3D Black Science Pore Tightening Diamond Mask by Gobdigoun.com

Assalammualaikum ❤


My pleasure to been invited by Gobdigoun.com to review their skincare product and appreciate they sent the products to me all the way from South Korea ! 😍 Dari mula hingga pertengahan mengenai produk dari Gobdigoun ni Ju ada share dekat instagram Ju sendiri. Memandangkan writing bahasa English Ju tak berapa nak hadam, marilah kita berbahasa melayu ye 😁 

Pertama kali menggunakan produk orginal dari Korea ni buat Ju rasa gembira dan teruja tu lain macam. Tambahan lagi kita tau Korea ni memang terkenal dengan produk skincare yang terbaik dan laris hingga berjaya menembusi pasaran pelbagai negara dan  Malaysia salah satunya ! Dah lagi Ju ni addict guna mask, dapat produk dari Gobdigoun.com pun banyak mengenai mask, alhamdulillah rezeki ! jimat duit Ju untuk beberapa minggu ni nak beli masker dekat luar 😍 Terima kasih  Gobdigoun.com !!!

3D Black Science Pore Tightening Diamond Mask by Gobdigoun.com || Dah nama rezeki, biar jauh dari mana pun boleh bertemu juga. Tak sangka dapat bekerjasama dengan sebuah syarikat pengeluar produk skincare ternama di Korea ni. Gobdigoun.com memulakan perniagaan di Korea sejak 2010 dan jika dibandingkan produk skincare yang sedia ada di Korea, Gobdigoun.com memastikan produknya sentiasa menepati citarasa dan keperluan pengguna dengan memastikan kualiti produk bertepatan dengan harga produk tersebut. 


3D Black Science Pore Tightening Diamond Mask by Gobdigoun.com

Pendek kata, kalau dah mementingkan kualiti tu sememangnya terbaiklah untuk pelanggan kan. Jadi kita sebagai pelanggan ni pun kalau dapat produk yang baik, berkesan dan bersesuaian, walau harga mahal pun tetap kita akan beli sebab berbaloi.

Apa yang best mengenai 3D Black Science Pore Tightening Diamond Mask dari Gobdigoun ni merupakan Topeng muka yang menggunakan konsep 3D yang direkabentuk sesuai dengan wajah kau orang dengan sempurna serta meliputi kawasan dagu si pengguna. Topeng ni terbahagi kepada 2 bahagian iaitu bahagian atas Pore Tightening Diamond & Volcanic Minerals dan bahagian bawah iaitu Diamond Mask Pumpkin Fruit Extract & Marine Collagen


Pore Tightening Diamond & Volcanic Minerals (Topeng bahagian atas)
Langkah 1 : Mask ni fokus dibahagian dahi dan mata kau orang. Berfungsi membersihkan serta mengeluarkan sel kulit mati, blackhead dan menjadikan kulit lebih lembap dan nampak lebih bermaya.

Cara guna : Bersihkan wajah dan apply toner atau Beauty Water (Jika ada). Buka packaging dan ratakan mask di bahagian wajah anda (rujuk gambar dibawah) & biarkan selama 15 - 20 minit. Selepas mask dibuka, biarkan lebihan cecair mask kering diwajah.

Masa Ju guna ni memang takda cuci muka lepas 20 minit buka mask. Cecair lebihan tu Ju biarkan kering sendiri tanpa lap, rasa kulit Ju segar dan anjal sangat 😍


LANGKAH 1 : Mata dan Hidung (Pore Tightening Diamond & Volcanic Minerals)


KANDUNGAN UTAMA
Volcanic Ash 90mg & Diamond Powder 0.45mg 

HOW TO PURCHASE ?
Facebook : @Gobdigoun.com
Instagram : @Gobdigoun9



Diamond Mask Pumpkin Fruit Extract & Marine Collagen (Topeng bahagian bawah)
Langkah 2 : Fokus di bahagian pipi hingga ke leher dengan ekstrak buah labu untuk mengekalkan kelembapan, mengeluarkan toksin kulit dan ramuan kolagen untuk menegangkan kulit, menjadikan kulit kau orang lebih sihat dan menyegarkan.

Cara guna : Bersihkan wajah dan apply toner atau Beauty Water (Jika ada). Buka packaging dan ratakan mask di bahagian wajah anda (rujuk gambar dibawah) & biarkan selama 15 - 20 minit. Selepas mask dibuka, biarkan lebihan cecair mask kering diwajah.




LANGKAH 2 : Pipi dan Leher (Diamond Mask Pumpkin Fruit Extract & Marine Collagen)

KANDUNGAN UTAMA

Volcanic Ash 90mg & Diamond Powder 0.45mg 

HOW TO PURCHASE ?
Facebook : @Gobdigoun.com
Instagram : @Gobdigoun9
Web : Gobdigoun.com



Jika diberi peluang lagi untuk Ju dapatkan mask ni memang akan repeat sebab Ju pasti dengan penggunaan konsisten sejajar dengan kandungan semula jadi dari 3D Black Science Pore Tightening Diamond Mask dari Gobdiguon.com, pengguna pasti dapat hasil terbaik untuk kulit wajah yang lebih sihat 😘

2 comments

  1. Best kan pakai produk dr Korea ni. Ana pun suka. Lagi2 pakai mask. Rasa relax dan kulit pun rasa moist je.

    ReplyDelete