Menarik di Sabah : Sabah Tea Garden Nalapak, Ranau

Assalammualaikum 💕

Pertama kali jejak di Sabah Tea Garden ni lepas anak-anak buah main dengan ikan tagal di Sungai Moroli. Entri Ju sebelum ni, usai dari sana, suami Ju bawa singgah dekat sini. Lupa pulak turutan tempat lawatan ni, hampir tertinggal entri pasal ni ! Tak terus balik homestay walau hujan renyai-renyai. Suami kata dah alang alang sampai Ranau, Sabah Tea Garden kenalah singgah juga 😁 yayy !

Menarik di Sabah : Sabah Tea Garden Nalapak, Ranau || Terletak 36.1 kilometer dari Kundasang sekiranya kau orang bertolak dari pekan Kundasang dan mengambil masa sekitar 55 ke 60 minit untuk tiba ke lokasi bergantung pada keadaan jalan raya.

Memandangkan Ju dan keluarga bertolak dari Tagal Sungai Moroli, perjalanan kami hanya memakan masa 11 minit dengan jarak 2.25 kilometer sahaja. Sedikit kesukaran sepanjang laluan masuk dan keluar kenderaan ke ladang teh ni sebab keadaan hujan lebat dan jalanraya yang belum berturap sepenuhnya. Ju tengok pihak ladang teh Sabah Nalapak ni memang dalam proses membaik pulih laluan jalanraya untuk memudahkan para pengunjung/pelancong dari luar untuk melihat dan merasai sendiri keindahan di Sabah Tea Garden ni.

Menyelusuri laluan masuk ke Sabah Tea Garden Nalapak ni mengambil masa 15 - 20 minit juga sebab keadaan hujan lebat menyukarkan penglihatan pemandu. Setibanya di check point utama, hujan mulai reda dan Ju ambil peluang tu untuk bawa keluarga bergambar disekitar ladang teh. Tak banyak gambar yang dapat Ju ambil sebab cuaca tidak mengizinkan dan bimbang kesihatan kedua ibu bapa dan anak-anak buah Ju.

Fakta mengenai Sabah Tea Garden

  • Beroperasi dari 08:00 am - 04:00 pm setiap hari
  • Lawatan ke kilang pembuatan teh di cas (Ju tak pasti berapa sebab tak berkesempatan singgah ke kilang)
  • Keluasan ladang sebanyak 6,200 ekar dan berketinggian kira-kira 2,272 kaki dari aras laut



Sabah Tea Restaurant & Tea Shop
Memandangkan hujan, Ju bawa keluarga berteduh seperti pengunjung lain juga di Sabah Tea Restaurant & Tea Shop. Nampak padat restoran ni dengan pengunjung yang datang berteduh berbanding yang datang untuk minum dan makan. Tengok keadaan awan memang takda tanda matahari nak muncul. Confirm sampai ke malam lah hujan ni. Dengan keadaan sejuk lagi, cepat-cepat nak bawa keluarga balik tapi kena mesti bergambar dulu dekat trademark Sabah Tea ni ! 😁 

Dari apa yang Ju dengar, dekat sini terkenal dengan Sabah Tea Tarik Pandan. Tak pasti rasa dan rupa camana tapi kalau dah viral tu memang confirm sedap kan 😀 

KM17, Jalan Ranau / Sandakan,
Kg. Nalapak,
89309, Ranau








KM17, Jalan Ranau / Sandakan,
Kg. Nalapak,
89309, Ranau

Sabah Tea Love Teapot
Ni antara trademark yang wajib juga nak ambil gambar, mak besar teapot ni siap dijadikan tempat sebagai bukti kasih sayang antara pasangan dengan kononya mengunci Cinta dengan padlock yang disediakan oleh pihak Sabah Tea. Bukan percuma tau padlock tu, kena beli ! Hahaha. Ju tak pasti berapa harga kena rujuk dekat kaunter Tea Shop

Datang ke sini bukan sahaja kau orang boleh bergambar dengan pemandangan dan trademark yang unik dan cantik, kau orang juga boleh lihat cara-cara pemprosesan teh disini dengan lebih dekat dari cara memetik, dibersihkan, cara teh diasingkan dengan gred melawat ladang teh organik dan membeli belah cenderamata berasaskan teh. Bukan itu sahaja, kau orang juga dapat melihat cara-cara mengenalpasti jenis teh samada organik ataupun tidak, cara penghasilan teh hingga ke cara pembungkusan.

Insyallah Ju dan suami ada perancangan lagi untuk bawa mereka semula ke sini sebab masa ni pun semua kejar masa dan keadaan cuaca sangat tak baik untuk berada lama dekat sini dan bergambar dengan ladang teh. Ju pasti masa sekarang ni mesti jalanraya masuk ke ladang teh telah berturap sepenuhnya. Kami ke mana lepas ni ? Ju kongsi nanti di entry seterusnya ! 😘



A post shared by Junzie (@jun.zie) on

"Love is in the air"
Declare your love with your special person by placing a Love Lock on our love teapot. Buy a lock from Tea Shop,. Write your name, select a spot & secure it together

A post shared by Junzie (@jun.zie) on


Kredit Google Map untuk rujukan lokasi Sabah Tea Garden Nalapak, Ranau

14 comments

  1. Replies
    1. aah sis =D
      terima kasih singgah lawat blog Ju =D

      Delete
  2. singgah hari selasa
    bz day this week

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam sabtu sis =D selamat bhujung minggu =D
      terima kasih singgah lawat Ju disini !

      Delete
  3. Kalau di Sabah, orang akan ke sabah tea untuk tgk hasil dan cara teh di hasilkan.
    Kalau di sini kena ke Cameron untuk tgk Semua tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah btl sis =D insyallah pnjg umur nak juga Ju ke Cameron, dah siap letak dlm list. survey2 date ssuai bila nak bercuti pnjg je ni =D

      Delete
  4. Menarik betul tempat nie terutama tempat love lock tue.. Macam kat Korea pun ada jugak..

    ReplyDelete
  5. alamak.. berabis ke Ranau tapi belum jejak kaki pi sabah tea garden lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaka sis. nnti bole drop by sana kijap.. cntik view sini ni =D

      Delete
  6. Cantik...bila lah dapat pegi sini nie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah ada rezeki nnti dpt dtg sni tu =D

      Delete
  7. bestnye dapat bercuti disini , bila agak nye dapat pegi sini yee. homestay pasir gudang

    ReplyDelete