Bersih dan Lembutnya Kulit Wajah dengan 3 in 1 Tropika Face Cleansing Oil

Assalammualaikum πŸ’•

Oleh kerana wajah sentiasa terdedah dengan kotoran, sangat penting untuk kita membersihkan kulit wajah bagi mengelakkan kulit kusam, berminyak dan jerawat.
Pemilihan pencuci muka, pelembab yang betul adalah salah satu aspek penting dalam penjagaan wajah. Oleh kerana setiap kulit berbeza, penting untuk kau orang ketahui isi kandungan produk sebelum beli. Apatah lagi bagi kulit sensitif, perlu berhati-hati dalam memilih produk wajah kerana bimbang produk salah pilih menambahkan lagi masalah kulit yang sedia ada.

Bersih dan Lembutnya Kulit Wajah dengan 3 in 1 Tropika Face Cleansing Oil

Bagi kau orang yang masih tercari-cari produk selamat dengan kandungan semula jadi, Ju sarankan kau orang cuba 3 in 1 Tropika Face Cleansing Oil. Bukan sahaja 100% semula jadi malah berfungsi sebagai pencuci muka, bertindak sebagai make up remover dan pelembap tau. Dah jimat produk dan ruang dekat situ. 

Tropika Face Cleansing Oil terdiri daripada minyak kelapa dara yang berkualiti tinggi dan dirumuskan menggunakan VCO, Licorice Root Extract dan vitamen E berfungsi sebagai 3 in 1 dalam produk ni. Penggunaan bahan Licorice berfungsi mengurangkan garis halus, bintik halus sekali gus memperbaiki tona kulit. Pendek kata, formula yang digunakan dalam Tropika Face Cleansing Oil ni sangat sesuai digunakan oleh kulit sensitif sebagaimana telah di uji dibawah kawalan Dermatologi.

Kandungan Tropika Face Cleansing Oil

Minyak Kelapa Dara, Vitamin E, Ekstrak Root Licorice, Olive Oil PEG-7 Esters

  • Cocos Nucifera atau Minyak Kelapa Dara (VCO) : Mengandungi asid laurik yang dikenali dengan ciri-ciri penyahjangkit, dan antimikrob. Berfungsi membersihkan liang-liang pori
  • Tocopherol atau Vitamin E : Berfungsi mengurangkan kedutan, garis halus dan bintik-bintik hitam
  • Glycyrrhiza glabra (Licorice) Root Extract : Mengandungi glabridin iaitu sebatian yang ditemui dalam akar ekstrak licorice berfungsi mengurangkan lingkaran gelap bawah mata dan tanda-tanda penuaan. Secara tradisionalnya digunakan untuk mencerahkan kulit wajah
  • Olive Oil PEG-7 Esters : Agen pembersih tambahan yang selamat digunakan disekitar mata. Memiliki ciri-ciri anti radang dan membantu mengatasi pengeluaran minyak berlebihan




Cara Guna Tropika Face Cleansing Oil
Sangat mudah digunakan hanya dengan 3 langkah dibawah ni atau jika kau orang nak lebih jelas boleh rujuk video tutorial yang Ju letak sekali ni 
  • Sapukan dikulit wajah kau orang dan sapu rata
  • Tambahkan sedikit air untuk lebih memudahkan sapuan 
  • Basuh wajah kau orang dengan air bersih
Waktu yang disarankan untuk kau orang guna Tropika Face Cleansing Oil ni ialah 2x sehari iaitu siang dan malam atau ketika kau orang nak remove make up. 
Siapa yang sesuai guna Tropika Face Cleansing Oil ? Sudah tentu lelaki dan wanita yang mementingkan penjagaan kulit wajah. 

