Placenta Power Aging Corrector Eye Cream by Gobdigoun.com

Assalammualaikum 💕

Placenta Power Aging Corrector Eye Cream by Gobdigoun.com || Merupakan krim yang berfungsi menghilangkan tanda penuaan dan pelbagai jenis kedutan di wajah kau orang dengan berkesan. Mengikut ujian yang dijalankan, krim ni ternyata berkesan dalam tempoh 8 jam iaitu 3 minit selepas digunakan. Kandungan eksklusif iaitu  asetil hexapeptide 8 dan protein yang sangat berkhasiat dari plasenta biri-biri Ovine Australia merealisasikan impian kulit anjal yang sempurna dan menyelesaikan masalah kulit berkedut serta garis halus.


FAKTA : Tanda-tanda penuaan bermula sekitar umur wanita 30 an. Cara mengelakkan atau melambatkan tanda penuaan, kau orang kena mula dari sekarang titikberatkan penjagaan dalaman juga luaran.

Ju bagi 5 bintang untuk packaging Placenta Power Aging Corrector Eye Cream ni sebab kemas dan cantik. Logo dibaluti dengan warna emas dan deskripsi yang lengkap membuatkan produk ni nampak eksklusif dan mewah. Bila nak guna pun rasa berat hati nak buka kotak apatah lagi nak buang jauh sekali ! 😂  






FAKTA : Bahagian mata merupakan bahagian paling cepat melalui proses kedut dan garis halus. Sebab tu penting amalkan penggunaan krim mata berbanding hanya bergantung kepada pelembab wajah


KANDUNGAN :

Water, Dimethicone/Vinyl Dimethicone Crosspolymer, 12-Hexanediol, Niacinamide, Butylene Glycol, Glycerin, Placental Protein, Pullulan, Porphyridium Cruentum Extract, Palmitoyl Tripeptide-5, Malva Sylvestrus (Mallow) Extract, Mentha Piperita (Peppermint) Leaf Extract, Primula Veris Extract, Alchemilla Vulgaris Extract, Veronica Officinalis Extract, Melissa Officinallis Leaf Extract, Achillea Millefolium Extract, Bixa Orellana Seed Extract, Acetyl Hexapeptide-8, Anthemis Nobilius Flower Oil, Lavandula Angustifolia (Lavender) Oil, Cymbopogon Martini Oil, Citrus Aurantium Bergamia (Bergamot) Fruit Oil, Rose Flower Oil, Ethylhexylglycerin, Carbomer, Hydroxypropyl Methylcellulose, Isoceteth-10, Isoceteth-25, Adenosine, Disodium EDTA, Tromethamine


HOW TO PURCHASE ?
Facebook : @Gobdigoun.com
Instagram : @Gobdigoun9


Bukan hanya logo dibaluti warna emas tetapi bekas eye cream ni pun berwarna emas tau, series sangat cantik Ju tengok. Semangat nak eject krim tu laju-laju dari bekas tapi tak dapat. Eh ! camana nak pakai ni ? Kelihatan bekas Placenta Power Aging Corrector Eye ni seperti jarum suntikan dekat hospital tu cuma ni lebih mesra untuk penjagaan kesihatan dan kecantikan wajah, giteww !

Rupanya kena unlock dulu dengan pusing pemegang bawah "syringe" ni sebelum eject keluar krim tu. Wah ! Kira safety juga packaging ni kan, tak risau jika bawa ke mana sebab ada safety lock. Pendek kata, travel friendly. Siap pakai, pusing semula dah terlocklah bekas krim tu, takda lah istilah eh tertekan ! terhabis krim mahal tanpa sengaja.. peuw ! Menyesal tak sudah.

Cara Guna :
Placenta Power Aging Corrector Eye Cream mengandungi nutrisi seperti asid amino, vitamin peptida aktif, enzim dan mineral yang berkesan dalam memutihkan, penghidratan, rawatan kedut, jerawat, peredaran darah, dan sebagainya. Cara gunakan krim ni sangat mudah, Ju cuma eject sekali ni sahaja dah lebih dari cukup untuk sepasang bawah mata Ju. Ju pakai 2x sehari iaitu sebelah pagi dan malam.

