Tanaka White : Double Whitening Mask by Bio Essence

Assalammualaikum 💖

Bukan hanya scrub, mengamalkan pemakaian mask dalam penjagaan kulit wajah memang satu keperluan pada diri Ju. Lagi-lagi sedang ke arah era 30 an ni, nak elak kedut awal bertempek di wajah, kena mula dari sekarang. Insyallah jika dipanjangkan umur ke arah itu.

Seperti yang kau orang tahu, masker wajah ni ada pelbagai jenis antaranya masker buatan sendiri seperti telur, madu, kunyit hidup. Masker jenis gel seperti Charcoal Black Sugar yang Ju kongsikan sebelum ni dan masker jenis topeng ni. Walau apa pun jenis mask yang kau orang pakai pastikan amal sekurangnya 2-3x seminggu untuk hasil yang terbaik.  

Facial mask Ju tak sama setiap bulan sebab nak cuba pelbagai jenis mask yang ada dipasaran. Cuma pastikan kau orang beli di pasaraya atau kedai jualan yang dipercayai begitu juga dengan kandungan dan jenama facial mask yang kau orang beli tau. Jom ber mini facial di rumah dengan Tanaka White Double Whitening Mask by Bio Essence

Tanaka White : Double Whitening Mask by Bio Essence || Merupakan Ekstrak "Tree Bark" berfungsi menghapuskan dan mengelakkan wajah daripada tompok hitam serta kedutan.

Memiliki Tranexamic acid dan Bio Energy berfungsi mencerahkan wajah dengan penyerapan nutrien yang lebih pantas.
Penggunaan konsisten bukan sahaja melembapkan kulit malah menjadikan kulit tampak lebih cerah, segar dan anjal. 

Paling best, harga mmpu milik dan mudah didapati tau (Watson/Guardian) Ju suka beli sekotak, ada 4 pc dalam ni dengan satu harga. Jimat dekat situ. Bukan sahaja pemakaian konsisten membantu merealisasikan wajah cerah dan sihat impian kau orang malah penggunaan facial mask yang betul juga mempengaruhi tau. Bagaimana cara penggunaan yang betul ? 


  • Pastikan wajah kau orang dah cuci sebelum pakai mask
  • Tangan bersih sebelum buat prosedur pakai mask
  • Buka packaging facial mask kau orang dan ratakan di wajah ikut kesesuaian
  • Biarkan di wajah sehingga 20 - 30 minit bergantung pada arahan belakang packaging facial mask kau orang tu
  • Dalam proses tengah memakai facial mask, jangan buat sebarang pergerakan muka. Pendek kata rehatkan anggota badan kau orang dan enjoy masa berfacial tu.
  • Dah sampai masa ? Alihkan mask kau orang dan tentunya cecair mask masih ada kan ? JANGAN CUCI. Biarkan ia kering  dan menyerap dengan aman dekat kulit wajah kau orang
  • Paling seronok simpan facial mask kau orang dalam peti sejuk sebelum guna. Ju suka rasa sejuk-sejuk masa guna facial mask. Tenang rasa tambahan lagi dengan wangian Tanaka White Double Whitening Mask by Bio Essence ni. 

Lepas kering cuba kau orang tengok wajah dekat cermin, nampak lebih segar wajah tu dan lembap kan 😘 cuaca, persekifaran dan gaya hidup sekarang ni sangat mempengaruhi kelembapan kulit, kurang kelembapan salah satu faktor wajah cepat berkedut. 

Haa senang kan step betul penggunaan facial mask ? Dah apa lagi ? Jom lah bermini facial dekat rumah ! 😘




A post shared by Junzie (@jun.zie) on

A post shared by Junzie (@jun.zie) on

6 comments

  1. boleh cuba gak ni..nak putih jugakkk hehe

    ReplyDelete
  2. Wah, nak cuba jugak la, sebab saya memang suka pakai mask..

    ReplyDelete
  3. aku pakai bio essence ne skrg, ada yg 24k gold tu kan, mau cuba mini set dlu.kalau sesuai mau beli yg besar terus.hahaha..mau cuba la jga mask dia.

    ReplyDelete
  4. Mask antara fav item utk kulit ana. Bila pakai rasa relax sgt. Lps tu kulit pun bertambah lembab. Nk cuba mask bio essence ni lah pulak.

    ReplyDelete
  5. Best tepek mask lepas tu relax.. memang syok..

    ReplyDelete