Bersih dan Lembutnya Kulit Wajah dengan 3 in 1 Tropika Face Cleansing Oil

Assalammualaikum 💕

Oleh kerana wajah sentiasa terdedah dengan kotoran, sangat penting untuk kita membersihkan kulit wajah bagi mengelakkan kulit kusam, berminyak dan jerawat.
Pemilihan pencuci muka, pelembab yang betul adalah salah satu aspek penting dalam penjagaan wajah. Oleh kerana setiap kulit berbeza, penting untuk kau orang ketahui isi kandungan produk sebelum beli. Apatah lagi bagi kulit sensitif, perlu berhati-hati dalam memilih produk wajah kerana bimbang produk salah pilih menambahkan lagi masalah kulit yang sedia ada.

Bersih dan Lembutnya Kulit Wajah dengan 3 in 1 Tropika Face Cleansing Oil

Bagi kau orang yang masih tercari-cari produk selamat dengan kandungan semula jadi, Ju sarankan kau orang cuba 3 in 1 Tropika Face Cleansing Oil. Bukan sahaja 100% semula jadi malah berfungsi sebagai pencuci muka, bertindak sebagai make up remover dan pelembap tau. Dah jimat produk dan ruang dekat situ. 

Tropika Face Cleansing Oil terdiri daripada minyak kelapa dara yang berkualiti tinggi dan dirumuskan menggunakan VCO, Licorice Root Extract dan vitamen E berfungsi sebagai 3 in 1 dalam produk ni. Penggunaan bahan Licorice berfungsi mengurangkan garis halus, bintik halus sekali gus memperbaiki tona kulit. Pendek kata, formula yang digunakan dalam Tropika Face Cleansing Oil ni sangat sesuai digunakan oleh kulit sensitif sebagaimana telah di uji dibawah kawalan Dermatologi.

Kandungan Tropika Face Cleansing Oil

Minyak Kelapa Dara, Vitamin E, Ekstrak Root Licorice, Olive Oil PEG-7 Esters

  • Cocos Nucifera atau Minyak Kelapa Dara (VCO) : Mengandungi asid laurik yang dikenali dengan ciri-ciri penyahjangkit, dan antimikrob. Berfungsi membersihkan liang-liang pori
  • Tocopherol atau Vitamin E : Berfungsi mengurangkan kedutan, garis halus dan bintik-bintik hitam
  • Glycyrrhiza glabra (Licorice) Root Extract : Mengandungi glabridin iaitu sebatian yang ditemui dalam akar ekstrak licorice berfungsi mengurangkan lingkaran gelap bawah mata dan tanda-tanda penuaan. Secara tradisionalnya digunakan untuk mencerahkan kulit wajah
  • Olive Oil PEG-7 Esters : Agen pembersih tambahan yang selamat digunakan disekitar mata. Memiliki ciri-ciri anti radang dan membantu mengatasi pengeluaran minyak berlebihan




Cara Guna Tropika Face Cleansing Oil
Sangat mudah digunakan hanya dengan 3 langkah dibawah ni atau jika kau orang nak lebih jelas boleh rujuk video tutorial yang Ju letak sekali ni 
  • Sapukan dikulit wajah kau orang dan sapu rata
  • Tambahkan sedikit air untuk lebih memudahkan sapuan 
  • Basuh wajah kau orang dengan air bersih
Waktu yang disarankan untuk kau orang guna Tropika Face Cleansing Oil ni ialah 2x sehari iaitu siang dan malam atau ketika kau orang nak remove make up. 
Siapa yang sesuai guna Tropika Face Cleansing Oil ? Sudah tentu lelaki dan wanita yang mementingkan penjagaan kulit wajah. 

3 in 1 Tropika Face Cleansing Oil | Make up Remover | Cleanser | Moisturizer


Laman Web : TropikaSkincare.my

Jenis bungkusan Tropika Face Cleansing Oil 
Di bungkus bersama kotak berwarna putih dan tulisan berwarna coklat bercampur silver, lengkap dengan jenis kandungan, cara pakai dan butiran pengilang. Botol packaging seperti yang kau orang boleh lihat dibawah ni dari plastik yang berkualiti tau. Mula Ju tengok seperti botol kaca tapi bila pegang "eh packaging plastik pula" lega hati sebab yela Ju ni jenis cuai, pegang kejap confirm boleh terlepas dari tangan tanpa sedar. Manakala bagi penutup packaging Tropika Face Cleansing Oil ni pula Ju tengok boleh dikategorikan jenis 'Spray Clamp'. Dalam bahasa mudah difahami, kepala spray ni jenis melekat sekali dengan botol packaging. Sebotol ni mengandungi 100 ml minyak kelapa dara dan sepenuhnya produk keluaran Malaysia.



Tekstur Tropika Face Cleansing Oil
Berbentuk cecair yang sangat jernih dan diiringi wangi minyak kelapa yang sangat kuat. Mudah apply dekat wajah sebab berbentuk cair dan berminyak, bagi Ju sendiri sangat selesa masa guna kerana aroma minyak kelapa tu sangat meringankan minda. Yala, bau semulajadi kan. Siapa yang tak suka ❤

Seperti yang Ju mention dalam salah satu perenggan diatas, sesiapa pun boleh gunakan Tropika Face Cleansing Oil, apatah lagi sekarang ni bukan wanita sahaja menitikberatkan kesihatan wajah. Seminggu penggunaan Tropika Face Cleansing Oil sebagai make up remover, Ju paling suka bila part mencuci wajah. Terasa kulit Ju lembut seperti bayi. 


Dengan adanya 3 in 1 dalam satu produk ni, kau orang bukan sahaja boleh jimatkan masa untuk pilih produk terbaik untuk kulit kau orang, malah dapat juga jimatkan wang dan ruang meja make up kau orang dari produk penjagaan muka yang berbeza. Kan best, dengan satu produk kau orang dapat lebih dari satu manfaat 😘

3 in 1 Tropika Face Cleansing Oil | Make up Remover | Cleanser | Moisturizer



Ha tunggu apa lagi jom lah purchase sekarang ! Untuk sebarang maklumat lebih lanjut, kau orang boleh visit Official Tropika Face Cleansing Oil menerusi Insta, Facebook atau laman web mereka di bawah ni

Laman Web : TropikaSkincare.my

8 comments

  1. terus muka rasa lembut dan mengembalikan keremajaan kulit :)

    ReplyDelete
  2. Senang pakai ni. 3in1 terus. Jimat masa dan jimat duit. Hehe

    ReplyDelete
  3. Bagusnya skli dgn makeup remover. Jimat dah kat situ.

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. terima kasih tau ! =D terima kasih juga singgah blog Ju =D

      Delete