Tekstur :
Berwarna putih dan wangi (rujuk gambar dibawah) Selesa nak apply dibahagian mata sebab mudah menyerap dan tak ganggu pun pandangan kau orang. Siap ratakan, boleh dah buat kerja harian !

Keberkesanan :
Tak berani nak kata seminggu pakai dah berkesan 100% sebab kadang produk ni bergantung juga dengan kulit. Tapi dengan kandungan Placenta Power Aging Corrector Eye Cream yang semula jadi ni, Ju sangat rekomen dengan kau orang dan pastinya bersesuaian dengan semua jenis kulit wanita asia. Sepanjang 16 hari guna Placenta Power Aging Corrector Eye Cream dan masih lagi pakai hingga ke hari ini, bagi pendapat peribadi Ju sendiri, mata lebam Ju sebab tak cukup rehat ni sedikit sebanyak melalui perubahan, kulit bawah mata lebih nampak lembut dan kurang sembam. Ju pasti jika digunakan dengan konsisten, hasil pasti lebih menarik lepas ni. 

Tarikh Luput :
Kau orang boleh check tarih luput Placenta Power Aging Eye Cream ni dibahagian bawah lock dan unlock bekas krim ni. Ju punya ni tamat tempoh pada tahun 2019. Kira lama juga kan. Bila ada tahun luput ni mudah untuk kita juga, taklah guna produk yang dah expired then gelabah semacam kenapa tak berkesan kan 








KANDUNGAN :

Water, Dimethicone/Vinyl Dimethicone Crosspolymer, 12-Hexanediol, Niacinamide, Butylene Glycol, Glycerin, Placental Protein, Pullulan, Porphyridium Cruentum Extract, Palmitoyl Tripeptide-5, Malva Sylvestrus (Mallow) Extract, Mentha Piperita (Peppermint) Leaf Extract, Primula Veris Extract, Alchemilla Vulgaris Extract, Veronica Officinalis Extract, Melissa Officinallis Leaf Extract, Achillea Millefolium Extract, Bixa Orellana Seed Extract, Acetyl Hexapeptide-8, Anthemis Nobilius Flower Oil, Lavandula Angustifolia (Lavender) Oil, Cymbopogon Martini Oil, Citrus Aurantium Bergamia (Bergamot) Fruit Oil, Rose Flower Oil, Ethylhexylglycerin, Carbomer, Hydroxypropyl Methylcellulose, Isoceteth-10, Isoceteth-25, Adenosine, Disodium EDTA, Tromethamine



HOW TO PURCHASE ?
Facebook : @Gobdigoun.com
Instagram : @Gobdigoun9

Menarik di Sabah : Arnab Village, Ranau

Assalammualaikum 

Yeayy ! Masuk hari ke 3 berada di sini dengan keluarga Ju. Kami bertolak ke Arnab Village pada sebelah pagi, masa ni Arnab Village tengah hot viral di laman sosial dengan kecomelan arnab yang terdapat disini. So Ju pun taknak lepaskan peluang bawa keluarga melihat sendiri dengan lebih dekat arnab yang dipelihara dekat sini. 

Menarik di Sabah : Arnab Village, Ranau || Terletak 103 kilometer dari Kota Kinabalu jika kau orang bertolak dari bandar tapi jika kau orang berada di Kundasang, lokasi Arnab Village cuma terletak 11.6 kilometer dari pekan dan mengambil masa kira-kira 20 minit untuk sampai. Memandangkan pertama kali ke sini, kami bergantung dengan rujukan waze sepenuhnya ! Yes sampai tersesat jauh ke hulu kampung hahaha. 

Pengalaman sesat berjemaah dengan keluarga, demi arnab gebus kami redhakan 😄 apa tak sesatnya, mata asyik tengok ke depan, tak tengok signboard yang disediakan. Masa ni signboard memang ada tapi kecik sangat dah tu cat papan lagi warna coklat ditambah dengan kehijauan warna alam semulajadi, papan tanda tu tak kelihatan sangat. 


