Sabah Local Food Centre Putatan : Warung Malam Wajib Singgah

Assalammualaikum ❤

Salam maal hijrah 1439H dan selamat bercuti kau orang. Ju takda plan ke mana hari ni lebih nak fokuskan pending draft yang bertimbun dekat blog ni. Kau orang plan ke mana hujung minggu ni ? 

OK ni cerita semalam, fresh gitew. Memang biasa weekend Ju dan suami akan balik ke rumah mak. Minggu ni balik ke rumah sebelah mak Ju. Biasanya bersilih ganti lah, minggu depan pula balik rumah keluarga suami dan begitulah seterusnya. 

Yang add Ju dekat facebook @Junzie mesti tahu Ju niaga apa dekat situ 😁 Pendek cerita, Ju plan nak bagi reward dengan suami sebab selalu temankan Ju COD barang. 

Sabah Local Food Centre Putatan : Warung Malam Wajib Singgah || Makan malam Ju singgah bawa suami makan dekat sini, lokasi bersebelahan dengan Giant Putatan. Dulu masa stay dengan family sekiranya ada lebih bajet, memang akan bawa dia orang makan di sini. Teringin nak makan Penang Char Kuey Teow. Dulu takda nama untuk kawasan warung kedai makan ni, sekarang dah official bernama "Sabah Local Food Centre" lepas dinaiktaraf. 

Dulu warung-warung ni cuma beratapkan khemah putih tu atau ada juga yang beratapkan canvas ikut kesesuaian pemilik. Mungkin permintaan dari peniaga dekat sini dengan Majlis Daerah Putatan untuk menaiktaraf kawasan ni dengan menukar warung disini dengan beratapkan zink agar view lebih nampak cantik, kemas dan teratur. Satu usaha yang baik untuk perniagaan peniaga warung disini sebab bagi pendapat Ju memang lebih nampak teratur berbanding dulu dah macam tak sesuai Ju panggil warung kan haha.

Ok dia orang beroperasi bermula sekitar 5 petang hingga ke tengah malam. Sebab banyak juga deretan kedai makan dekat sini, rambang mata nak pilih mana satu yang sedap. Dah lapar sangat duduk terus di Penang Char Kuey Teow Hana. 

Kau orang kalau tak nak makan berat, Ju suggest makan sate atau ayam bakar dekat sini. Sate pakcik dalam gambar ni sedap. Dari loghat dia berkomunikasi, Ju dengar dan dapat agak pakcik ni orang semenanjung. Suami order 10 sate ayam dan 10 sate daging untuk keluarga Ju dirumah.


RM 0.80 sate ayam dan daging
RM 1.00 sate kambing








Penang Char Kuey Teow Hana & Nasi Goreng Tomyam Daging

Ju pesan mesti lah Char Kuey Teow dengan minuman panas teh tarik. Nampak gandingan makan dan minum yang tak sesuai kan ? Haha Ju kena berpantang dari minum minuman sejuk jadi memang agak pelik gandingan menu Ju tu. Manakala suami pula pesan Nasi Goreng Daging Tomyam dengan segelas minuman Milo Tabur.

Penang Char Kuey Teow Hana RM 6 biasa
Teh Tarik RM 2
Nasi Goreng daging Tomyam RM 7
Milo Tabur RM 3.50

Jumlah : RM 18.50

Alhamdulillah untuk rezeki semalam. Rasa kecewa sikit dengan rasa menu yang kami request. Rupa dah ada tapi tak menepati rasa tu, rasanya ni bukan kedai makan yang Ju singgah dulu. Tapi minumam memang sedap. Dengan naiktaraf yang baru ni, susunan kedai makan pun dah berubah berbanding sebelum ni. Insyallah akan datang lagi ke sini cari mana satu kedai kegemaran Char kuey teow Ju satu masa dulu tu 😁



 



11 comments

  1. Bolehlah saya gi siru sebab 5ptg hingga 12 mlm. Diira lepas pejaba. Thanks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh yaka.. alhamdulillah. Boleh la skali skala lepak sb setahu sy ada karoeke jg dekat sini =D

      Delete
  2. tengok macam sedap char kuew tiau tu.. tapi rase kureng ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aahh menarik kan psembahan kuey teiow ni =D p tu la rasa xbrapa huhuhu

      Delete
  3. Mcm best juga ni tpt tp jauh pula dr tpt kmia 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah kak.. kalo skali skala stay dgn family sni siuk juga. Open space kan =D

      Delete
  4. Replies
    1. Xbrapa sgt sis =)
      Trima kasih tau singgah blog ju, dah lama xlawat blog sis. Ju sibuk kblkgn ni, xsempat nak bw smua lagi.. tp blog akak wajib ada dlm list ju tau =D

      Delete
  5. Macam banyak jea char kuew teow dia, kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah byk tp rasa xberapa nak sedap huhu

      Delete
  6. tak pernah makan kat sini lg. nnti klau jumpa kedai char kuey teow sdp, jgn lupa bgtau ye ju.

    ReplyDelete