Breaking

4 Sep 2017

Charcoal & Black Sugar Polishing Mask by Freeman Beauty

Assalammualaikum­čĺľ

Scrub atau masker ni boleh homemade dekat rumah tapi rajinkah anda untuk bertepuk rama-rama di dapur untuk proses penyediaan ? ­čśä Dah ada readymade untuk memudahkan kau orang, pilih sahaja mana satu tapi pastikan bahan-bahan di iktiraf tau.

Charcoal & Black Sugar Polishing Mask by Freeman Beauty || Melengkapkan keperluan Ju dimana istimewanya produk ni ialah 2 in 1 dengan satu harga iaitu masker dan scrub wajah. Jadi dah jimat dekat situ tak perlu beli asing lagi masker dengan scrub kan ­čĺŚ  yeayy ! Masker atau scrub, Ju sarankan kau orang guna sekurang nya 2x seminggu untuk dapatkan kulit sihat dan berseri. Punca kulit wajah nampak kusam adalah kerana mencuci muka sahaja tidak menjanjikan kebersihan wajah 100% .

Saki baki kotoran yang melekat dekat kulit itulah punca kulit kusam, jerawat naik, blackhead dan segala head naik dengan bahagianya dekat kulit kau orang tau. Pakai scrub atau masker ni sekurang-kurang 2x seminggu kerana dengan penggunaan scrub berupaya untuk menghilangkan sisa kotoran wajah hingga ke lapisan dalam berbanding hanya mencuci wajah setiap hari.



A post shared by Junzie (@jun.zie) on



Ada kata, takut scrub muka nanti kulit jadi kering ! eh salah tau. Sekarang ni, kebanyakan produk scrub memiliki bahan yang melembapkan kulit tau, begitu juga dengan Charcoal & Black Sugar Polishing by Freeman Beauty ni. Kandungan ekstrak semula jadi seperti arang, gula, pisang, betik, kelapa, halia dan lain-lain. Bila sapukan diwajah, rasa melekit tu biasa tapi tekstur produk ni boleh Ju katakan sangat lembut dengan kisaran yang halus dan aroma yang wangi iaitu raspberry dan lavender membantu pengguna rasa lebih tenang semasa berterapi wajah walau hanya dirumah­čśë


Packaging Charcoal & Black Sugar Polishing Mask ni terdiri dari 150 ml dan 175 ml dan percayalah ia memang sangat padat. Rasa tak rugi untuk beli. Manakala penutup pula jenis flip top. Bagi Ju senang nak bawa ke mana sahaja walau bukan jenis mesra travel. Penggunaan konsisten setiap minggu, 2 atau 3x pasti kau orang memperoleh hasil yang positif seperti Ju ­čśś Jom scrub muka dengan Charcoal & Black Sugar Polishing Mask by Freeman Beauty. Mudah didapati dimana-mana cawangan Guardian & Watson terdekat anda dengan harga RM 18.90 (150 ml) dan RM 28.90 bagi 175 ml­čĺ×



A post shared by Junzie (@jun.zie) on

5 comments:

  1. Replies
    1. auuwww i is malu2 miaw tq babe ! =D

      Delete
  2. Saya pun suka pakai scrub untuk mencuci muka agar hilang suma blackhead dan whitehead kat muka..

    ReplyDelete