Breaking

30 Aug 2017

Merdekakah Kita Dari Jajahan ?

Assalammualaikum 💖

Acap kali menjelang bulan kemerdekaan, soalan ini membelenggu fikiran Ju. Sejauh mana kemerdekaan yang kita capai pada hari ini ? Cukupkah dengan mengibar bendera dan pertukaran tema setiap tahun, menunjukkan kita merdeka ? 

Merdekakah Kita Dari Jajahan ? || Tanah Kami bebas dari jajahan kuasa luar. Tanah kami berdirinya bangunan tersergam indah melambangkan kemajuan. Tanah Kami mengamalkan sistem demokrasi. Ya kita merdeka ! 

Jajahan pada era ini bukan lagi berbentuk fizikal tapi jajahan hari ini berbentuk jajahan moden menyerang pemikiran masyarakat. Minda kita diratah dengan liberalisasi dalam teknologi komunikasi, begitu longgar dalam mengawal kebanjiran maklumat menerusi media elektronik. Inilah yang dikatakan jajahan budaya dalam bentuk moden. 

Begitu mudah berkongsi maklumat tanpa menekankan fakta yang betul. Penyebaran maklumat palsu, fitnah, caci maki dan penentangan terhadap indvidu tertentu berlaku secara membuta tuli tanpa usul periksa. Tiada tapisan dalam menyalurkan maklumat, media massa serba sedikit menyumbang kepada terhakisnya adat ketimuran kita lalu berubah kepada budaya barat.

Tepuk dada tanya selera, sejauh mana kemerdekaan diri kita kecapi masa ini. Melihat dari perspektif hari ini, kita dijajah dalam bentuk kegembiraan yang melalaikan. Ya, kita sedar tapi kita menafikan. Adakah ini statement berani mati ? Oh tidak. Ini kenyataan yang anda sendiri pendamkan tanpa berani soalkan kepada diri sendiri. Kenapa ? Bukankah kita duduk di tanah yang merdeka ? Kerana dalaman kita dijajah, kerana itu kita berdiam. 




"Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia ke 60 tahun & Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1438H"

Negaraku Sehati sejiwa
💖Junzie💖

15 comments:

  1. Selamat Hari Kemerdekaan juga buat Jun Zie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kmerdekaan & selamat hari raya =D

      Delete
  2. Replies
    1. Selamat hari merdeka juga sis Pip & selamat hari raya =D

      Delete
  3. Selamat hari kemerdekaan ju. Sejujurnya masih ramai di antara kita masih belum merdeka kerana di jajah dgn teknologi tanpa sempadan hari ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan =) selamat hari merdeka dan selamat hari raya sis ana =D

      Delete
  4. slmt hari kemerdekaan & slmt hari raya aidiladha juga jun, cuti smnggu ni sha manfaatkan btul, jd merdeka btul suda kan klu gtu hahaha

    ReplyDelete
  5. Selamat Hari Kemerdekaan Kak Jun & Selamat Hari Raya Aidiladha ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya juga buat nurul. terima kasih singgah blog kaka =D

      Delete
  6. setuju, kita dijajah dengan kegembiraan yang melalaikan

    ReplyDelete