- Buka setiap hari (08:30 AM - 05:00 PM)
Yuran Masuk Pengunjung :
- Dewasa & Pakej Rendam Kaki - RM 5.00 (30 minit)
- Kanak-kanak & Pakej Rendam Kaki - RM 2.00 (30 minit)
- Pakej Mandi bersama Ikan - RM 10.00
Yuran Baja Ikan :
- 1 pek - RM 2.00
"Tagal Sungai Moroli Fish Spa" atau ikan terapi yang terdapat disini terdiri dari pelbagai jenis dan berbeza saiz namun tidak membahayakan pengunjung. Ikan terapi tersebut akan memakan sel kulit mati yang ada, menjadikan tubuh badan anda lebih bersih, terasa lebih halus dan dipercaya dapat mengubati penyakit kulit tertentu seperti eksem kering dan psoriasis.
Selain dari tarikan spa ikan yang disediakan disini, pengunjung juga boleh merasakan pengalaman menaiki jambatan gantung yang tersedia. Jambatan gantung menyelusuri sungai Moroli takda cas dikenakan. Dari jambatan, kau orang akan nampak pemandangan lebih cantik tapi Ju tak berani nak lalu memandangkan keadaan kayu lapis jambatan ni nampak uzur. Ini adalah situasi yang Ju hadapi pada December 2016, insyallah pada hari ini mungkin kekurangan tersebut telah dibaiki oleh pihak pengurusan Tagal Sungai Moroli.
Deretan kedai jajan juga disediakan kepada pengunjung di kawasan terapi ikan Tagal ni. Harga pun masih ekonomik untuk makanan dan minuman yang disediakan. Dari jenis kuih muih bergoreng hingga ke jenis jeruk pun ada disediakan.
Hanya meluangkan masa sekitar 30 minit - 40 minit di sini kerana cuaca yang tidak mengizinkan, gerimis masa bagi makan dekat ikan-ikan ni dan bimbang dengan anak-anak buah Ju, kami bergerak untuk ke lokasi seterusnya. Di mana tu ?? Nantikan entri Ju berikutnya tau ! 😘
Hanya meluangkan masa sekitar 30 minit - 40 minit di sini kerana cuaca yang tidak mengizinkan, gerimis masa bagi makan dekat ikan-ikan ni dan bimbang dengan anak-anak buah Ju, kami bergerak untuk ke lokasi seterusnya. Di mana tu ?? Nantikan entri Ju berikutnya tau ! 😘
Lama ndak pigi kg.Luanti ..
ReplyDeleteDulu selalu singgah sana jadi pit stop sebelum ke Telupid ...
Waah sis =D sa ni pun last ni la Dec 2016. Insyallah dtg lg nnti, xperna bosan jalan2 pegi sini lagi2 kalo dgn family =D
Deletehari tu tpigi juga tmpt ni jun, skali ramai org, mcm geli pula kena gigit itu ikan haha
ReplyDeleteWah, spa ikan.. Teringin nak pegi ke spa ikan tue, tapi rasa geli2 plak nak rendam kaki sebab takut kena gigit.. hihi
ReplyDelete