Balai Dunia Niaga Homestay @ Borneo Paradise Beach Resort & Spa, Kinarut

Assalammualaikum 💕

Berkongsi tarikh bersejarah Hari Malaysia bersama tarikh kelahiran Echa, anak buah sebelah keluarga suami, parti harijadi dilangsungkan dengan kehadiran keluarga terdekat di Borneo Paradise Beach Resort & Spa, Kinarut pada 16 September yang lalu. Dah alang sambut dekat resort, kami sekeluarga pun planning lah nak tidur semalaman dekat situ.

Balai Dunia Niaga Homestay @ Borneo Paradise Beach Resort & Spa, Kinarut || Tempat penginapan ni kakak suami yang aturkan dengan bayaran RM 500 semalaman termasuk deposit. Bagi Ju kira berbaloi sebab chalet ni dilengkapi dengan 3 buah bilik masing-masing ada 2 katil, tandas, penghawa dingin di setiap bilik dan 1 bilik tandas diruang tamu, tandas dilengkapi pula dengan heater. Manakala ruang tamu dilengkapi dengan sofa dan televisyen. Kemudahan dapur pula dengan peti sejuk mini dan cerek pemanas air.

Paling best, ruang belakang ada view tasik dan laut ! Di halaman tu pula disediakan tempat BBQ. Berbaloi kan ?? Ju pasti sekiranya booking untuk stay 2-3 hari dapat lebih murah kot. Ju tak ada tanya dekat kaunter sebab pengurusan semua disediakan oleh keluarga suami 😌

Selain dari kelebihan lokasi Borneo Paradise Beach Resort & Spa yang terletak di tepi pantai, disini juga terdapat kemudahan kolam renang dengan kelebihan 2 kolam kanak-kanak, kawasan rekreasi yang luas untuk aktiviti BBQ, perkhemahan atau sukan sesuai untuk pengunjung yang datang dalam kuantiti ramai atau merancang melakukan aktiviti besar bersama keluarga. Malah, kemudahan restoran juga terdapat disini iaitu Restoran Belanak yang beroperasi bermula jam 07:00 pagi hingga ke 11:00 malam.  Ju takda singgah ke restoran ni jadi tak berapa tahu menu yang ditawarkan sebab jamuan harijadi Echa pun sudah lebih dari cukup mengenyangkan para tetamu termasuk kami.

KM 22.5 PAPAR/KOTA KINABALU HIGHWAY, KAMPUNG LAUT KINARUT
Kota Kinabalu 88200
088-752 666


View dari balkoni belakang Balai Dunia Niaga Homestay

Kalau kau orang jenis tak bole move on tanpa line internet, jangan risau dekat sini disediakan juga kemudahan Wifi. Line Tunetalk, Digi, Maxis pun ok dekat sini, so jan risau kalo kau orang takut terputus hubungan dengan dunia luar semasa bercuti. Bagi kau orang yang suka minum atau santai seperti bar, dekat sini takda kemudahan macam tu, so duduk dan santai dekat restoran yang disediakan sahaja yep.

Kemudian apa yang Ju dapat lihat juga dekat sini, pihak Borneo Paradise Beach Resort & Spa ni menyediakan kemudahan pengangkutan bas kepada pengunjung. Rate untuk pengangkutan ni Ju tak berapa pasti atau kau orang boleh direct hubungi pihak Borneo Paradise Beach Resort & Spa untuk makluman lanjut.

Kemudahan tempat letak kenderaan kau orang juga disediakan dalam kawasan Borneo Paradise Beach Resort & Spa jadi takda masalah nak park kereta dan enjoy holiday kau orang dekat sini. Selain daripada itu, jika kau orang merancang untuk buat seminar, bolehlah survey dekat sini kerana terdapat bilik sidang yang sesuai untuk diadakan aktiviti rasmi seperti mesyuarat dengan kelengkapan kemudahan audiovisual.
                                                                                                               


View dari depan Balai Dunia Niaga Homestay

Kemudahan BBQ di belakang 
Persekitaran Balai Dunia Niaga Homestay

Tasik dibuka untuk memancing kepada pengunjung resort

Jika kau orang berminat untuk ke sini bolehlah hubungi atau rujuk lokasi dibawah ni untuk memudahkan perjalanan kau orang. Bagi yang takda plan untuk menginap ke sini tapi ingin bawa anak-anak mandi di kolam renang pun boleh juga dengan kadar bayaran RM 3 seorang kalau Ju tak silap

KM 22.5 PAPAR/KOTA KINABALU HIGHWAY, KAMPUNG LAUT KINARUT
Kota Kinabalu 88200
marketingborneo@yahoo.com
088-752 666



Lokasi Borneo Paradise Beach Resort menghadap pantai

Kredit Google Map untuk rujukan lokasi Borneo Paradise Beach Resort & Spa, Kinarut

15 comments

  1. Cantik view homestay nie.. Tahniah Junzie kerana tersenarai dalam top commentor jurnal saya..

    http://starlavenderluna.blogspot.my/2017/10/top-commentor-september-oktober-2017.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeayyy ! Alhamdulillah =D
      Aah cntik sis. Sesuai bawa family dtg sni =D

      Delete
  2. thanks sharing Jun ... tempat ni menarik sgt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 sis. Terima kasih singgah blog ju masa ju out. Muah ciked !
      Ju akan bw bjemaah dlm masa gtdekat yaa =D

      Delete
  3. cantik nye view dia. harga rumah pun murah sangat tu ju dengan kelengkapan yang ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kira ok la kan sis =D terima kasih tau dtg lawat blog ju masa ju off ni =D

      Delete
  4. New Giveaway lets start! Jom join :)
    https://intansaffyna.blogspot.my/2017/10/giveaway-besar-besaran-by-intan-saffyna.html

    ReplyDelete
  5. Terima kasih dear atas jemputan dan singgah blog ju masa ju out =D

    ReplyDelete