3 in 1 Tropika Face Cleansing Oil | Make up Remover | Cleanser | Moisturizer


Laman Web : TropikaSkincare.my

Jenis bungkusan Tropika Face Cleansing Oil 
Di bungkus bersama kotak berwarna putih dan tulisan berwarna coklat bercampur silver, lengkap dengan jenis kandungan, cara pakai dan butiran pengilang. Botol packaging seperti yang kau orang boleh lihat dibawah ni dari plastik yang berkualiti tau. Mula Ju tengok seperti botol kaca tapi bila pegang "eh packaging plastik pula" lega hati sebab yela Ju ni jenis cuai, pegang kejap confirm boleh terlepas dari tangan tanpa sedar. Manakala bagi penutup packaging Tropika Face Cleansing Oil ni pula Ju tengok boleh dikategorikan jenis 'Spray Clamp'. Dalam bahasa mudah difahami, kepala spray ni jenis melekat sekali dengan botol packaging. Sebotol ni mengandungi 100 ml minyak kelapa dara dan sepenuhnya produk keluaran Malaysia.



Tekstur Tropika Face Cleansing Oil
Berbentuk cecair yang sangat jernih dan diiringi wangi minyak kelapa yang sangat kuat. Mudah apply dekat wajah sebab berbentuk cair dan berminyak, bagi Ju sendiri sangat selesa masa guna kerana aroma minyak kelapa tu sangat meringankan minda. Yala, bau semulajadi kan. Siapa yang tak suka ❤

Seperti yang Ju mention dalam salah satu perenggan diatas, sesiapa pun boleh gunakan Tropika Face Cleansing Oil, apatah lagi sekarang ni bukan wanita sahaja menitikberatkan kesihatan wajah. Seminggu penggunaan Tropika Face Cleansing Oil sebagai make up remover, Ju paling suka bila part mencuci wajah. Terasa kulit Ju lembut seperti bayi. 


Dengan adanya 3 in 1 dalam satu produk ni, kau orang bukan sahaja boleh jimatkan masa untuk pilih produk terbaik untuk kulit kau orang, malah dapat juga jimatkan wang dan ruang meja make up kau orang dari produk penjagaan muka yang berbeza. Kan best, dengan satu produk kau orang dapat lebih dari satu manfaat 😘

3 in 1 Tropika Face Cleansing Oil | Make up Remover | Cleanser | Moisturizer



Ha tunggu apa lagi jom lah purchase sekarang ! Untuk sebarang maklumat lebih lanjut, kau orang boleh visit Official Tropika Face Cleansing Oil menerusi Insta, Facebook atau laman web mereka di bawah ni

Laman Web : TropikaSkincare.my

Menarik di Kota Kinabalu : 3D Wonders Museum @ Rumah Terbalik, Tamparuli

Assalammualaikum πŸ’•

Seni galeri 3D kini semakin menjadi pilihan pengusaha untuk dijadikan salah satu tarikan di serata negeri di Malaysia. Sabah khususnya juga memiliki 3 lokasi galeri seni 3D yang Ju tahu, dan Ju juga salah seorang pengunjung galeri yang suka bergambar dengan seni ilusi optik ni. Galeri 3D kebiasaannya menggunakan helah sudut dan trick lukisan pegun untuk menjadikan lukisan kelihatan seperti real !

Menarik di Kota Kinabalu : 3D Wonders Museum @ Rumah Terbalik, Tamparuli

3D Wonders Museum merupakan galeri 3D kedua Ju pergi selepas Ellus Trick Eyes Museum di 1Borneo Hypermall. Terletak satu lokasi dengan Rumah Terbalik Tamparuli, 3D Wonders Museum adalah tarikan baru yang disediakan pihak Rumah Terbalik kepada para pengunjung. Terletak 32.5 kilometer dari bandar Kota Kinabalu dan memakan masa perjalanan selama 45 - 50 minit mengikut keadaan lalu lintas. Mula beroperasi pada 28 May 2017 dan setakat Ju pergi dengan suami masa ni, kira menarik juga seni lukisan 3D yang dipaparkan.