Facebook : Arnab Village Ranau
Instagram : @Arnab Village Ranau


Fakta mengenai Arnab Village, Ranau
  • Perusahaan keluarga yang dimiliki oleh Jubair Juhinin, graduan Sains Akuakultur UMS 2013
  • Memiliki 200 ekor arnab dengan 8 spesies berbeza dan dibiarkan bebas dikawasan berpagar
  • Kawasan berpagar yang disediakan untuk arnab-arnab ini ialah seluas 100 meter persegi
  • 0.4 hektar tanah terlibat dalam usaha menaiktaraf Arnab Village dengan kemudahan tempat letak kereta, restoran, homestay dan kaunter pendaftaran 

Waktu Operasi dan Yuran 

Beroperasi setiap hari dari jam 09:00 pagi hingga ke 05:00 petang. Manakala yuran yang dikenakan kepada pengunjung ialah 
  • Dewasa : RM 3 
  • Kanak-Kanak : RM 2
  • Makanan arnab : RM 2 (Baja)







Instagram : @Arnab Village Ranau













Gebu gebas kan arnab-arnab dekat sini, perbelanjaan makanan arnab dekat sini Ju tak pasti berapa tapi dengan kuantiti arnab yang semakin banyak ni mesti perlukan kos yang tinggi untuk pengurusan tempat tinggal arnab ni demi menjamin kesihatan yang berpanjangan. Sekitar Ogos 2016 sahaja direkodkan seramai 6,000 pengunjung datang ke sini untuk melihat lebih dekat arnab-arnab disini. Hebakan kuasa viral ! Insyallah semoga terus sukses perniagaan keluarga Jubair Juhinin ni.



Facebook : Arnab Village Ranau
Instagram : @Arnab Village Ranau

Kredit Google Map untuk rujukan lokasi Arnab Village 

Menarik di Sabah : Sabah Tea Garden Nalapak, Ranau

Assalammualaikum 💕

Pertama kali jejak di Sabah Tea Garden ni lepas anak-anak buah main dengan ikan tagal di Sungai Moroli. Entri Ju sebelum ni, usai dari sana, suami Ju bawa singgah dekat sini. Lupa pulak turutan tempat lawatan ni, hampir tertinggal entri pasal ni ! Tak terus balik homestay walau hujan renyai-renyai. Suami kata dah alang alang sampai Ranau, Sabah Tea Garden kenalah singgah juga 😁 yayy !

Menarik di Sabah : Sabah Tea Garden Nalapak, Ranau || Terletak 36.1 kilometer dari Kundasang sekiranya kau orang bertolak dari pekan Kundasang dan mengambil masa sekitar 55 ke 60 minit untuk tiba ke lokasi bergantung pada keadaan jalan raya.

Memandangkan Ju dan keluarga bertolak dari Tagal Sungai Moroli, perjalanan kami hanya memakan masa 11 minit dengan jarak 2.25 kilometer sahaja. Sedikit kesukaran sepanjang laluan masuk dan keluar kenderaan ke ladang teh ni sebab keadaan hujan lebat dan jalanraya yang belum berturap sepenuhnya. Ju tengok pihak ladang teh Sabah Nalapak ni memang dalam proses membaik pulih laluan jalanraya untuk memudahkan para pengunjung/pelancong dari luar untuk melihat dan merasai sendiri keindahan di Sabah Tea Garden ni.

Menyelusuri laluan masuk ke Sabah Tea Garden Nalapak ni mengambil masa 15 - 20 minit juga sebab keadaan hujan lebat menyukarkan penglihatan pemandu. Setibanya di check point utama, hujan mulai reda dan Ju ambil peluang tu untuk bawa keluarga bergambar disekitar ladang teh. Tak banyak gambar yang dapat Ju ambil sebab cuaca tidak mengizinkan dan bimbang kesihatan kedua ibu bapa dan anak-anak buah Ju.

Fakta mengenai Sabah Tea Garden

  • Beroperasi dari 08:00 am - 04:00 pm setiap hari
  • Lawatan ke kilang pembuatan teh di cas (Ju tak pasti berapa sebab tak berkesempatan singgah ke kilang)
  • Keluasan ladang sebanyak 6,200 ekar dan berketinggian kira-kira 2,272 kaki dari aras laut



Sabah Tea Restaurant & Tea Shop
Memandangkan hujan, Ju bawa keluarga berteduh seperti pengunjung lain juga di Sabah Tea Restaurant & Tea Shop. Nampak padat restoran ni dengan pengunjung yang datang berteduh berbanding yang datang untuk minum dan makan. Tengok keadaan awan memang takda tanda matahari nak muncul. Confirm sampai ke malam lah hujan ni. Dengan keadaan sejuk lagi, cepat-cepat nak bawa keluarga balik tapi kena mesti bergambar dulu dekat trademark Sabah Tea ni ! 😁 

