Makan-Makan : Lunch Hour @ Aliff Satar Cafe (A's Cafe) Padang Kontena Yayasan Sabah, Kota Kinabalu

Assalammualaikum💕

Kebelakangan ni apa pun jenis meet up antara rakan-rakan atau keluarga lebih menggunakan prinsip "Rancang last minute" dimana lebih menjadi berbanding planning nak keluar seminggu sebelum atau sebulan awal dari tarikh nak meet up 😂  Bagi Ju sendiri ada betulnya juga prinsip macam ni, lagi-lagi bila melibatkan perjumpaan lebih dari 2 atau 3 orang rakan atau ahli keluarga. Kebiasaan memang menjadi !

Makan-Makan : Lunch Hour @ Aliff Satar Cafe (A's Cafe) Padang Kontena Yayasan Sabah, Kota Kinabalu

Beberapa minggu lepas, Ju meet up dengan beberapa rakan Sabahan Blogger yang kiranya part of rancangan last minute. Kena hadirkan diri juga sebab rakan Blogger Eca berpindah lokasi dari Kota Kinabalu ke Semporna atas tuntutan kerja sebagai pendidik dan kiranya meet up lunch hour ni sebagai majlis perpisahan untuk Eca.

So kami pun berjemaahlah ke pilihan tempat makan yang santai dipilih oleh Blogger Liza Izara (Founder Le Zaara) iaitu Cafe Aliff Satar @ A's Cafe. Haa Alif Satar, selebriti Malaysia dan berperanan sebagai hos untuk rancangan Clever Girl tu lah ! 😁 Pertama kali jejak ke sini, Cafe dalam kontena ni seperti satu trend pada masa sekarang ni. Salah satu sebab nampak hipster dan kelihatan berbeza dari cafe yang lain. Sedikit sebanyak yang Ju nak kongsi dengan kau orang mengenai A's Cafe ni bertempat di kawasan Menara Tun Mustapha atau sebelumnya dipanggil Bangunan Yayasan Sabah. Betul-betul dekat tepi padang bola jika kau orang ada lalu kawasan ni memang boleh nampak dari bahu jalan. Secara rasmi dibuka dan beroperasi sekitar bulan Mei yang lalu, jika nasib kau orang baik masa datang makan dekat sini, dapatlah bertemu sendiri mata ke mata dengan Alif Satar tau ! 😍

Gambar yang Ju share dekat bawah ni suasana dalam kontena, nampak sangat santai lagi-lagi dengan hiasan vintage. Tak nampak macam dalam kontena kan ?? Ju pun  terkejut masa melangkah masuk dalam cafe ni. Mood santai activated ! Bertukar topik dan cerita antara satu sama lain sampai tak ingat dunia nak ketawa 😂

A's Cafe @ Padang Kontena, Yayasan Sabah 
7 PM - 3 PM | Isnin - Jumaat 
Dimiliki sepenuhnya oleh Alif Satar





Menu Pilihan di A's Cafe

Hidangan pilihan sehati sejiwa kami berlima untuk makan tengahari adalah set A's combo iaitu menu hidangan berkumpulan dimana sesuai untuk 4 - 5 orang dan terdiri daripada 

Tomyam Seafood, Sotong Sambal, Ayam Paprik, Telur Dadar, Sayur campur, 4 Nasi Putih 
RM 40.00

(Add on 1 Nasi putih dan Udang Butter)

Bagi minuman, kami pilih ikut citarasa tekak masing-masing. Terus terang Ju kata, kau orang takkan rasa menyesal atau rasa rugi pilih set combo ni sebab  rasa tu memang ada dan paling penting sedap untuk setiap menu yang disediakan dalam set, tengah taip entri ni pun teringat aroma  kuah tomyam A's Cafe ni, peuwww ! Merecik peluh keringat walau ada penghawa dingin dalam tu ! Haha. Setakat ni Ju memang berpuas hati. Good Job untuk usaha Alif dan krew dalam mengusahakan A's Cafe ni.

Selain dari hidangan combo, jika kau orang mahukan menu ala carte iaitu makanan bergoreng atau menu masakan yang lain pun ada juga disediakan dekat sini. Begitu juga dengan jenis minuman, panas dan sejuk juga turut disediakan. Seronoknya percuma sup, sambal, cili jeruk dan cili potong dekat sini. Topup banyak kali pun tak perlu risau 😁

A's Cafe @ Padang Kontena, Yayasan Sabah 
7 PM - 3 PM | Isnin - Jumaat 
Dimiliki sepenuhnya oleh Alif Satar





Lokasi dan Masa Operasi A's Cafe

Beroperasi dari seawal 7 pagi sehingga 3 petang pada setiap hari Isnin sehingga Jumaat. Manakala tutup pada Sabtu dan Ahad. Redup mata memandang tengok kawasan cafe ni, menghadap padang dan bagi Ju strategik juga buat cafe dekat sini memandangkan kawasan ni jauh sikit untuk kedai makan kecuali kantin jika ada disediakan oleh pihak Menara Tun Mustapha untuk staff dia orang. Jika kau orang lihat keadaan luar disekeliling kafe kontena nampak selesa dan begitu juga keadaan di dalam kontena, siap disediakan kemudahan penghawa dingin jika kau orang pilih untuk makan dekat dalam yang mana boleh juga muat untuk 5 hingga 10 orang dalam tu. Nak rasa lebih terbuka dan lebih selesa jika datang makan dengan rakan-rakan bolehlah pilih meja makan dekat luar yang disediakan.

A's Cafe @ Padang Kontena, Yayasan Sabah 
7 PM - 3 PM | Isnin - Jumaat 
Dimiliki sepenuhnya oleh Alif Satar






Jika kau orang datang untuk mencuba makanan dekat sini, kena order tomyam A's Cafe tau ! Ju sangat rekomen A's Cafe ni untuk kau orang singgah kerana hidangan dekat sini bukan sekadar lazat tapi Ju dapat lihat pihak A's Cafe sangat mementingkan kepuasan pelanggan dengan menjaga kualiti setiap hidangan dia orang agar bersesuaian dengan harga yang ditetapkan. Kami yang datang sangat berpuas hati lagi-lagi Ju yang memang peminat setia masakan tomyam.

Kenapa jauh sangat Alif Satar buka cafe ? yalah dia kan Selebriti Malayia dari KL, tak penat ke ulang alik KL-BKI, BKI-KL ?? Untuk ini kau orang boleh rujuk sini Kredit Sumber : Utusan Online | Hiburan Alif Satar Buka Kafe di Sabah 


Kredit Google Map untuk rujukan lokasi A's Cafe

3 comments

  1. bestnya.....KG pun mau jumpa AS d sana..makan d sanaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah kuat jodoh confirm jmpa alif satar =) try la singgah nnti sis, memang sedap hidangan durg

      Delete
  2. Mcm menarik ni tempat .. selalu jak dilimpas2.

    ReplyDelete