Jika kau orang merancang ke Sabah atau berada sekitar Kota Kinabalu, 3 lokasi galeri 3D yang harus kau orang pergi bersama rakan atau keluarga iaitu 

  • Ellus Trick Eyes Museum, 1Borneo Hypermal
  • Ocean7 Art Gallery, Oceanus Waterfront Mall
  • 3D Wonders Museum, Rumah Terbalik Tamparuli
Sekiranya kau orang pernah masuk Rumah Terbalik dan hanya datang untuk masuk 3D Wonders Museum ni pun boleh ATAU ingin masuk keduanya sekali pun boleh. Lagi jimat untuk bayar yuran masuk kerana ada pakej yang disediakan oleh pihak Rumah Terbalik jika kau orang merancang untuk masuk kedua tempat ni. Masa ke sini, Ju dan suami pilih untuk masuk galeri 3D sahaja dengan bayaran masuk RM 24.40 seorang untuk dewasa memandangkan sebelum ni dah pernah masuk Rumah Terbalik tu.
Sepanjang laluan ke galeri 3D, kau orang akan melalui dulu pintu masuk dimana staff Rumah Terbalik akan menawarkan untuk ambil gambar kau orang, dimana hasil gambar tu nanti akan dibingkaikan sebagai cenderahati dihujung tour kau orang dalam galeri 3D tu nanti. Cenderahati ni bukan percuma tau, cas yang dikenakan RM 30 - RM 40 untuk sekeping gambar bersama cover dan RM 60 untuk gambar kau orang dalam bingkai. Boleh pilih juga sama ada kau orang nak atau taknak cenderahati tu. Jika nak, baru dia orang proceed cuci gambar kau orang. Lepas tu, kau orang akan melalui deretan kedai 3D sebelum masuk ke galeri sambil tu dapat juga ambil gambar rumah terbalik dari luar seperti dalam gambar di bawah ni









Masuk ke dalam galeri 3D ni, yang Ju tahu terdapat lebih kurang 28 seni 3D dengan pelbagai bentuk lukisan dipaparkan kepada pengunjung. Cara ambil sudut gambar yang betul sangat penting untuk nampak gambar kau orang tu real. Kau orang boleh rujuk tips dari pihak 3D Wonders Musem untuk cara-cara mengambil gambar yang betul, tips dah kena lekat berdekatan setiap lukisan tersebut. Untuk harga masuk pula kau orang boleh rujuk dekat bawah ni 

3D Wonders Museum 
  • Warganegara (Dewasa RM 24.40 / Kanak-kanak 4 -12 tahun RM 15.90)
  • Bukan Warganegara (Dewasa RM 35)

Rumah Terbalik - Upside Down House
  • Warganeagara (Dewasa RM 10.60 / Kanak-kanak RM 5.30)
  • Bukan Warganegara (Dewasa RM 19.10)

2 in 1 Pakej - Upside Down House + 3D Wonders Museum
  • Warganegara (Dewasa RM 31.80 / Kanak-kanak 4 -12 tahun RM 19.10)
  • Bukan Warganegara (Dewasa RM 47.70)

Buka setiap hari dari 7 AM sehingga 6 PM













Nampak real tak gambar kita orang ? Ju rasa perlu penambahbaikan cara kita orang nak ambil gambarπŸ˜† 5 bintang Ju bagi kepada pihak 3D Wonders Museum mempamerkan lukisan seni yang unik kepada pengunjung sekali gus meninggalkan kesan yang mendalam kepada kami yang datang untuk mencoret kenangan manis disini. Bagi kau orang yang tak tahu ke mana hujung minggu, bolehlah jadikan 3D Wonders Museum sebagai lokasi harus singgah jika kau orang planning ke Kota Kinabalu, Sabah. Ju sertakan dibawah rujukan Google Map untuk memudahkan kau orang yang plan ke sini.

Kredit Google Map untuk Rujukan Lokasi 3D Wonders Museum, Tamparuli

Facebook : @3D Wonders Museum
Web : 3D Wonders Museum
Beroperasi 7 AM - 6 PM | Setiap Hari

Makan-Makan : Nyummy Brownies @ Home Brownies, Kota Kinabalu

Assalammualaikum πŸ’•

Pernah tak terfikir apa perbezaan brownies dengan kek ? Jika Ju ditanya mana satu Ju suka, jawapan Ju tentulah Brownies😁 Bukan peminat tegar brownies, tapi untuk kepuasan tu Ju lebih sukakan brownies kerana tekstur yang lebih padat dan lembap berbanding kek. Rahsia keenakan brownies terletak pada bahan-bahan yang digunakan dan paling penting dihasilkan dengan kasih sayang 😍

