Kulit Sihat, Cantik dan Flawless bak Wanita KOREA dengan Skincare Set dari Gobdigoun !

Assalammualaikum 💕

Masih lagi bersama produk keluaran dari Gobdigoun. Kali ni Ju kongsikan dengan kau orang, skincare set yang perlu kau orang cuba dan series memang sangat highly recommended oleh Ju. APA KATA Ju lepas 3 minggu konsisten dengan skincare set dari Gobdigoun ni ???

Kulit Sihat, Cantik dan Flawless bak Wanita KOREA dengan Skincare Set dari Gobdigoun !  || Tahu tak kau orang nak elakkan muka berkedut DAN SEGALA tanda-tanda penuaan kena mula dari sekarang, masa umur kau orang 20-an tau. Mencegah lebih baik dari mengubati. Hari ni Ju kongsi dengan kau orang skincare dari Korea ni dimana brand adalah dari Gobdigoun yang mana Ju sangat sarankan kepada kau orang yang masih mencari skincare selamat atau pun kau orang jenis addict dengan produk kecantikan dari Korea, ANDA WAJIB ADA SET NI 💓

Jom Cantik dan Flawless bak Kulit Wanita KOREA dengan Skincare Set dari Gobdigoun ! 

HOW TO PURCHASE ?
Facebook : @Gobdigoun.com
Instagram : @Gobdigoun9
Web : Gobdigoun.com


Aging Corrector Skin Milk Conditioner &  Facial Lotion by Gobdigoun.com

Kandungan kedua-dua produk ni merupakan susu kambing asli dari Austaralia dan di proses di Korea. Kaya dengan EGF iaitu Epidermal Growth Factor iaitu bahan yang sangat bersesuaian untuk penjagaan kulit wajah dan mencerahkan kulit. Ektrak susu kambing ni sangat mudah serap dikulit menjadikan kulit nampak lebih cerah dan lembut giteww.


(1) Aging Corrector Skin Milk Conditioner berfungsi mencerahkan kulit wajah dengan pemakaian yang konsisten yang mana mengandungi bahan-bahan seperti dibawah ni

Niacinamide, Goat Milk Extract, Licorice Root Extract, Oat Meal Extract, Lilium Candidum Flower Extract, Magnolia Liliflora Flower Extract

Cara nak guna ni Ju terpaksa Google sebab dalam packaging ni lebih kepada tulisan Korea, Ju tak berapa nak faham. Lepas Google, Conditioner ni rupanya berfungsi seperti toner. Ju tak perna guna toner selama ni, so peluang kali ni dapat review produk dari Gobdigoun dapatlah cuba pertama kali nya gunakan toner.

Sebotol ni mengandungi 150 ml dan dari yang Ju lihat tekstur Skin Milk Conditioner pula sangat jernih dan cair.  Biasanya Ju guna ni sebelah malam dan selepas mencuci bersih wajah Ju. Boleh juga gunakan kapas muka tu kalau kau orang nak tapi kalau Ju lebih biasa buat, tuangkan beberapa titik ditapak tangan dan tacap-tacap rata disekitar wajah Ju, sangat segar dan wangi tau ! Pastinya ekstrak Magnolia Liliflora Flower yang naikkan bau wangi Conditioner dari Gobdigoun ni 💕

Bungkusan dari Gobdigoun takkan pernah lari dari warna-warna emas yang meliputi setiap packaging skincare mereka. Bagi Skin Milk Conditioner ni pula, kelihatan penutup botol berwarna emas dan Ju bagi 5 bintang untuk ketahanan botol sebab nampak solid dengan jenis plastik botol yang berkualiti ! Dan yes memang solid pun sebab dah berapa kali jatuh dari meja mekap Ju tapi tak pernah crack pun.

