Kelengkapan Rumah Cukup Murah hanya di Ninso !

Assalammualaikum 💕

Cawangan Ninso yang menjual pelbagai jenis kelengkapan rumah dengan slogan "Cukup Murah" bersesuaian dengan harga yang ditawarkan iaitu RM2.50 untuk setiap barangannya bukan lagi kedai yang asing bagi komuniti Kota Kinabalu. Miliki 3 cawangan sekitar Kota Kinabalu iaitu Kolombong, KK Plaza dan Beaufort memudahkan kau orang yang berdekatan dengan mana-mana cawangan tersebut untuk singgah cuci mata dan shopping !

Kelengkapan Rumah Cukup Murah hanya di Ninso ! || Bukan sekadar menjual barangan dapur plastik malah juga turut menjual barang makanan ringan dan minuman. Memandangkan Ju baru pindah rumah, barang dapur sedikit sebanyak perlu diganti dari rumah lama lagi-lagi rancangan kami untuk mengadakan kenduri doa selamat di rumah baru.

Tinggal berdua, pendek kata kebanyakan kelengkapan dapur Ju memang bersaiz kecil 😂 Jadi memang perlu bekas-bekas besar bila nak adakan kenduri dirumah. Pilihan Ju tentulah membeli belah di Ninso kerana harga yang ditawarkan sangat ekonomik tambahan dengan pelbagai saiz dan jenis bekas simpanan barang dapur terdapat di sana. 

Everything RM 2.50 each ! Memandangkan lokasi Ninso Kolombong tidak jauh dari tempat kerja Ju dan sebelum ni pun Ju pernah ke sini dengan mak Ju, satu kelebihan bagi Ju sebab dah tahu sebelah mana barangan bekas-bekas besar diletakkan. Ju ambil kesempatan untuk ke sana pada waktu rehat tengahari. Perjalanan cuma mengambil  masa 15 minit dengan waktu rehat yang terhad, buat Ju siapkan satu senarai barangan Ju perlu semasa ke sana. Jimat masa dekat situ, tak perlu lepak lama ! Takut terbeli benda yang tak penting pula hahaha.

Apa yang best bila berbelanja barangan bekas dapur dekat sini, pihak kedai Ninso sediakan 2 bekas barangan plastik dalam satu harga iaitu RM 2.50 !! Rasa bahagia shopping bila dapat jimat dekat situ, Ju grab 3 jenis saiz besen dan penapis besen, bekas makanan pelbagai saiz dan pelbagai lagi yang Ju rasa perlu. Shopping dalam 20 minit atas bantuan nota yang Ju siapkan, sangat membantu ! 

Sebelum ni Ju ke sini untuk membeli belah barang makanan ringan sempena Iftar Blogger Sabah 2017 masa bulan puasa tu, guess what ? Ju habiskan kurang dari RM 80.00 untuk persediaan 4 hamper ! murahkan !! 😄

Bagi kau orang sekitar Kota Kinabalu yang belum menjejakkan kaki ke Ninso Kolombong, Ju kongsikan map di bawah untuk rujukan kau orang. Selamat bershopping ! 😘








Jumlah Pembelian : RM 65 (Pelbagai saiz bekas besen Ju peroleh dekat sini !!!) 😁

Kredit Google Map untuk rujukan Lokasi Ninso, Kolombong

13 comments

  1. Replies
    1. wslm sis =D trima kasih lawat ju disini

      Delete
  2. Hihi.. jadi pilihan suda ni.. asal jalan mesti ke ninso..

    ReplyDelete
  3. Kalau dekat rumah ana kedI rm2 nama dia. Semua pun rm2 kecuali ada certain items. Orang punyalah ramai beratur setiap hujung minggu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah yaka sis ? ninso ni smmua item dia RM 2.50. certai brg pula 2 in 1 RM 2.50 =D alhamdulillah ekonomik

      Delete
  4. murah memang murah...pernah pergi sekali

    ReplyDelete
  5. sama mcm U-Plus..i p dkt poli..rambang mata sis oiii.ambik semua kaler pink...bubuh makeup.siap~

    ReplyDelete
  6. Ada limpas2 ni belum tersinggah lagi. Mo singgahlah lepas ni 😊

    ReplyDelete
  7. singgah jan nda singgah sis mia =D

    ReplyDelete
  8. Alahai, kat semenanjung takde pun kedai nie..Kalu ada memang dah serbu dah...hihi

    ReplyDelete