Makan-Makan : Nyummy Brownies @ Home Brownies, Kota Kinabalu 

Nyummy brownies dari Home Brownies ni bukan sahaja penghantaran depan pintu, tapi tekstur padat dan rasa tu sangat menepati citarasa Ju !! Manis coklat yang terkawal dan kelembapan yang langsung tidak memuakkan, bukti brownies dihasilkan dengan kasih sayang. Brownies Nutella Walnut Ju sangat padat dan dihias kemas dengan taburan Walnut yang lebih dari cukup tau ! 😍 Jika kau orang tempah dari ofis atau masa kau orang bukan berada dirumah dan risau takda sudu bagai, jangan risau. Packaging brownies dari Home Brownies ni menyediakan sudu kecil comel molek untuk kau orang makanπŸ’•

Brownies sangat sesuai dijadikan hidangan sarapan pagi, minum petang, ole-ole atau sesuai juga digunapakai sebagai juadah untuk majlis-majlis tertentu. Oleh sebab tu pihak Home Brownies menyediakan 2 saiz brownies iaitu Minipack dan Bigpack. Saiz minipack terdiri dari 4 jenis manakala Bigpack terdiri dari 8 jenis dengan harga yang berbeza.




Peneraju @Home_Brownies : Sis Sal @ Mama Sal


Jenis dan harga Brownies Minipack:
1) Plain RM12.90
2) Almond @ Oreo RM13.90
3) Nutella @ Walnut Caramel RM14.90
4) Cheese RM15.90

Whatsapp untuk tempahan : 0111 054 0024
COD : Kawasan Kota Kinabalu | Rabu & Jumaat

Nutella @ Walnut Caramel Minipack RM 14.90 | Home_Brownies

Kredit : @Home_Brownies
Kredit : @Home_Brownies
Kredit : @Home_Brownies


Mencari kelainan untuk raikan hari istimewa dengan yang tersayang, kau orang boleh juga jadikan brownies sebagai kek harijadi atau jadikan brownies juga sebagai salah satu pelengkap hantaran kau orang. Ju sarankan kau orang cuba Brownies Bigbox dari Home Brownies iaitu saiz 10 x 10 yang mana boleh dipotong sehingga 30 pcs. 

Selain menjana pendapatan dengan jualan brownies, Home Brownies juga memberi peluang kepada kau orang yang ingin jana side income dengan menjadi agen Home Brownies, minimum 5 brownies minipack. Sebarang tempahan atau pertanyaan, kau orang bolehlah terus berhubung dengan Home Brownies menerusi rujukan di bawah.

Jenis dan harga Brownies Bigbox:
1) Plain RM33.00
2) Almond RM35.00
3) Oreo RM35.00
4) Nutella RM45.00
5) Walnut RM40.00
6) Walnut Caramel RM42.00
7) Cheese RM50.00 (only available for bigbox)
8) Mix 3flavor RM45.00

Whatsapp untuk tempahan : 0111 054 0024
COD : Kawasan Kota Kinabalu | Rabu & Jumaat

Kredit : @Home_Brownies
Kredit : @Home_Brownies

Kredit : @Home_Brownies

Kredit : @Home_Brownies


Kredit : @Home_Brownies


Whatsapp untuk tempahan : 0111 054 0024
COD : Kawasan Kota Kinabalu | Rabu & Jumaat

Makan-Makan : Lunch Hour @ Aliff Satar Cafe (A's Cafe) Padang Kontena Yayasan Sabah, Kota Kinabalu

AssalammualaikumπŸ’•

Kebelakangan ni apa pun jenis meet up antara rakan-rakan atau keluarga lebih menggunakan prinsip "Rancang last minute" dimana lebih menjadi berbanding planning nak keluar seminggu sebelum atau sebulan awal dari tarikh nak meet up πŸ˜‚  Bagi Ju sendiri ada betulnya juga prinsip macam ni, lagi-lagi bila melibatkan perjumpaan lebih dari 2 atau 3 orang rakan atau ahli keluarga. Kebiasaan memang menjadi !