Apa yang Ju suka mengenai Skin Milk Conditioner ni selain dari bungkusan yang kemas dan cantik, bau yang wangi dan tekstur mudah serap. Ju dapat lihat sendiri perubahan kulit wajah dengan penggunaan Skin Milk Conditioner ni selepas 3 minggu pemakaian Ju sendiri dengan konsisten. Kulit wajah Ju kelihatan lebih bersih berbanding sebelum ni. Tak pakai Day cream pun rasa yakin dengan kulit wajah Ju sebab seri tu naik ! (Kebiasaan rutin Ju untuk sebelah siang ialah pakai Day Cream sebelum keluar ke mana-mana) See gambar yang Ju ambil dibawah adalah tanpa secalit krim pun dan TANPA sebarang filter atau extra camera apps !!

Terus terang Ju jatuh cinta dan adakah Ju akan repurchase ? YES ! dan Ju rekomen sangat-sangat kepada kau orang.

Aging Corrector Skin Milk Conditioner by Gobdigoun

Aging Corrector Skin Milk Conditioner by Gobdigoun


HOW TO PURCHASE ?
Facebook : @Gobdigoun.com
Instagram : @Gobdigoun9
Web : Gobdigoun.com


******************************



(2) Aging Corrector Skin Milk Facial Lotion  pula Ju dapat ringkaskan lebih seperti pelembab muka dimana kandungannya terdiri daripada

Niacinamide, Avocado oil, Goat Milk Extract, Milk Protein Extract, Olive Leaf Extract,  Lilium Candidum Flower Extract

Berbeza beberapa jenis kandungan berbanding Skin Milk Conditioner iaitu dengan adanya Avocado oil, Milk Protein Extract, Olive Leaf Extract. Bahan-bahan lebih kepada ekstrak semula jadi, pendek kata, takda keraguan untuk kau orang teruskan pakai. 

Ju apply Skin Milk Facial Lotion selepas penggunaan Skin Milk Conditioner setiap hari pada sebelah malam. Tekstur Facial Lotion ni sedikit sticky dan berwarna putih. Ju hanya perlu kuantiti sedikit sahaja sudah cukup untuk diratakan dikulit wajah malah. Tambahan tu juga, haruman dari Skin Milk Facial Lotion ni sangat segar, sekaligus buat kita rasa relax masa guna tu. Sebotol ni mengandungi 100 ml dan dari amatan Ju, boleh tahan lebih dari sebulan namun ikut dari cara penggunaan masing-masing.

Keistimewaan minyak argan yang terdapat dalam Skin Milk Facial Lotion ni memberikan satu bonus kepada pengguna. Yelah minyak argan kan fofular dengan kelebihan mengurangkan jerawat, menghilangkan parut, mencerahkan kulit, sekaligus sangat sesuai dengan semua jenis kulit.

Aging Corrector Facial Lotion by Gobdigoun.com

Aging Corrector Facial Lotion by Gobdigoun.com

HOW TO PURCHASE ?
Facebook : @Gobdigoun.com
Instagram : @Gobdigoun9
Web : Gobdigoun.com


******************************


(3) 24K  Golden Cream Placenta Power Australian Sheep  membantu kau orang yang ada masalah kulit kusam, kulit kering, kulit berminyak, tanda-tanda penuaan dan sebagai bonus tambahan juga membantu dalam mencerahkan kulit wajah kau orang dengan penggunaan yang konsisten. Bersesuaian dengan harga dan packaging yang mewah, antara kandungan berkualiti tinggi yang terdapat dalam 24K Golden Cream Placenta Power ni ialah

600mg Australian Sheep Placenta, 99.9% 24 K Gold, 47% Centella Asiatica Extract & Fermented Yeast (Aloe Vera, Sunflower Seed Oil, Shea Butter, and Hyaluronic Acid)

Bila baca kandungan Golden Cream ni ada 99.9% 24K Gold rasa macam nak tersedak tau ! Alhamdulillah rezeki terpilih dapat review skincare set dari Korea ni 😍 No wonder nama pun 24K Golden Cream rupanya memang ada terkandung gold dekat situ. Fungsi emas dalam skincare kalau kau orang nak tahu sangat membantu dalam membuang toksin di wajah dan membantu dalam mencerahkan kulit wajah di mana merangsang sel sel memutihkan kulit dengan cara yang selamat

