Menarik di Kota Kinabalu : Borneo Ant House, Tuaran

Assalammualaikum

Dirasmikan pada 29 Jun 2017 oleh YB Datuk Seri Panglima Masidi Manjun merangkap Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah. Borneo Ant House atau singkatannya B.A.H dibuka kepada umum pada 1 Julai yang lepas. Menjadi viral di media sosial facebook menjadikan Borneo Ant House lokasi yang harus Ju tujui untuk merasa sendiri suasana dikelilingi 463 ekor replika semut gergasi

Menarik di Kota Kinabalu : Borneo Ant House, Tuaran ||  Terletak 35 kilometer dari bandaraya Kota Kinabalu, memakan masa selama 45 - 60 minit untuk sampai bergantung kepada keadaan lalu lintas. Memandangkan perjalanan Ju tanpa diduga bersama keluarga tanpa kehadiran suami, Ju bergerak ke Tuaran berpandukan Google Maps. Ju kongsikan beberapa info mengenai Borneo Ant House untuk rujukan kau orang yang merancang untuk membawa keluarga ke sini

Waktu Operasi :


  • Buka dari Isnin hingga Khamis, Sabtu dan Ahad
  • Tutup setiap hari Jumaat
  • 08:00 am - 05:30 pm

Yuran Pengunjung :

Warganegara Malaysia
  • Dewasa - RM 18 seorang
  • Warga Emas (lebih 60 tahun) - RM 9
  • Kanak-kanak (7 - 12 tahun) - RM 9
  • Kanak-kanak (bawah 7 tahun) - Percuma

Bukan Warganegara 
  • Dewasa - RM 36 seorang
  • Warga Emas (lebih 60 tahun) - RM 18
  • Kanak-kanak (7 - 12 tahun) - RM 18
  • Kanak-kanak (bawah 7 tahun) - Percuma

Harga OKU 
  • PERCUMA dengan kad OKU yang sah

Rombongan Sekolah/IPTA/IPTS ATAU Tour & Travel Agen berdaftar
  • Berhubung terus dengan pihak pengurusan Borneo Ant House untuk tawaran harga istimewa


Plat Perasmian Borneo Ant House

Pintu Utama

Replika 2 semut gergasi di laluan ke pintu Utama

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi terus Pihak Pengurusan di talian


011 262 713 73
ATAU

Hubungi 
FacebookBorneo Ant House
InstagramBorneo_Ant_House


Kemudahan kawasan letak kenderaan yang disediakan 

Kaunter Tiket

Galeri 463 Replika semut 

Galeri 463 Replika semut 

Kebudayaan Borneo turut dipamerkan

Sejarah Peralatan masyarakat Borneo

Sejarah Peralatan masyarakat Borneo

Peralatan menangkap hasil sungai/laut : Salah satu sumber rezeki masyarakat Borneo

Peralatan Menanam/Menuai Padi 

Pemandangan dari luar Galeri Replika Semut

Pemandangan sekitar kawasan Galeri Replika Semut

Kemudahan Cafe yang disediakan

Sekitar kawasan Cafeteria

Kemudahan Pondok Rehat juga disediakan


Canopy Walk, Borneo Ant House

Borneo Ant House juga turut menyediakan tarikan istimewa kepada pengunjung iaitu Canopy Walk sesuai untuk korang yang ingin merasakan pengalaman melalui jambatan bergantung dari pokok ke pokok lain sekali gus melihat lebih dekat kekayaan alam semula jadi yang terdapat disini.




Menerusi Canopy Walk



Sekitar Pemandangan Canopy Walk

A post shared by Junzie (@jun.zie) on
Sekitar kemeriahan kami sekeluarga di Canopy WalkπŸ˜†


Untuk sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi terus Pihak Pengurusan di talian
011 262 713 73

ATAU

Hubungi 
FacebookBorneo Ant House
InstagramBorneo_Ant_House


Kredit Google Map untuk rujukan lokasi Borneo Ant House

21 comments

  1. wow. menarik.
    sabah = impian aida. ntah bila nak jejak sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah akan tcapai suatu hari nnti, plan dr skrg tau ! =D

      Delete
  2. d limpas ja ruma ku ni tau πŸ˜‚

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak ! kalo beta tau, confirm singgah beraya ! =D

      Delete
  3. Menarik nya tarikan terbaru ni ju. Siap ada canopy walk lagi. Memang best betul.

    ReplyDelete
  4. Wah, nie macam muzium semut la yea JunZie.. =) Insha Allah kalu saya ke Sabah, akan singgah di sini..

    ReplyDelete
  5. Waahh bestnyaa Kak Jun huhu~~
    Nda tau pula ada tempat nie. Byak pula tempat2 best yg akak tau

    ReplyDelete
  6. eeeeee...nak prgi lah kat sana nanti...mau try naik canopy walk dia..

    ReplyDelete
  7. cantiknya tempat ni Jun...mcm rasa nk pergi jer

    ReplyDelete
  8. huish.. 'rumah semut'.. macam baru first time dengat kat malaysia nie kan..

    ReplyDelete
  9. alamak, ndak bikin gayat ka tu aaa tu canopy walk? ....

    ReplyDelete
  10. Saya tak berani naik canopy walk tu, gayat dengan ketinggian.. Bagus juga kan beriadah sambil tambah pengetahuan kat situ.

    ReplyDelete
  11. cantik tempatnya :)

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  12. canopy walk dia macam best je! Nak pergi lah nanti

    ReplyDelete
  13. Ok jun nanti bawa sa ya..hihihihi

    ReplyDelete
  14. Menariknya.. Cantik dan mendamaikan..

    ReplyDelete
  15. alamak.. geli pulak tengok galeri replika semut. tu.. huhu

    ReplyDelete
  16. Ooo... Ni la ant house yang diperkatakan... Baru tau... Boleh pegi ni...

    Jemput jalan ke blog saya...

    https://sihatbertenagabyfarhah.wordpress.com/2017/08/25/pemakanan-untuk-penghidap-cyst-yang-sedang-hamil/

    ReplyDelete