Makan-Makan : Lunch Hour @ Aliff Satar Cafe (A's Cafe) Padang Kontena Yayasan Sabah, Kota Kinabalu

Beberapa minggu lepas, Ju meet up dengan beberapa rakan Sabahan Blogger yang kiranya part of rancangan last minute. Kena hadirkan diri juga sebab rakan Blogger Eca berpindah lokasi dari Kota Kinabalu ke Semporna atas tuntutan kerja sebagai pendidik dan kiranya meet up lunch hour ni sebagai majlis perpisahan untuk Eca.

So kami pun berjemaahlah ke pilihan tempat makan yang santai dipilih oleh Blogger Liza Izara (Founder Le Zaara) iaitu Cafe Aliff Satar @ A's Cafe. Haa Alif Satar, selebriti Malaysia dan berperanan sebagai hos untuk rancangan Clever Girl tu lah ! 😁 Pertama kali jejak ke sini, Cafe dalam kontena ni seperti satu trend pada masa sekarang ni. Salah satu sebab nampak hipster dan kelihatan berbeza dari cafe yang lain. Sedikit sebanyak yang Ju nak kongsi dengan kau orang mengenai A's Cafe ni bertempat di kawasan Menara Tun Mustapha atau sebelumnya dipanggil Bangunan Yayasan Sabah. Betul-betul dekat tepi padang bola jika kau orang ada lalu kawasan ni memang boleh nampak dari bahu jalan. Secara rasmi dibuka dan beroperasi sekitar bulan Mei yang lalu, jika nasib kau orang baik masa datang makan dekat sini, dapatlah bertemu sendiri mata ke mata dengan Alif Satar tau ! 😍

Gambar yang Ju share dekat bawah ni suasana dalam kontena, nampak sangat santai lagi-lagi dengan hiasan vintage. Tak nampak macam dalam kontena kan ?? Ju pun  terkejut masa melangkah masuk dalam cafe ni. Mood santai activated ! Bertukar topik dan cerita antara satu sama lain sampai tak ingat dunia nak ketawa πŸ˜‚

A's Cafe @ Padang Kontena, Yayasan Sabah 
7 PM - 3 PM | Isnin - Jumaat 
Dimiliki sepenuhnya oleh Alif Satar





Menu Pilihan di A's Cafe

Hidangan pilihan sehati sejiwa kami berlima untuk makan tengahari adalah set A's combo iaitu menu hidangan berkumpulan dimana sesuai untuk 4 - 5 orang dan terdiri daripada 

Tomyam Seafood, Sotong Sambal, Ayam Paprik, Telur Dadar, Sayur campur, 4 Nasi Putih 
RM 40.00

(Add on 1 Nasi putih dan Udang Butter)

Bagi minuman, kami pilih ikut citarasa tekak masing-masing. Terus terang Ju kata, kau orang takkan rasa menyesal atau rasa rugi pilih set combo ni sebab  rasa tu memang ada dan paling penting sedap untuk setiap menu yang disediakan dalam set, tengah taip entri ni pun teringat aroma  kuah tomyam A's Cafe ni, peuwww ! Merecik peluh keringat walau ada penghawa dingin dalam tu ! Haha. Setakat ni Ju memang berpuas hati. Good Job untuk usaha Alif dan krew dalam mengusahakan A's Cafe ni.

Selain dari hidangan combo, jika kau orang mahukan menu ala carte iaitu makanan bergoreng atau menu masakan yang lain pun ada juga disediakan dekat sini. Begitu juga dengan jenis minuman, panas dan sejuk juga turut disediakan. Seronoknya percuma sup, sambal, cili jeruk dan cili potong dekat sini. Topup banyak kali pun tak perlu risau 😁

A's Cafe @ Padang Kontena, Yayasan Sabah 
7 PM - 3 PM | Isnin - Jumaat 
Dimiliki sepenuhnya oleh Alif Satar





Lokasi dan Masa Operasi A's Cafe

Beroperasi dari seawal 7 pagi sehingga 3 petang pada setiap hari Isnin sehingga Jumaat. Manakala tutup pada Sabtu dan Ahad. Redup mata memandang tengok kawasan cafe ni, menghadap padang dan bagi Ju strategik juga buat cafe dekat sini memandangkan kawasan ni jauh sikit untuk kedai makan kecuali kantin jika ada disediakan oleh pihak Menara Tun Mustapha untuk staff dia orang. Jika kau orang lihat keadaan luar disekeliling kafe kontena nampak selesa dan begitu juga keadaan di dalam kontena, siap disediakan kemudahan penghawa dingin jika kau orang pilih untuk makan dekat dalam yang mana boleh juga muat untuk 5 hingga 10 orang dalam tu. Nak rasa lebih terbuka dan lebih selesa jika datang makan dengan rakan-rakan bolehlah pilih meja makan dekat luar yang disediakan.