Dari apa yang Ju dengar, dekat sini terkenal dengan Sabah Tea Tarik Pandan. Tak pasti rasa dan rupa camana tapi kalau dah viral tu memang confirm sedap kan 😀 

KM17, Jalan Ranau / Sandakan,
Kg. Nalapak,
89309, Ranau








KM17, Jalan Ranau / Sandakan,
Kg. Nalapak,
89309, Ranau

Sabah Tea Love Teapot
Ni antara trademark yang wajib juga nak ambil gambar, mak besar teapot ni siap dijadikan tempat sebagai bukti kasih sayang antara pasangan dengan kononya mengunci Cinta dengan padlock yang disediakan oleh pihak Sabah Tea. Bukan percuma tau padlock tu, kena beli ! Hahaha. Ju tak pasti berapa harga kena rujuk dekat kaunter Tea Shop

Datang ke sini bukan sahaja kau orang boleh bergambar dengan pemandangan dan trademark yang unik dan cantik, kau orang juga boleh lihat cara-cara pemprosesan teh disini dengan lebih dekat dari cara memetik, dibersihkan, cara teh diasingkan dengan gred melawat ladang teh organik dan membeli belah cenderamata berasaskan teh. Bukan itu sahaja, kau orang juga dapat melihat cara-cara mengenalpasti jenis teh samada organik ataupun tidak, cara penghasilan teh hingga ke cara pembungkusan.

Insyallah Ju dan suami ada perancangan lagi untuk bawa mereka semula ke sini sebab masa ni pun semua kejar masa dan keadaan cuaca sangat tak baik untuk berada lama dekat sini dan bergambar dengan ladang teh. Ju pasti masa sekarang ni mesti jalanraya masuk ke ladang teh telah berturap sepenuhnya. Kami ke mana lepas ni ? Ju kongsi nanti di entry seterusnya ! 😘



A post shared by Junzie (@jun.zie) on

"Love is in the air"
Declare your love with your special person by placing a Love Lock on our love teapot. Buy a lock from Tea Shop,. Write your name, select a spot & secure it together

A post shared by Junzie (@jun.zie) on


Kredit Google Map untuk rujukan lokasi Sabah Tea Garden Nalapak, Ranau

3D Black Science Pore Tightening Diamond Mask by Gobdigoun.com

Assalammualaikum ❤


My pleasure to been invited by Gobdigoun.com to review their skincare product and appreciate they sent the products to me all the way from South Korea ! 😍 Dari mula hingga pertengahan mengenai produk dari Gobdigoun ni Ju ada share dekat instagram Ju sendiri. Memandangkan writing bahasa English Ju tak berapa nak hadam, marilah kita berbahasa melayu ye 😁 

Pertama kali menggunakan produk orginal dari Korea ni buat Ju rasa gembira dan teruja tu lain macam. Tambahan lagi kita tau Korea ni memang terkenal dengan produk skincare yang terbaik dan laris hingga berjaya menembusi pasaran pelbagai negara dan  Malaysia salah satunya ! Dah lagi Ju ni addict guna mask, dapat produk dari Gobdigoun.com pun banyak mengenai mask, alhamdulillah rezeki ! jimat duit Ju untuk beberapa minggu ni nak beli masker dekat luar 😍 Terima kasih  Gobdigoun.com !!!

3D Black Science Pore Tightening Diamond Mask by Gobdigoun.com || Dah nama rezeki, biar jauh dari mana pun boleh bertemu juga. Tak sangka dapat bekerjasama dengan sebuah syarikat pengeluar produk skincare ternama di Korea ni. Gobdigoun.com memulakan perniagaan di Korea sejak 2010 dan jika dibandingkan produk skincare yang sedia ada di Korea, Gobdigoun.com memastikan produknya sentiasa menepati citarasa dan keperluan pengguna dengan memastikan kualiti produk bertepatan dengan harga produk tersebut. 


3D Black Science Pore Tightening Diamond Mask by Gobdigoun.com

Pendek kata, kalau dah mementingkan kualiti tu sememangnya terbaiklah untuk pelanggan kan. Jadi kita sebagai pelanggan ni pun kalau dapat produk yang baik, berkesan dan bersesuaian, walau harga mahal pun tetap kita akan beli sebab berbaloi.

