Food Fiesta & Cultural Night @ BTC Inanam Restaurant

Assalammualaikum 💕

Berpeluang hadir ke Food Fiesta & Cultural Night yang di adakan di BTC Restaurant Inanam pada Sabtu (09 September) minggu lepas merupakan satu pengalaman baru dan membuka ruang kepada Ju untuk mengalami sendiri suasana keharmonian dan kebudayaan sebagai rakyat Malaysia khususnya di negeri tumpahnya darah sendiri iaitu Sabah. Tak tahu nak bawa keluarga makan malam di mana ?? Jom ke BTC Inanam Restaurant !!


Entertainment | Buffet | Halal Mart | Experience Yourself | Handicraft 

Food Fiesta & Cultural Night @ BTC Inanam Restaurant || Merupakan aktiviti baru dari pihak BTC Inanam Restaurant, diadakan setiap malam Sabtu bermula dari 07:00 malam hingga ke 11:00 malam. Sarat dengan pelbagai hidangan menu buffet dan aktiviti persembahan seperti tarian kebudayaan etnik Borneo, Busking dari Styna Akustik Rangers, hiburan maskot adiwira dan pertunjukan silap mata dari Clown pada malam tersebut kepada para pelanggan yang hadir. 

"Experience Yourself " Tidak terikat kepada persembahan sahaja, pihak BTC Inanam Restaurant juga membuka peluang kepada pelanggan yang hadir untuk mencuba sendiri membuat roti canai dan teh tarik dengan bantuan pekerja terlatih. Haa ! kan best tu, selama ni makan dan order sahaja roti canai tu bila jejak mana-mana restoran, tapi bila kau orang berada di sini, bukan sahaja terhibur dengan persembahan malah merasa juga pengalaman lontar roti canai dan buat teh tarik ! 😁

Sebab teruja pertama kali jejak disini, Ju terlepas nak cuba buat roti canai dan teh tarik sebab tak nak terlepas dengan setiap persembahan tarian yang memukau dari kumpulan tarian kebudayaan Art Collection. 




Kepelbagaian Menu Buffet
Good TIMES start with Great Food. Mengetengahkan menu India, Melayu, Chinese & Western, Ju lihat pada malam tersebut, kepelbagaian jenis masakan pembuka selera dihidangkan kepada pelanggan dari kuih muih ke jenis lauk bergoreng, masakan pelbagai rasa untuk ikan, daging, ayam dan begitu juga dengan sayuran. Bagi kau orang yang tak nak makan heavy seperti nasi, boleh dapatkan makanan jenis ala western yang dihidangkan seperti spaghetti carbonara atau bolognese atau pun makanan sedikit ringan seperti roti canai.

Harga Buffet dibahagikan kepada 3 iaitu :
  • Dewasa RM 45 per pax
  • Kanak-Kanak RM 20 per pax 
  • Kanak-Kanak bawah 5 tahun : FOC
Kepelbagaian menu masakan buffet pasti tak lengkap tanpa makanan tradisional dan pencuci mulut. Pada malam Ju hadir, makanan tradisional Borneo yang patut kau orang cuba disini ialah jeruk bambangan dan hinava ! Dalam hati Ju masa tu, rugi lambat nampak ! perut dah kenyang makan hidangan berat tadi, kalau tak confirm nak tambah nasi putih panas dan setompok hinava ni ! fuhh ! 😅 Bagi pencuci mulut pula selain dari buah-buahan, jeruk buah, mushroom soup, ais batu campur (ABC), kuih muih turut disediakan.

















Buffet | Dewasa RM 45 | Kanak-kanak RM 20 | Bawah 5 tahun FOC
Facebook : 


Persembahan Kebudayaan Art Collection
Dari tarian etnik Borneo (Sumazau dan Magunatip), tarian Melayu Zapin hingga ke tarian Bollywood dipersembahkan pada malam tersebut, para penari kebudayaan sangat mesra siap panggil pelanggan yang duduk untuk turut serta menari bersama. Bagi Ju sememangnya suatu pengalaman yang seronok apatah lagi turut serta menari bersama untuk tarian Sumazau bersama Blogger Sharina malam tu. Untuk video boleh intai-intai dekat instagram Ju sendiri @jun.zie ðŸ˜‚  











A post shared by Junzie (@jun.zie) on


Buffet | Dewasa RM 45 | Kanak-kanak RM 20 | Bawah 5 tahun FOC
Facebook : 



Persembahan Busking Styna Akustik Rangers
Mood santai sangat terasa apabila menjamu selera disini denga persembahan busking di sampaikan oleh dari Styna Akustik. Kau orang juga boleh request lagu untuk dimainkan malah boleh turut serta join dengan Styna Akustik nyanyi sama ! 😁








Hiburan Maskot Adiwira & Clown
Ibu bapa yang bawa anak-anak tak perlu bimbang takut anak meragam sebab selain dari tarian kebudayaan,  maskot adiwira Marvel dan pertunjukan silap mata dari Clown turut berada di Food Fiesta & Cultural Night ini sebagai salah satu hiburan kepada anak-anak yang datang bersama ibu bapa. Kakak-kakak blogger pun tak nak melepaskan peluang bergambar sama dengan adiwira Ironman tau ! Hahaha



Buffet | Dewasa RM 45 | Kanak-kanak RM 20 | Bawah 5 tahun FOC
Facebook : 



Sabahan Blogger
Berhubung hanya menerusi Group Whatsapp, pada hari tersebut Ju berpeluang bertemu mata ke mata pertama kali dengan Blogger Mv, Blogger Sharina, Blogger Lan & Joe yang belum Ju jumpa. Keterujaan berkongsi dalam dunia blog ternyata miliki seribu kebaikan sebagai bonus menambah kenalan dari alam maya ke alam nyata, giteww ! 😁

Turut hadir pada malam tersebut, Blogger Echa, Blogger Mia, Blogger Natrah yang mana kami telahpun bekerjasama dalam event sebelum ini. Insyallah akan bertemu lagi di projek blogger Sabah yang akan datang !






Untuk sebarang tempahan dan pertanyaan, kau orang boleh direct kepada

Mrs Suzie : 016 442 8276
Mr Saul Hamed : 013 851 2082


Kredit Google Map untuk rujukan lokasi BTC Inanam Restaurant

9 comments

  1. Wah, pelbagai aktivit yang menarik disediakan dan makanan pun nampak enak jea.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah sis. rasa bbaloi bayar buffet =D

      Delete
  2. Terus lapar tingu tu makanan jun😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. nahh marilah pigi lagi kita bahahah

      Delete
  3. Sedapnya makanan2 tu ju. Berbaloi dengan harga yg di bayar. Yg best adiwira pun ada.

    ReplyDelete
  4. Sedap sedap semua tu makanan..

    ReplyDelete