Misi Mencabar Stamina : Mendaki Bukit Nuluh Lapai, Tuaran
Assalammualaikum 💕
Aktiviti hiking kali kedua ni diteruskan dengan menawan Bukit Nuluh Lapai yang tidak jauh dari Bukit Tirig dimana Ju pernah kongsikan sebelum ni. Jika kau orang bertolak dari bandar Kota Kinabalu, masa perjalanan untuk tiba ke sini sekurangnya 45 minit hingga ke 1 jam mengikut keadaan lalu lintas. Kebetulan rumah Ju tak jauh dari sini, kami tiba di lokasi dalam 15-20 minit sahaja.
Misi Mencabar Stamina : Mendaki Bukit Nuluh Lapai, Tuaran || Cuaca petang ketika ini sangat redup dan sesuai untuk meneruskan misi kami. Kali ni kami ditemani dengan kakak Ju yang juga baru berjinak-jinak dalam aktiviti mendaki bukit. Ketinggian Bukit Nuluh Lapai iaitu 1164 meter dan 3819 tinggi dari aras laut sangat sesuai bagi kau orang yang baru dalam aktiviti mendaki bukit.
Laluan trek Nuluh Lapai terbahagi kepada 2 bahagian iaitu laluan pendek 980 meter dan laluan panjang 1.2 kilometer. Pengunjung boleh memilih laluan yang bersesuaian mengikut keselesaan dan tahap daya tahan stamina masing-masing. Bagi kami yang nak cepat sampai, mengejar masa lighting matahari untuk gambar yang cantik, kami tekad memilih laluan 980 meter😂
Kedengaran laluan pendek bukan ? Tapi keadaan trek kira mencabar juga bagi kami yang baru berjinak ni apatah lagi kali pertama kami menaiki bukit adalah pada Mei lepas dan mula berjinak kembali hampir 2 bulan. Apa yang membuat Ju rasa hampir tewas bila bab mendaki ni ialah apabila bertemu dengan laluan cerun yang perlu didaki, keadaan kaki memang akan hampir tidak mampu untuk digerakkan dan untuk itu, Ju memang akan melewatkan pasukan kami dalam 10-15 minit sebab Ju perlukan masa untuk kaki yang cramp kembali baik semula. Seolah-olah rasa kaki tak dapat menampung berat badan bila mendaki bahagian cerun bukit. Berbeza apabila bahagian turun, Ju pula yang lebih laju 😂
 |
"The Best time are always found when family & friend gather around" |
 |
Point 1 : Kaki Bukit Nuluh Lapai |
 |
Laluan trek terbahagi kepada 2 (980 meter & 1.2 kilometer) |
 |
Sepanjang laluan mendaki |
 |
Keadaan laluan trek 980 meter |
 |
Antara laluan trek 980 meter |
 |
Masa Depan kami Point terakhir pendakian Bukit Nuluh Lapai😂 |
 |
Penat hilang serta merta, Subhanallah 😍 |
 |
Antara pemandangan dari atas Bukit Nuluh Lapai, Tuaran |
 |
Keindahan alam semula jadi dari atas Bukit Nuluh Lapai, Tuaran |
 |
Kemudahan tempat duduk yang disediakan kepada pendaki |
 |
Kemudahan pondok rehat yang disediakan |
 |
Check ! Bukit Nuluh Lapai, Tuaran |
 |
Trademark : Bukit Nuluh Lapai, Tuaran |
 |
Yeayyy ! Next hill jom ! |
Memulakan pendakian tepat pada jam 03:40 petang, kami tiba di point terakhir pada jam 04:15 petang iaitu kira-kira 35 minit ke 40 minit masa yang kami gunakan untuk sampai. Keadaan cuaca dan laluan yang baik sangat membantu kami para pendaki baru untuk tamatkan pendakian tanpa sebarang masalah yang tidak diingini.
Ju kongsikan lokasi Bukit Nuluh Lapai dibawah untuk rujukan korang yang merancang ke sana. Selamat mendaki ! 😎
Kredit Google Map untuk rujukan lokasi Bukit Nuluh Lapai, Tuaran
Teruja tengok misi mendaki nie.. Lamanya sha tak buat macam nie..
ReplyDeleteSekarang misi golek2 atas katil je.. hehehe..
wah lama dah x hiking
ReplyDeletebestnya aktiviti.. kalau lah leh join sekali.. eh.. bawak anak boleh? haha
ReplyDeletebestnyaa Kak Jun~~ semangat membara mendaki bukit haha ^^ Subhan'Allah cantik pemandangan kak :)
ReplyDeleterajinnya ju hiking. cantik semua gambar2 ju ni. suka ana tgk :D
ReplyDeletebabe. i teruja tengok. namun. hanya mampu tengok kot babe. wakakaka
ReplyDeleteSaya selalu teringin nak mendaki tapi kaki saya takleh tahan pakai kasut sukan lama-lama..mesti melecet...huhuhu
ReplyDeletetgu sa smpai drl... ndak lama lagi ni..hahahahah
ReplyDeleteblm lg sha sampai sini, dkt sja ngn bukit tirig tu..hihi yg jln masuk dkt kelapa bakar kan jun?bah nnt d pigi haha
ReplyDeleteBestnya, lama dah akak tak mendaki ni. Mesti tegang semua urat saraf.
ReplyDelete