A's Cafe @ Padang Kontena, Yayasan Sabah 
7 PM - 3 PM | Isnin - Jumaat 
Dimiliki sepenuhnya oleh Alif Satar






Jika kau orang datang untuk mencuba makanan dekat sini, kena order tomyam A's Cafe tau ! Ju sangat rekomen A's Cafe ni untuk kau orang singgah kerana hidangan dekat sini bukan sekadar lazat tapi Ju dapat lihat pihak A's Cafe sangat mementingkan kepuasan pelanggan dengan menjaga kualiti setiap hidangan dia orang agar bersesuaian dengan harga yang ditetapkan. Kami yang datang sangat berpuas hati lagi-lagi Ju yang memang peminat setia masakan tomyam.

Kenapa jauh sangat Alif Satar buka cafe ? yalah dia kan Selebriti Malayia dari KL, tak penat ke ulang alik KL-BKI, BKI-KL ?? Untuk ini kau orang boleh rujuk sini Kredit Sumber : Utusan Online | Hiburan Alif Satar Buka Kafe di Sabah 


Kredit Google Map untuk rujukan lokasi A's Cafe

Kulit Sihat, Cantik dan Flawless bak Wanita KOREA dengan Skincare Set dari Gobdigoun !

Assalammualaikum πŸ’•

Masih lagi bersama produk keluaran dari Gobdigoun. Kali ni Ju kongsikan dengan kau orang, skincare set yang perlu kau orang cuba dan series memang sangat highly recommended oleh Ju. APA KATA Ju lepas 3 minggu konsisten dengan skincare set dari Gobdigoun ni ???

Kulit Sihat, Cantik dan Flawless bak Wanita KOREA dengan Skincare Set dari Gobdigoun !  || Tahu tak kau orang nak elakkan muka berkedut DAN SEGALA tanda-tanda penuaan kena mula dari sekarang, masa umur kau orang 20-an tau. Mencegah lebih baik dari mengubati. Hari ni Ju kongsi dengan kau orang skincare dari Korea ni dimana brand adalah dari Gobdigoun yang mana Ju sangat sarankan kepada kau orang yang masih mencari skincare selamat atau pun kau orang jenis addict dengan produk kecantikan dari Korea, ANDA WAJIB ADA SET NI πŸ’“

Jom Cantik dan Flawless bak Kulit Wanita KOREA dengan Skincare Set dari Gobdigoun ! 

HOW TO PURCHASE ?
Facebook : @Gobdigoun.com
Instagram : @Gobdigoun9
Web : Gobdigoun.com


Aging Corrector Skin Milk Conditioner &  Facial Lotion by Gobdigoun.com

Kandungan kedua-dua produk ni merupakan susu kambing asli dari Austaralia dan di proses di Korea. Kaya dengan EGF iaitu Epidermal Growth Factor iaitu bahan yang sangat bersesuaian untuk penjagaan kulit wajah dan mencerahkan kulit. Ektrak susu kambing ni sangat mudah serap dikulit menjadikan kulit nampak lebih cerah dan lembut giteww.


(1) Aging Corrector Skin Milk Conditioner berfungsi mencerahkan kulit wajah dengan pemakaian yang konsisten yang mana mengandungi bahan-bahan seperti dibawah ni

Niacinamide, Goat Milk Extract, Licorice Root Extract, Oat Meal Extract, Lilium Candidum Flower Extract, Magnolia Liliflora Flower Extract

Cara nak guna ni Ju terpaksa Google sebab dalam packaging ni lebih kepada tulisan Korea, Ju tak berapa nak faham. Lepas Google, Conditioner ni rupanya berfungsi seperti toner. Ju tak perna guna toner selama ni, so peluang kali ni dapat review produk dari Gobdigoun dapatlah cuba pertama kali nya gunakan toner.