Apa yang best mengenai 3D Black Science Pore Tightening Diamond Mask dari Gobdigoun ni merupakan Topeng muka yang menggunakan konsep 3D yang direkabentuk sesuai dengan wajah kau orang dengan sempurna serta meliputi kawasan dagu si pengguna. Topeng ni terbahagi kepada 2 bahagian iaitu bahagian atas Pore Tightening Diamond & Volcanic Minerals dan bahagian bawah iaitu Diamond Mask Pumpkin Fruit Extract & Marine Collagen


Pore Tightening Diamond & Volcanic Minerals (Topeng bahagian atas)
Langkah 1 : Mask ni fokus dibahagian dahi dan mata kau orang. Berfungsi membersihkan serta mengeluarkan sel kulit mati, blackhead dan menjadikan kulit lebih lembap dan nampak lebih bermaya.

Cara guna : Bersihkan wajah dan apply toner atau Beauty Water (Jika ada). Buka packaging dan ratakan mask di bahagian wajah anda (rujuk gambar dibawah) & biarkan selama 15 - 20 minit. Selepas mask dibuka, biarkan lebihan cecair mask kering diwajah.

Masa Ju guna ni memang takda cuci muka lepas 20 minit buka mask. Cecair lebihan tu Ju biarkan kering sendiri tanpa lap, rasa kulit Ju segar dan anjal sangat 😍


LANGKAH 1 : Mata dan Hidung (Pore Tightening Diamond & Volcanic Minerals)


KANDUNGAN UTAMA
Volcanic Ash 90mg & Diamond Powder 0.45mg 

HOW TO PURCHASE ?
Facebook : @Gobdigoun.com
Instagram : @Gobdigoun9



Diamond Mask Pumpkin Fruit Extract & Marine Collagen (Topeng bahagian bawah)
Langkah 2 : Fokus di bahagian pipi hingga ke leher dengan ekstrak buah labu untuk mengekalkan kelembapan, mengeluarkan toksin kulit dan ramuan kolagen untuk menegangkan kulit, menjadikan kulit kau orang lebih sihat dan menyegarkan.

Cara guna : Bersihkan wajah dan apply toner atau Beauty Water (Jika ada). Buka packaging dan ratakan mask di bahagian wajah anda (rujuk gambar dibawah) & biarkan selama 15 - 20 minit. Selepas mask dibuka, biarkan lebihan cecair mask kering diwajah.




LANGKAH 2 : Pipi dan Leher (Diamond Mask Pumpkin Fruit Extract & Marine Collagen)

KANDUNGAN UTAMA

Volcanic Ash 90mg & Diamond Powder 0.45mg 

HOW TO PURCHASE ?
Facebook : @Gobdigoun.com
Instagram : @Gobdigoun9
Web : Gobdigoun.com



Jika diberi peluang lagi untuk Ju dapatkan mask ni memang akan repeat sebab Ju pasti dengan penggunaan konsisten sejajar dengan kandungan semula jadi dari 3D Black Science Pore Tightening Diamond Mask dari Gobdiguon.com, pengguna pasti dapat hasil terbaik untuk kulit wajah yang lebih sihat 😘

Sabah Local Food Centre Putatan : Warung Malam Wajib Singgah

Assalammualaikum ❤

Salam maal hijrah 1439H dan selamat bercuti kau orang. Ju takda plan ke mana hari ni lebih nak fokuskan pending draft yang bertimbun dekat blog ni. Kau orang plan ke mana hujung minggu ni ? 

OK ni cerita semalam, fresh gitew. Memang biasa weekend Ju dan suami akan balik ke rumah mak. Minggu ni balik ke rumah sebelah mak Ju. Biasanya bersilih ganti lah, minggu depan pula balik rumah keluarga suami dan begitulah seterusnya. 

Yang add Ju dekat facebook @Junzie mesti tahu Ju niaga apa dekat situ 😁 Pendek cerita, Ju plan nak bagi reward dengan suami sebab selalu temankan Ju COD barang. 

