Assalammualaikum 💕
Salam lebaran semua ! Amboi bukan main holiday raya sampai blog berhabuk lebih seminggu 😁 Ju nak kongsi dengan korang satu restoran yang menghidangkan menu sedap sangat berbaloi dengan harga yang korang bayar.
Warung Saji @ Putatan, Kota Kinabalu || Menjadi pilihan utama Ju untuk berbuka dengan keluarga dan BFF setiap kali bulan puasa berkunjung tiba. Sekali sekala berbuka diluar untuk rasai suasana yang berbeza dari rumah dengan keluarga dan rakan-rakan. Tahun ni dalam bulan Ramadhan sahaja, 2 kali Ju ke sini 😅
Apa yang istimewa dengan Warung Saji ? Bagi pendapat peribadi Ju, sangat sesuai bawa keluarga ke sini dengan persekitaran yang selesa dan bersih apatah lagi dengan suasana restoran ini yang beroperasi menggunakan perumahan tempatan, seolah berada di rumah sendiri cuma bezanya itu bukan rumah kita😅
Maklum dengan sambutan pelanggan yang menggalakkan, Ju tempah awal tempat duduk untuk ahli keluarga apatah lagi dengan kuantiti kami yang ramai. Sangat perlu untuk tempah awal bagi memperoleh tempat duduk yang selesa dan megelakkan pemilihan menu pada masa akhir.
Kredit Google Mape untuk rujukan Lokasi Warung Saji @ Putatan, Kota Kinabalu

Warung Saji @ Putatan : 088 767 051
Kepelbagaian menu yang disediakan oleh pihak Warung Saji ialah makanan laut seperti udang, sotong, ikan yang dimasak dengan pelbagai pilihan iaitu masak 3 rasa, masak taucu, masak halia dan lain-lain. Begitu juga dengan menu ayam dan daging sama ada dimasak tumis, sambal ataupun goreng juga disediakan. Manakala bagi sayuran pula terdiri dari pilihan kangkung, sawi, baby kailan dan lain-lain yang juga dimasak dengan pelbagai rasa.
Pelanggan juga diberikan pilihan saiz hidangan bermula dari Small, Medium dan Big bagi setiap menu yang dipilih bersesuaian dengan jumlah ahli keluarga atau rakan-rakan yang hadir untuk makan bersama.
Menu add on juga turut disediakan seperti Sup Isi ketam. Bagi sup isi ketam cuma disediakan 2 jenis saiz iaitu Small (2 hingga 4 orang) dan Medium (4 hingga 6 orang). Kebiasaan Ju akan pilih saiz medium x 2 bersesuaian dengan jumlah keluarga Ju dan suami.
Bagi pilihan minuman pula, Warung Saji juga menyediakan minuman dalam jag seperti air bandung, sirap dan lemon teh ais. Tapi sekiranya korang nak minuman lain bersesuaian dengan selera tekak masing-masing pun boleh juga.
Pilihan wajib Ju dan suami bila bertandang ke Warung Saji tentulah Udang Masak Butter tanpa kulit ! 😁 bila berbuka dengan BFF, menu udang butter ni memang tak lepas dari senarai Ju.
Warung Saji @ Putatan : 088 767 051
Buka : Isnin hingga Sabtu
Tutup : Ahad
Masa Operasi :04:30 PM sehingga 12:30 tengah malam
Tutup : Ahad
Masa Operasi :04:30 PM sehingga 12:30 tengah malam
Sebarang pertanyaan atau tempahan boleh hubungi terus hubungi
Warung Saji @ Putatan : 088 767 051
Buka : Isnin hingga Sabtu
Tutup : Ahad
Masa Operasi :04:30 PM sehingga 12:30 tengah malam
Tutup : Ahad
Masa Operasi :04:30 PM sehingga 12:30 tengah malam
menarik
BalasPadamaah sis =D
PadamNampak mcm best....
BalasPadamNextime boleh try kat mkn kat sini pula..
Harus singgah dgn family sis =D
PadamNampak macam best jea wrung nie, Insha Allah kalu saya ke sana, saya akan cari warung nie... Menu-menu pun nampak macam menarik... =)
BalasPadamPelbagai lagi menu ditawarkan sis.. mmg menarik =D
PadamSemua nampak sedapnya Ju. Selamat tak puasa hari ni. Kalau x, dah telan air liur berkali2 ni. Udang masak butter tu yg plg menarik
BalasPadamNasib ju xgmbr smua, confirm kita sma2 ikut telan air even ju da perna ke sana sblm ni, mmg nak singgah lagi nnti =D
PadamNampak cam sedap ja .. restorannya pun menarik. Nanti mo ditrylah ni.
BalasPadamSelamat hari raya jun 😊
Salam aidilfitri sis mia =D nnti singgah2 la sni, senang cari tmpt ni sis
Padamwoaah boleh masuk dalam list ni kalo pergi KK nanti.. always rancang nak ke KK tapi perginya tak.. lama dah tak kesana..
BalasPadamKhailan tu sangat memikat selera.. adusss..
BalasPadamnda pernah lagi pegi tau..nnt mau try lah
BalasPadam