Sebotol ni mengandungi 150 ml dan dari yang Ju lihat tekstur Skin Milk Conditioner pula sangat jernih dan cair.  Biasanya Ju guna ni sebelah malam dan selepas mencuci bersih wajah Ju. Boleh juga gunakan kapas muka tu kalau kau orang nak tapi kalau Ju lebih biasa buat, tuangkan beberapa titik ditapak tangan dan tacap-tacap rata disekitar wajah Ju, sangat segar dan wangi tau ! Pastinya ekstrak Magnolia Liliflora Flower yang naikkan bau wangi Conditioner dari Gobdigoun ni πŸ’•

Bungkusan dari Gobdigoun takkan pernah lari dari warna-warna emas yang meliputi setiap packaging skincare mereka. Bagi Skin Milk Conditioner ni pula, kelihatan penutup botol berwarna emas dan Ju bagi 5 bintang untuk ketahanan botol sebab nampak solid dengan jenis plastik botol yang berkualiti ! Dan yes memang solid pun sebab dah berapa kali jatuh dari meja mekap Ju tapi tak pernah crack pun.

Apa yang Ju suka mengenai Skin Milk Conditioner ni selain dari bungkusan yang kemas dan cantik, bau yang wangi dan tekstur mudah serap. Ju dapat lihat sendiri perubahan kulit wajah dengan penggunaan Skin Milk Conditioner ni selepas 3 minggu pemakaian Ju sendiri dengan konsisten. Kulit wajah Ju kelihatan lebih bersih berbanding sebelum ni. Tak pakai Day cream pun rasa yakin dengan kulit wajah Ju sebab seri tu naik ! (Kebiasaan rutin Ju untuk sebelah siang ialah pakai Day Cream sebelum keluar ke mana-mana) See gambar yang Ju ambil dibawah adalah tanpa secalit krim pun dan TANPA sebarang filter atau extra camera apps !!

Terus terang Ju jatuh cinta dan adakah Ju akan repurchase ? YES ! dan Ju rekomen sangat-sangat kepada kau orang.

Aging Corrector Skin Milk Conditioner by Gobdigoun

Aging Corrector Skin Milk Conditioner by Gobdigoun


HOW TO PURCHASE ?
Facebook : @Gobdigoun.com
Instagram : @Gobdigoun9
Web : Gobdigoun.com


******************************



(2) Aging Corrector Skin Milk Facial Lotion  pula Ju dapat ringkaskan lebih seperti pelembab muka dimana kandungannya terdiri daripada

Niacinamide, Avocado oil, Goat Milk Extract, Milk Protein Extract, Olive Leaf Extract,  Lilium Candidum Flower Extract

Berbeza beberapa jenis kandungan berbanding Skin Milk Conditioner iaitu dengan adanya Avocado oil, Milk Protein Extract, Olive Leaf Extract. Bahan-bahan lebih kepada ekstrak semula jadi, pendek kata, takda keraguan untuk kau orang teruskan pakai. 

Ju apply Skin Milk Facial Lotion selepas penggunaan Skin Milk Conditioner setiap hari pada sebelah malam. Tekstur Facial Lotion ni sedikit sticky dan berwarna putih. Ju hanya perlu kuantiti sedikit sahaja sudah cukup untuk diratakan dikulit wajah malah. Tambahan tu juga, haruman dari Skin Milk Facial Lotion ni sangat segar, sekaligus buat kita rasa relax masa guna tu. Sebotol ni mengandungi 100 ml dan dari amatan Ju, boleh tahan lebih dari sebulan namun ikut dari cara penggunaan masing-masing.

Keistimewaan minyak argan yang terdapat dalam Skin Milk Facial Lotion ni memberikan satu bonus kepada pengguna. Yelah minyak argan kan fofular dengan kelebihan mengurangkan jerawat, menghilangkan parut, mencerahkan kulit, sekaligus sangat sesuai dengan semua jenis kulit.

