Menarik di Sabah : Poring Hot Spring, Ranau

Assalammualaikum 💖

Bergerak dari Tagal Sungai Moroli, Kampung Luanti, Ranau. Kami bergerak menuju ke lokasi seterusnya yang terletak hanya 35 kilometer dari Luanti dan mengambil masa 30 minit untuk tiba di Kolam Air Panas Poring, Ranau. Alhamdullilah, melewati perjalanan ke sini, hujan renyai mulai reda dan cuaca pun makin baik. Senang hati anak-anak buah Ju tak sabar nak mandi kolam 😁

Menarik di Sabah : Poring Hot Spring, Ranau || Terkenal dengan kolam air panas semula jadi yang mengandungi kandungan galian sulfur sesuai untuk menyegarkan badan, Poring juga memiliki tarikan lain seperti


  • Slide Pool untuk golongan dewasa
  • Rock Pool bagi  kanak-kanak
  • Indoor Bath Tub memuatkan 4-5 orang untuk mandi
  • Taman Rama-Rama
  • Taman Tropika
  • Pusat Pemuliharaan Orkid
  • Air Terjun Kipungit & Air Terjun Langanan
  • Gua Kelawar
  • Jambatan Kanopi ATAU Poring Canopy Walk sepanjang 157.8 sentimeter dan berukuran 41 meter di atas pokok

Waktu Operasi : 08:00 AM - 04:00 PM (Buka setiap hari)
Bayaran Masuk (Warganegara) : RM 3 (Dewasa), RM1.00 (Bawah 18 tahun)
Bayaran Masuk (Bukan Warganegara) : RM 15 (Dewasa), RM 10 (Bawah 18 tahun)


Tak banyak gambar Ju dapat kongsikan sebab kami datang ke sini fokus untuk mandi air panas sahaja 😅 lagi dengan keadaan perut dah lapar, handphone memang tak pegang sangat masa ni. Jika kau orang datang mendambakan aktiviti selain merasai pengalaman mandi air kolam panas, bolehlah berjalan-jalan dikawasan yang dinyatakan diatas. Setahu Ju, cas bayaran dikenakan untuk tempat-tempat tertentu diatas tapi pakej pun disediakan jadi rasa jimat dekat situ





Datang ke sini pada musim cuti, keadaan persekitaran yang sesak memang sudah dijangka. Bermula mencari tempat letak kenderaan yang terpaksa menunggu hingga 1 jam, kami masuk ke kawasan air panas Poring kelihatan ramai pengunjung yang juga masih menunggu giliran untuk mencari tempat istirehat apatah lagi menunggu untuk masuk ke kolam. Niat Ju, suami dan mak abah masa tu memang takda nak mandi kecuali nak bagi anak-anak buah happy masuk Rock Pool iaitu kolam khas untuk kanak-kanak. Pelampung turut disediakan dengan cas harga RM 2. Selain itu, kemudahan bilik persalinan, tandas juga turut tersedia. 

Poring berasal dari bahasa Kadazan Dusun yang merujuk kepada pokok buluh. Masa masuk ke kawasan air panas ni, kau orang akan dihidangkan dengan kekayaan alam semula jadi disini termasuklah dengan pokok buluh  yang hidup subur disekitar kawasan air panas ni. Setahu Ju, mandi air panas semulajadi dekat sini sangat membantu melancarkan aliran darah dan merenggangkan otot kau orang yang stress tu 😁 Pendek kata, dengan kemudahan dan manfaat yang terdapat dekat Poring Hot Spring ni  menjadikannya satu lokasi yang baik untuk bawa keluarga kau orang bercuti 💖














Sambil anak-anak buah mandi kolam yang tak jauh dari pondok kami, kami menjamu selera tengahari dengan bekalan makanan yang dimasak. Sekitar jam 02:30 petang, dah puas anak-anak buah mandi. Baru kami bergerak balik ke Green Villa Homestay. Sepanjang perjalanan balik tu, cuaca mendung sangat dan hujan mulai turun renyai. Alhamdulillah untuk cuaca yang seperti memahami masa tu. Sampai homestay, baru hujan turun dengan lebatnya. Sejuk tak terkata dengan suhu sejuk Kundasang mix dengan hujan lebat lagi. Fuh ! Pakai sweater masih rasa sejuk tu ibarat duduk sebelah freezer ! 😌

Destinasi seterusnya ke mana ? Tunggu entry Ju lokasi kami untuk hari ke 3 ! 💕

Kredit Google Map untuk rujukan lokasi Kolam Air Panas Poring, Ranau

16 comments

  1. salam & haii..!

    follow my new blog : https://bercakapdenganbintang.blogspot.my/

    blog lama tu dah x aktif.. thanksss ya! hehe.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm awak =D terima kasih singgah blog ju, akan follow & visit blog awak ! =D

      Delete
  2. Masa ke Sabah last year memang plan nak ke sini tp takde rezeki sebab kejar masa. Ana kalau bab air panas memang no 1. Suka sgt berendam dalam tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan =D lagi2 kalo semula jadi mcm ni =D
      insyallah nnti ada rezeki ke sabah, mesti letak ni dalam list wajib singgah =)

      Delete
  3. Tak pernah ke Sabah lagi...hopefully one day...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah =D
      terima kasih singgah blog ju =D

      Delete
  4. perkara yang paling best bila jalan-jalan di ranau ialah naik kanopy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan ! view pun cntik tp lama ju teda naik kanopi tuu

      Delete
  5. Memang best ni just nak mandi tu fobia sikit kalau dgn budak2..takut terkencing dlm air hahaha

    ReplyDelete
  6. kalau dtg kudangan memang wajib singga sini

    ReplyDelete
  7. Cantik tempatnya.. nak ke sabah entah bila ada rezekinya takpe tengok gambar je dulu.. mana tahu ada rezeki.. hehe.. btw puan deeba follow sini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah ni xdpt amik smua sb sesak sgt, kalo tgk taman rama2 pun lawa.. bole google utk gmbr2 lain2 =) masi dalam 1 kawasan yg sma =D

      Delete
  8. nda bosan klu balik2 pigi sni..tp sedih xpenah2 brenang di tmpt d dewasa tu haha..

    ReplyDelete