceed cuci gambar kau orang. Lepas tu, kau orang akan melalui deretan kedai 3D sebelum masuk ke galeri sambil tu dapat juga ambil gambar rumah terbalik dari luar seperti dalam gambar di bawah ni









Masuk ke dalam galeri 3D ni, yang Ju tahu terdapat lebih kurang 28 seni 3D dengan pelbagai bentuk lukisan dipaparkan kepada pengunjung. Cara ambil sudut gambar yang betul sangat penting untuk nampak gambar kau orang tu real. Kau orang boleh rujuk tips dari pihak 3D Wonders Musem untuk cara-cara mengambil gambar yang betul, tips dah kena lekat berdekatan setiap lukisan tersebut. Untuk harga masuk pula kau orang boleh rujuk dekat bawah ni 

3D Wonders Museum 
  • Warganegara (Dewasa RM 24.40 / Kanak-kanak 4 -12 tahun RM 15.90)
  • Bukan Warganegara (Dewasa RM 35)

Rumah Terbalik - Upside Down House
  • Warganeagara (Dewasa RM 10.60 / Kanak-kanak RM 5.30)
  • Bukan Warganegara (Dewasa RM 19.10)

2 in 1 Pakej - Upside Down House + 3D Wonders Museum
  • Warganegara (Dewasa RM 31.80 / Kanak-kanak 4 -12 tahun RM 19.10)
  • Bukan Warganegara (Dewasa RM 47.70)

Buka setiap hari dari 7 AM sehingga 6 PM













Nampak real tak gambar kita orang ? Ju rasa perlu penambahbaikan cara kita orang nak ambil gambarπŸ˜† 5 bintang Ju bagi kepada pihak 3D Wonders Museum mempamerkan lukisan seni yang unik kepada pengunjung sekali gus meninggalkan kesan yang mendalam kepada kami yang datang untuk mencoret kenangan manis disini. Bagi kau orang yang tak tahu ke mana hujung minggu, bolehlah jadikan 3D Wonders Museum sebagai lokasi harus singgah jika kau orang planning ke Kota Kinabalu, Sabah. Ju sertakan dibawah rujukan Google Map untuk memudahkan kau orang yang plan ke sini.

Kredit Google Map untuk Rujukan Lokasi 3D Wonders Museum, Tamparuli

Facebook : @3D Wonders Museum
Web : 3D Wonders Museum
Beroperasi 7 AM - 6 PM | Setiap Hari

3 comments

  1. Belum lg sempat pigi ni tempat semua hehe

    ReplyDelete
  2. yaka sis.. ba lepas ni boleh arrange masa pelan2 =D

    ReplyDelete
  3. Nak sampai ke sabah pun tak lepas lagi ni Jun.kalau pergi sabah wajib singah sini..hihi

    ReplyDelete