Sabah Local Food Centre Putatan : Warung Malam Wajib Singgah || Makan malam Ju singgah bawa suami makan dekat sini, lokasi bersebelahan dengan Giant Putatan. Dulu masa stay dengan family sekiranya ada lebih bajet, memang akan bawa dia orang makan di sini. Teringin nak makan Penang Char Kuey Teow. Dulu takda nama untuk kawasan warung kedai makan ni, sekarang dah official bernama "Sabah Local Food Centre" lepas dinaiktaraf. 

Dulu warung-warung ni cuma beratapkan khemah putih tu atau ada juga yang beratapkan canvas ikut kesesuaian pemilik. Mungkin permintaan dari peniaga dekat sini dengan Majlis Daerah Putatan untuk menaiktaraf kawasan ni dengan menukar warung disini dengan beratapkan zink agar view lebih nampak cantik, kemas dan teratur. Satu usaha yang baik untuk perniagaan peniaga warung disini sebab bagi pendapat Ju memang lebih nampak teratur berbanding dulu dah macam tak sesuai Ju panggil warung kan haha.

Ok dia orang beroperasi bermula sekitar 5 petang hingga ke tengah malam. Sebab banyak juga deretan kedai makan dekat sini, rambang mata nak pilih mana satu yang sedap. Dah lapar sangat duduk terus di Penang Char Kuey Teow Hana. 

Kau orang kalau tak nak makan berat, Ju suggest makan sate atau ayam bakar dekat sini. Sate pakcik dalam gambar ni sedap. Dari loghat dia berkomunikasi, Ju dengar dan dapat agak pakcik ni orang semenanjung. Suami order 10 sate ayam dan 10 sate daging untuk keluarga Ju dirumah.


RM 0.80 sate ayam dan daging
RM 1.00 sate kambing








Penang Char Kuey Teow Hana & Nasi Goreng Tomyam Daging

Ju pesan mesti lah Char Kuey Teow dengan minuman panas teh tarik. Nampak gandingan makan dan minum yang tak sesuai kan ? Haha Ju kena berpantang dari minum minuman sejuk jadi memang agak pelik gandingan menu Ju tu. Manakala suami pula pesan Nasi Goreng Daging Tomyam dengan segelas minuman Milo Tabur.

Penang Char Kuey Teow Hana RM 6 biasa
Teh Tarik RM 2
Nasi Goreng daging Tomyam RM 7
Milo Tabur RM 3.50

Jumlah : RM 18.50

Alhamdulillah untuk rezeki semalam. Rasa kecewa sikit dengan rasa menu yang kami request. Rupa dah ada tapi tak menepati rasa tu, rasanya ni bukan kedai makan yang Ju singgah dulu. Tapi minumam memang sedap. Dengan naiktaraf yang baru ni, susunan kedai makan pun dah berubah berbanding sebelum ni. Insyallah akan datang lagi ke sini cari mana satu kedai kegemaran Char kuey teow Ju satu masa dulu tu 😁



 



Tanaka White : Double Whitening Mask by Bio Essence

Assalammualaikum 💖

Bukan hanya scrub, mengamalkan pemakaian mask dalam penjagaan kulit wajah memang satu keperluan pada diri Ju. Lagi-lagi sedang ke arah era 30 an ni, nak elak kedut awal bertempek di wajah, kena mula dari sekarang. Insyallah jika dipanjangkan umur ke arah itu.

Seperti yang kau orang tahu, masker wajah ni ada pelbagai jenis antaranya masker buatan sendiri seperti telur, madu, kunyit hidup. Masker jenis gel seperti Charcoal Black Sugar yang Ju kongsikan sebelum ni dan masker jenis topeng ni. Walau apa pun jenis mask yang kau orang pakai pastikan amal sekurangnya 2-3x seminggu untuk hasil yang terbaik.  

Facial mask Ju tak sama setiap bulan sebab nak cuba pelbagai jenis mask yang ada dipasaran. Cuma pastikan kau orang beli di pasaraya atau kedai jualan yang dipercayai begitu juga dengan kandungan dan jenama facial mask yang kau orang beli tau. Jom ber mini facial di rumah dengan Tanaka White Double Whitening Mask by Bio Essence

Tanaka White : Double Whitening Mask by Bio Essence || Merupakan Ekstrak "Tree Bark" berfungsi menghapuskan dan mengelakkan wajah daripada tompok hitam serta kedutan.

