Green Villa Homestay, Kundasang

Assalammualaikum 💕

Bulan kemerdekaan dan bakal menyambut bulan September dengan Hari Raya Haji, terasa banyak cuti untuk dirayakan kali ni berbanding bulan yang sudah. Timbul tenggelam dengan penulisan blog, Ju kongsikan dengan kau orang percutian keluarga Ju pada December tahun lepas. Semoga menjadi rujukan bagi kau orang yang bercadang untuk ke negeri dibawah bayu, Sabah 💖

Percutian keluarga yang melibatkan lebih dari 10 orang memang perlu perancangan rapi terutama tempat tinggal. Tarikh yang dipersetujui ahli keluarga untuk laksanakan percutian keluarga yang julung kali diadakan ni ialah pada December 23 - December 26. Kena lagi dengan hujung tahun dan cuti sekolah, bayangkan Ju cari homestay 5 bulan sebelum tarikh kami bertolak, semuanya FULL HOUSE ! 😓

Tak putus asa, Ju teruskan pencarian dan jumpa Green Villa Homestay ni menerusi blog dan facebook menerusi review yang Ju lihat di Google.

Kebetulan kosong tanpa tempahan bersesuaian dengan tarikh percutian kami sekeluarga. Ju teruskan tempahan. Terus terang Ju katakan peruntukan untuk tempat tinggal, Ju TER over bajet ! Bagi kau orang yang biasa dengan homestay bajet disekitar Kundasang, pasti tahu purata harga yang ditawarkan iaitu sekitar RM 150 - 250 sehari. Musim cuti dan permintaan yang tinggi untuk homestay pada masa cuti tidak mustahil pihak homestay mengenakan harga yang tinggi untuk sebuah bilik atau rumah. 

Kerana terdesak dan pada masa yang sama mengharapkan keselesaan untuk keluarga Ju. Ju sewa Green Villa Homestay dengan harga yang ditawarkan iaitu RM 350 semalaman untuk 4 hari 3 malam dimana jumlah keseluruhan RM1, 050. Ju selesaikan deposit dan kemudian lunaskan baki pada 23 December semasa tiba di homestay tersebut.

Green Villa Homestay, Kundasang || Terletak 10 - 15 minit sahaja dari Pekan Kundasang dan berada betul-betul di tepi jalan, merupakan rumah 2 tingkat dengan memiliki sebuah bilik ditingkat bawah (master room) bersama kemudahan tandas, televisyen, 3 buah set katil, pemanas air dan kelengkapan dapur termasuk set BBQ yang berada di ruang terbuka namun memiliki bumbung. Manakala tingkat atas mempunyai ruang tamu juga dengan ruang terbuka, peti sejuk, 3 buah bilik juga dilengkapkan dengan katil, tandas, pemanas air dan televisyen. Sangat sesuai dengan keluarga besar dan Ju masa tu rasa, hati terubat juga bila terpaksa bayar mahal tapi berbaloi bila dapat apa yang kita harapkan. Yeay boleh cuti senang hati ! 😄
Facebook : Green Villa Homestay
Facebook : Green Villa Homestay
Ju kongsikan beberapa keping gambar sekitar Green Villa Homestay, takda snap gambar untuk 3 bilik di tingkat atas. Namun, semoga dapat menjadi rujukan bagi kau orang yang mencari homestay untuk keselesaan ahli keluarga yang ramai.

Bahagian tingkat bawah : Dapur dengan ruang terbuka dan kelengkapan BBQ


 Green Villa Homestay : Dari tingkat atas


Green Villa Homestay : View dari tepi jalan


Green Villa Homestay : Bilik Master Room dengan kelengkapan tandas & 3 katil


Green Villa Homestay : Tingkat atas dengan kelengkapan ruang tamu terbuka, 2 meja makan, 3 bilik tidur & peti sejuk


Green Villa Homestay : Tingkat atas dengan kelengkapan ruang tamu terbuka, 2 meja makan. 3 bilik tidur & peti sejuk


Oleh kerana seterika dengan papan seterika tak disediakan oleh pihak pengurus rumah atas sebab isu penyewa sebelum ni rosakkan, Ju bawa sedia untuk kemudahan ahli keluarga Ju. Ok, tu Ju boleh terima sebab Ju dah siap double check dengan pengurus rumah seminggu sebelum berangkat. Umum tahu cuaca dekat Kundasang boleh cecah paras 15 darjah celcius. Sebab tu penting adanya heater. 

Tanya pengurus rumah mengenai heater (pemanas air dalam tandas) ada juga ke, pengurus rumah kata ada. Ok set, bahan-bahan makanan basah dan kering cukup untuk 3 hari termasuk pinggan mangkuk, kira apa yang tak ada dekat sana, kami dah siap bawa. Dapat bayangkan tak bila kau orang nak mandi tapi keadaan air yang sejuk sampai kepala paip pun meruap  boleh nampak sangat sejuk air tu, kemudian heater tak berfungsi ???!! kesian dekat mak dan abah lagi-lagi anak-anak buah Ju yang berumur 7 tahun hingga ke 12 tahun, mandi dengan air yang sejuk amat. Ada cerek tapi saiz kecil, kena tunggu 2-3x masak untuk kuantiti seorang mandi. Peuww ! 

Malam tu juga Ju hubungi pengurus rumah mengenai masalah heater. Pengurus kata, bekalan elektrik tak kuat sebab tu heater tak jalan sebelah malam. Berbeza pula dengan sebelah pagi, heater berfungsi dengan baik. Bulan ni semua homestay penuh, ramai pengunjung sebab tu bekalan eletrik tak kuat. Dan kami pun bertabah dengan alasan yang diberikan 😅 Hari berikutnya, bila nak mandi menjelang petang, mak dia orang terpaksalah masak air dekat cerek tak pun Ju minta anak-anak buah mandi awal sebelum maghrib untuk elakkan rasa sejuk menjelang malam. 

Isu ni Ju hadapi December 2016. Insyallah, mungkin tahun ni dah tak ada masalah kurang bekalan elektrik. Pasti ada jalan penyelesaian untuk masalah seperti  ni oleh pihak pengurusan dalam menambah baik perkhidmatan yang disediakan bersesuaian dengan bayaran yang dikenakan kepada pelanggan. 

Ke mana destinasi kami selama 4 hari 3 malam ni ? Stay tuned ! 💖

Kredit Google Map untuk rujukan lokasi Green Villa Homestay

13 comments

  1. Replies
    1. aah lagi2 bila musim hujan atau mjelang waktu malam =D

      Delete
  2. Seronok dapat menikmati suasana kampung n alam semulajadi

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulilah.. back to nature =D

      Delete
  3. Ana masa stay di sana resort yg ana stay tu pun ada masalah heater. Air punya lah sejuk. Tak kan tak mandi pula. Apa lagi masak air guna kettle mandi mandi guna baldi. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan =D mgigil kluar dr toilet xD

      Delete
  4. wahh bestnye jun. klau big family sesuai sgt tinggal sni

    ReplyDelete