Manakala penggunaan 600mg Australian Sheep Placenta pula dimana merupakan antara bahan penting dalam golden cream ni membantu melembapkan kulit wajah, meningkatkan keanjalan kulit, sekali gus mengelakkan kedutan dan garis-garis halus untuk timbul diwajah kau orang

Bagi kandungan Aloe Vera, Sunflower Seed Oil, Shea Butter dan  Hyaluronic Acid pula berfungsi dalam membaiki sel-sel rosak sekali gus memberi dan mengimbangi kelembapan wajah dan pencerahan kulit. 

24K  Golden Cream Placenta Power Australian Sheep

24K  Golden Cream Placenta Power Australian Sheep

HOW TO PURCHASE ?
Facebook : @Gobdigoun.com
Instagram : @Gobdigoun9
Web : Gobdigoun.com

Seperti yang Ju mention sebelum ni, packaging dari Gobdigoun sememangnya tak pernah mengecewakan. SANGAT kelihatan mewah dengan warna yang digunakan iaitu emas dan bersesuaian untuk kau ornag jadikan hadiah kepada yang tersayang. (Husband please repurchase this for me!!!) 😅 Bagi 24K Golden Cream Placenta Power ni pula didatangkan dengan satu sudu bersaiz kecil untuk memudahkan kau orang untuk ambil dari bekas untuk menjamin kebersihan lebihan krim dalam packaging tu. 

Setelah siap apply Skin Milk Conditioner dan Facial Lotion tadi, Ju jadikan 24K Golden Cream ni sebagai krim wajah wajib apply setiap hari sebelum Ju melelapkan mata. Dan hasilnya pada setiap pagi selepas 2 minggu penggunaan, kulit wajah Ju lebih rasa anjal dan kelembapan wajah Ju kelihatan lebih baik berbading sebelumnya
Masa ratakan diwajah, Ju tak terhidu sebarang haruman berbanding dengan Skin Milk Conditioner dan Facial Lotion. Bagi tekstur pula kelihatan seperti oily namun cepat meresap ke dalam kulit dan bagi Ju sangat jimat digunakan sebab tak perlu nak apply banyak pun dekat wajah, cukup sekadar perlu bergantung dengan wajah kau orang.



Adakah Ju akan repurchase semula item skincare ni ?? YES !! biar harga mereput mata tapi kalau dah serasi dengan kulit dan kita juga berpuas hati dengan hasil yang kita peroleh, CONFIRM nak purchase semula !! 

HOW TO PURCHASE ?
Facebook : @Gobdigoun.com
Instagram : @Gobdigoun9
Web : Gobdigoun.com


24K  Golden Cream Placenta Power Australian Sheep 

24K  Golden Cream Placenta Power Australian Sheep

HOW TO PURCHASE ?
Facebook : @Gobdigoun.com
Instagram : @Gobdigoun9

12 comments

  1. Replies
    1. trima kasih sis singgah blog ju =D

      Delete
  2. Replies
    1. alhamdulillah terima kasih tau =D trima kasih juga singgah blog ju =D

      Delete
  3. Produk korea memang bagus kan ju. No wonder lah org2 dia kulit licin2 semua. Drg pakai mask masa dari kecil lagi rasanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan ! ju pun rasa mcm tu ! beisde dorg ni sgt jaga pemakanan dorg =)
      Trima kasih tau singgah blog ju masa ju xbrapa on blog ni =D

      Delete
  4. Replies
    1. trima kasih syu dtg lawat Ju dekat sni =D

      Delete
  5. Nice post sis! Can men use it? Do share beauty product for men as well.. you can have your abg as the model hehe.. but that is one great idea to get male readers.. men do take care of their appearance. Keep up the great work.. will get my gf to read this then.. Lan, curiostraveller.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Really appreciate ur comment lan !!!! =D yes men also can use it =D

      Delete