Aging Corrector Facial Lotion by Gobdigoun.com

Aging Corrector Facial Lotion by Gobdigoun.com

HOW TO PURCHASE ?
Facebook : @Gobdigoun.com
Instagram : @Gobdigoun9
Web : Gobdigoun.com


******************************


(3) 24K  Golden Cream Placenta Power Australian Sheep  membantu kau orang yang ada masalah kulit kusam, kulit kering, kulit berminyak, tanda-tanda penuaan dan sebagai bonus tambahan juga membantu dalam mencerahkan kulit wajah kau orang dengan penggunaan yang konsisten. Bersesuaian dengan harga dan packaging yang mewah, antara kandungan berkualiti tinggi yang terdapat dalam 24K Golden Cream Placenta Power ni ialah

600mg Australian Sheep Placenta, 99.9% 24 K Gold, 47% Centella Asiatica Extract & Fermented Yeast (Aloe Vera, Sunflower Seed Oil, Shea Butter, and Hyaluronic Acid)

Bila baca kandungan Golden Cream ni ada 99.9% 24K Gold rasa macam nak tersedak tau ! Alhamdulillah rezeki terpilih dapat review skincare set dari Korea ni 😍 No wonder nama pun 24K Golden Cream rupanya memang ada terkandung gold dekat situ. Fungsi emas dalam skincare kalau kau orang nak tahu sangat membantu dalam membuang toksin di wajah dan membantu dalam mencerahkan kulit wajah di mana merangsang sel sel memutihkan kulit dengan cara yang selamat

Manakala penggunaan 600mg Australian Sheep Placenta pula dimana merupakan antara bahan penting dalam golden cream ni membantu melembapkan kulit wajah, meningkatkan keanjalan kulit, sekali gus mengelakkan kedutan dan garis-garis halus untuk timbul diwajah kau orang

Bagi kandungan Aloe Vera, Sunflower Seed Oil, Shea Butter dan  Hyaluronic Acid pula berfungsi dalam membaiki sel-sel rosak sekali gus memberi dan mengimbangi kelembapan wajah dan pencerahan kulit. 

24K  Golden Cream Placenta Power Australian Sheep

24K  Golden Cream Placenta Power Australian Sheep

HOW TO PURCHASE ?
Facebook : @Gobdigoun.com
Instagram : @Gobdigoun9
Web : Gobdigoun.com

Seperti yang Ju mention sebelum ni, packaging dari Gobdigoun sememangnya tak pernah mengecewakan. SANGAT kelihatan mewah dengan warna yang digunakan iaitu emas dan bersesuaian untuk kau ornag jadikan hadiah kepada yang tersayang. (Husband please repurchase this for me!!!) πŸ˜… Bagi 24K Golden Cream Placenta Power ni pula didatangkan dengan satu sudu bersaiz kecil untuk memudahkan kau orang untuk ambil dari bekas untuk menjamin kebersihan lebihan krim dalam packaging tu. 

Setelah siap apply Skin Milk Conditioner dan Facial Lotion tadi, Ju jadikan 24K Golden Cream ni sebagai krim wajah wajib apply setiap hari sebelum Ju melelapkan mata. Dan hasilnya pada setiap pagi selepas 2 minggu penggunaan, kulit wajah Ju lebih rasa anjal dan kelembapan wajah Ju kelihatan lebih baik berbading sebelumnya
Masa ratakan diwajah, Ju tak terhidu sebarang haruman berbanding dengan Skin Milk Conditioner dan Facial Lotion. Bagi tekstur pula kelihatan seperti oily namun cepat meresap ke dalam kulit dan bagi Ju sangat jimat digunakan sebab tak perlu nak apply banyak pun dekat wajah, cukup sekadar perlu bergantung dengan wajah kau orang.



Adakah Ju akan repurchase semula item skincare ni ?? YES !! biar harga mereput mata tapi kalau dah serasi dengan kulit dan kita juga berpuas hati dengan hasil yang kita peroleh, CONFIRM nak purchase semula !! 

HOW TO PURCHASE ?
Facebook : @Gobdigoun.com
Instagram : @Gobdigoun9
Web : Gobdigoun.com


24K  Golden Cream Placenta Power Australian Sheep 

24K  Golden Cream Placenta Power Australian Sheep

HOW TO PURCHASE ?
Facebook : @Gobdigoun.com
Instagram : @Gobdigoun9