Memiliki Tranexamic acid dan Bio Energy berfungsi mencerahkan wajah dengan penyerapan nutrien yang lebih pantas.
Penggunaan konsisten bukan sahaja melembapkan kulit malah menjadikan kulit tampak lebih cerah, segar dan anjal. 

Paling best, harga mmpu milik dan mudah didapati tau (Watson/Guardian) Ju suka beli sekotak, ada 4 pc dalam ni dengan satu harga. Jimat dekat situ. Bukan sahaja pemakaian konsisten membantu merealisasikan wajah cerah dan sihat impian kau orang malah penggunaan facial mask yang betul juga mempengaruhi tau. Bagaimana cara penggunaan yang betul ? 


  • Pastikan wajah kau orang dah cuci sebelum pakai mask
  • Tangan bersih sebelum buat prosedur pakai mask
  • Buka packaging facial mask kau orang dan ratakan di wajah ikut kesesuaian
  • Biarkan di wajah sehingga 20 - 30 minit bergantung pada arahan belakang packaging facial mask kau orang tu
  • Dalam proses tengah memakai facial mask, jangan buat sebarang pergerakan muka. Pendek kata rehatkan anggota badan kau orang dan enjoy masa berfacial tu.
  • Dah sampai masa ? Alihkan mask kau orang dan tentunya cecair mask masih ada kan ? JANGAN CUCI. Biarkan ia kering  dan menyerap dengan aman dekat kulit wajah kau orang
  • Paling seronok simpan facial mask kau orang dalam peti sejuk sebelum guna. Ju suka rasa sejuk-sejuk masa guna facial mask. Tenang rasa tambahan lagi dengan wangian Tanaka White Double Whitening Mask by Bio Essence ni. 

Lepas kering cuba kau orang tengok wajah dekat cermin, nampak lebih segar wajah tu dan lembap kan 😘 cuaca, persekifaran dan gaya hidup sekarang ni sangat mempengaruhi kelembapan kulit, kurang kelembapan salah satu faktor wajah cepat berkedut. 

Haa senang kan step betul penggunaan facial mask ? Dah apa lagi ? Jom lah bermini facial dekat rumah ! 😘




A post shared by Junzie (@jun.zie) on

A post shared by Junzie (@jun.zie) on

Food Fiesta & Cultural Night @ BTC Inanam Restaurant

Assalammualaikum 💕

Berpeluang hadir ke Food Fiesta & Cultural Night yang di adakan di BTC Restaurant Inanam pada Sabtu (09 September) minggu lepas merupakan satu pengalaman baru dan membuka ruang kepada Ju untuk mengalami sendiri suasana keharmonian dan kebudayaan sebagai rakyat Malaysia khususnya di negeri tumpahnya darah sendiri iaitu Sabah. Tak tahu nak bawa keluarga makan malam di mana ?? Jom ke BTC Inanam Restaurant !!


Entertainment | Buffet | Halal Mart | Experience Yourself | Handicraft 

Food Fiesta & Cultural Night @ BTC Inanam Restaurant || Merupakan aktiviti baru dari pihak BTC Inanam Restaurant, diadakan setiap malam Sabtu bermula dari 07:00 malam hingga ke 11:00 malam. Sarat dengan pelbagai hidangan menu buffet dan aktiviti persembahan seperti tarian kebudayaan etnik Borneo, Busking dari Styna Akustik Rangers, hiburan maskot adiwira dan pertunjukan silap mata dari Clown pada malam tersebut kepada para pelanggan yang hadir. 

"Experience Yourself " Tidak terikat kepada persembahan sahaja, pihak BTC Inanam Restaurant juga membuka peluang kepada pelanggan yang hadir untuk mencuba sendiri membuat roti canai dan teh tarik dengan bantuan pekerja terlatih. Haa ! kan best tu, selama ni makan dan order sahaja roti canai tu bila jejak mana-mana restoran, tapi bila kau orang berada di sini, bukan sahaja terhibur dengan persembahan malah merasa juga pengalaman lontar roti canai dan buat teh tarik ! 😁

Sebab teruja pertama kali jejak disini, Ju terlepas nak cuba buat roti canai dan teh tarik sebab tak nak terlepas dengan setiap persembahan tarian yang memukau dari kumpulan tarian kebudayaan Art Collection. 




