Assalammualaikum ❤
Viral mengenai Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1 iaitu Mohd Zaki Yamani Azman, 28 tahun atau dikenali dengan Zaki Bijak di media sosial beberapa minggu lepas pastinya sangat memberi kesan kepada netizen apatah lagi Ju sendiri masa baca entri Hiking Bukit Panchang Bersama Pejuang Kanser Zaki Bijak menerusi blog Blogger Unni Anje
Bila Ju tatap gambar yang dikongsikan oleh Blogger Unni dalam entri tersebut, seolah tak percaya berdiri penuh semangat kental Zaki Bijak disamping sekumpulan Muslimah Hikers. Kelihatan sihat tubuh badan beliau apatah lagi dengan senyuman yang tidak pernah lekang dari wajah beliau langsung tidak terpancar satu pun kesakitan yang beliau tanggung. Allahu 😢
Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1 || Lebih Ju terkesan dengan semangat juang Zaki Bijak meneruskan misi Hitch Hike dengan menjadikan Sabah sebagai lokasi pertama beliau dalam menyampaikan misi jelajah #cancerbukantiketuntukmati dalam kata lain kanser bukan jalan kematian walaupun telah didiagnosis dengan Kanser Darah tahap 3 ! Allahu, begitu kuat semangat beliau dan benar sebenarnya memberi kesedaran pada diri Ju sendiri
Bagi kau orang yang belum tahu, misi Hitch Hike oleh Zaki Bijak ni telahpun bermula pada 29 Ogos 2017 dengan berbekalkan RM1. Beliau menjelajah kepulauan Borneo dengan menumpang kenderaan orang awam dengan harapan misi jelajah dapat di jayakan dan disampaikan kepada masyarakat setempat.
Memetik kata-kata beliau :

![]() |
Kami orang Sabah Support Zaki Bijak. |

Gambar Zaki Bijak Ketika ingin bertolak ke Sabah. |
''Program ini diinspirasikan rakan saya dari Finland yang pernah menumpang di rumah saya semasa mengembara.
''Jadi, untuk program ini saya menyiapkan diri dengan maklumat berkaitan perjalanan, dokumen penting seperti lesen, mykad, wang RM1, sedikit pakaian dan peralatan khemah.
''Tetapi, saya sangat bersyukur hidup di bumi Malaysia yang tinggi budi pekerti.. Walaupun tidak saling mengenali, saya bukan sahaja dibenarkan menumpang kenderaan, malah diajak bermalam dan diberi makan di rumah mereka sebelum meneruskan perjalanan pada keesokan hari,'' Zaki Bijak.
Berasal dari Jerantut Pahang, Zaki Bijak kini, 11 September 2017 meneruskan misi jelajah beliau ke Sarawak selepas berjaya menamatkan misi Hitch Hike negeri di bawah bayu, Sabah dan Labuan.
Sebarang info lanjut mengenai Zaki Bijak bolehlah follow Facebook beliau dan tambahan tu dapat juga lihat perkembangan terbaru beliau dalam menjayakan misi Hitch Hike ni
Tersentuh dengan kemesraan masyarakat Borneo sepanjang menjalankan misi Hitch Hike ni, Insyallah semoga ini menjadi salah satu pendorong juga kepada Zaki Bijak untuk meneruskan misi beliau. Sekiranya nampak beliau jangan segan-segan hulurkan bantuan tau. Sesungguhnya tangan yang memberi itu lebih baik dari menerima. Bukan wang ringgit yang di pinta namun nilai kemanusiaan itu lebih bermakna.
Jom kita support Zaki Bijak dalam misi ''CANCER FIGHTER'' Jelajah Borneo Dengan RM1 #cancerbukantiketuntukmati.
Jom kita support Zaki Bijak dalam misi ''CANCER FIGHTER'' Jelajah Borneo Dengan RM1 #cancerbukantiketuntukmati.
Segala pertanyaan atau bantuan yang ingin di salurkan ( mana tahu beliau singgah perkampungan anda ) bolehlah berhubung terus dengan beliau. PM sahaja ke facebook Zaki Bijak.
Kredit Sumber & Gambar : Sabahanblogger.com
Diolah & Diubahsuai mengikut kesesuaian admin www.jun-zie.com
Semoga Zako diberi kesihatan yg baik dan bebas dr kanser hendaknya. Kuat sungguh semangat zaki dan patut dicontohi org2 lain.
ReplyDeleteHaha typo lah pulak. Zaki jafi zako 😂😂😂
DeletexD
Deletealhamdulillah kan sis =)
Tabahnya Zaki ni kan ...
ReplyDeletekan sis =') bila tgk muka dia, ringan dgn senyuman. dalaman dia hanya dia dan Allah swt saja yg tau sakit yg ditanggung =')
ReplyDeleteSemangat beliau walaupun menghidapi kanser tahap 3 memang mengagumkan.. Semoga kisah beliau menjadi inspirasi kepada orang ramai.
ReplyDelete#cancerbukantikeruntukmati.
semoga dia dipermudahkan jelajahnya
ReplyDeleteBro nie memang tabah dalam melawan penyakit dia dan semoga dia cepat sembuh seperti sediakala..
ReplyDelete