Kepelbagaian Menu Buffet
Good TIMES start with Great Food. Mengetengahkan menu India, Melayu, Chinese & Western, Ju lihat pada malam tersebut, kepelbagaian jenis masakan pembuka selera dihidangkan kepada pelanggan dari kuih muih ke jenis lauk bergoreng, masakan pelbagai rasa untuk ikan, daging, ayam dan begitu juga dengan sayuran. Bagi kau orang yang tak nak makan heavy seperti nasi, boleh dapatkan makanan jenis ala western yang dihidangkan seperti spaghetti carbonara atau bolognese atau pun makanan sedikit ringan seperti roti canai.

Harga Buffet dibahagikan kepada 3 iaitu :
  • Dewasa RM 45 per pax
  • Kanak-Kanak RM 20 per pax 
  • Kanak-Kanak bawah 5 tahun : FOC
Kepelbagaian menu masakan buffet pasti tak lengkap tanpa makanan tradisional dan pencuci mulut. Pada malam Ju hadir, makanan tradisional Borneo yang patut kau orang cuba disini ialah jeruk bambangan dan hinava ! Dalam hati Ju masa tu, rugi lambat nampak ! perut dah kenyang makan hidangan berat tadi, kalau tak confirm nak tambah nasi putih panas dan setompok hinava ni ! fuhh ! 😅 Bagi pencuci mulut pula selain dari buah-buahan, jeruk buah, mushroom soup, ais batu campur (ABC), kuih muih turut disediakan.

















Buffet | Dewasa RM 45 | Kanak-kanak RM 20 | Bawah 5 tahun FOC
Facebook : 


Persembahan Kebudayaan Art Collection
Dari tarian etnik Borneo (Sumazau dan Magunatip), tarian Melayu Zapin hingga ke tarian Bollywood dipersembahkan pada malam tersebut, para penari kebudayaan sangat mesra siap panggil pelanggan yang duduk untuk turut serta menari bersama. Bagi Ju sememangnya suatu pengalaman yang seronok apatah lagi turut serta menari bersama untuk tarian Sumazau bersama Blogger Sharina malam tu. Untuk video boleh intai-intai dekat instagram Ju sendiri @jun.zie 😂  











A post shared by Junzie (@jun.zie) on


Buffet | Dewasa RM 45 | Kanak-kanak RM 20 | Bawah 5 tahun FOC
Facebook : 



Persembahan Busking Styna Akustik Rangers
Mood santai sangat terasa apabila menjamu selera disini denga persembahan busking di sampaikan oleh dari Styna Akustik. Kau orang juga boleh request lagu untuk dimainkan malah boleh turut serta join dengan Styna Akustik nyanyi sama ! 😁








Hiburan Maskot Adiwira & Clown
Ibu bapa yang bawa anak-anak tak perlu bimbang takut anak meragam sebab selain dari tarian kebudayaan,  maskot adiwira Marvel dan pertunjukan silap mata dari Clown turut berada di Food Fiesta & Cultural Night ini sebagai salah satu hiburan kepada anak-anak yang datang bersama ibu bapa. Kakak-kakak blogger pun tak nak melepaskan peluang bergambar sama dengan adiwira Ironman tau ! Hahaha



Buffet | Dewasa RM 45 | Kanak-kanak RM 20 | Bawah 5 tahun FOC
Facebook : 



Sabahan Blogger
Berhubung hanya menerusi Group Whatsapp, pada hari tersebut Ju berpeluang bertemu mata ke mata pertama kali dengan Blogger Mv, Blogger Sharina, Blogger Lan & Joe yang belum Ju jumpa. Keterujaan berkongsi dalam dunia blog ternyata miliki seribu kebaikan sebagai bonus menambah kenalan dari alam maya ke alam nyata, giteww ! 😁

Turut hadir pada malam tersebut, Blogger Echa, Blogger Mia, Blogger Natrah yang mana kami telahpun bekerjasama dalam event sebelum ini. Insyallah akan bertemu lagi di projek blogger Sabah yang akan datang !






Untuk sebarang tempahan dan pertanyaan, kau orang boleh direct kepada

Mrs Suzie : 016 442 8276
Mr Saul Hamed : 013 851 2082


Kredit Google Map untuk rujukan lokasi BTC Inanam Restaurant