Misi Mencabar Stamina : Mendaki Bukit Nuluh Lapai, Tuaran

Assalammualaikum πŸ’•

Aktiviti hiking kali kedua ni diteruskan dengan menawan Bukit Nuluh Lapai yang tidak jauh dari Bukit Tirig dimana Ju pernah kongsikan sebelum ni. Jika kau orang bertolak dari bandar Kota Kinabalu, masa perjalanan untuk tiba ke sini sekurangnya 45 minit hingga ke 1 jam mengikut keadaan lalu lintas. Kebetulan rumah Ju tak jauh dari sini, kami tiba di lokasi dalam 15-20 minit sahaja. 

Misi Mencabar Stamina : Mendaki Bukit Nuluh Lapai, Tuaran || Cuaca petang ketika ini sangat redup dan sesuai untuk meneruskan misi kami. Kali ni kami ditemani dengan kakak Ju yang juga baru berjinak-jinak dalam aktiviti mendaki bukit. Ketinggian Bukit Nuluh Lapai iaitu 1164 meter dan 3819 tinggi dari aras laut sangat sesuai bagi kau orang yang baru dalam aktiviti mendaki bukit.

Laluan trek Nuluh Lapai terbahagi kepada 2 bahagian iaitu laluan pendek 980 meter dan laluan panjang 1.2 kilometer. Pengunjung boleh memilih laluan yang bersesuaian mengikut keselesaan dan tahap daya tahan stamina masing-masing. Bagi kami yang nak cepat sampai, mengejar masa lighting matahari untuk gambar yang cantik, kami tekad memilih laluan 980 meterπŸ˜‚

Kedengaran laluan pendek bukan ? Tapi keadaan trek kira mencabar juga bagi kami yang baru berjinak ni apatah lagi kali pertama kami menaiki bukit adalah pada Mei lepas dan mula berjinak kembali hampir 2 bulan. Apa yang membuat Ju rasa hampir tewas bila bab mendaki ni ialah apabila bertemu dengan laluan cerun yang perlu didaki, keadaan kaki memang akan hampir tidak mampu untuk digerakkan dan untuk itu, Ju memang akan melewatkan pasukan kami dalam 10-15 minit sebab Ju perlukan masa untuk kaki yang cramp kembali baik semula. Seolah-olah rasa kaki tak dapat menampung berat badan bila mendaki bahagian cerun bukit. Berbeza apabila bahagian turun, Ju pula yang lebih laju πŸ˜‚ 


"The Best time are always found when family & friend gather around"
Point 1 : Kaki Bukit Nuluh Lapai

Laluan trek terbahagi kepada 2 (980 meter & 1.2 kilometer)


Sepanjang laluan mendaki

Keadaan laluan trek 980 meter
Antara laluan trek 980 meter
Masa Depan kami Point terakhir pendakian Bukit Nuluh LapaiπŸ˜‚
Penat hilang serta merta, Subhanallah 😍


Antara pemandangan dari atas Bukit Nuluh Lapai, Tuaran

Keindahan alam semula jadi dari atas Bukit Nuluh Lapai, Tuaran

Kemudahan tempat duduk yang disediakan kepada pendaki

Kemudahan pondok rehat yang disediakan 


Check ! Bukit Nuluh Lapai, Tuaran

Trademark : Bukit Nuluh Lapai, Tuaran
Yeayyy ! Next hill jom !
Memulakan pendakian tepat pada jam 03:40 petang, kami tiba di point terakhir pada jam 04:15 petang iaitu kira-kira 35 minit ke 40 minit masa yang kami gunakan untuk sampai. Keadaan cuaca dan laluan yang baik sangat membantu kami para pendaki baru untuk tamatkan pendakian tanpa sebarang masalah yang tidak diingini. 

Ju kongsikan lokasi Bukit Nuluh Lapai dibawah untuk rujukan korang yang merancang ke sana. Selamat mendaki ! 😎


Kredit Google Map untuk rujukan lokasi Bukit Nuluh Lapai, Tuaran

Menarik di Kota Kinabalu : Borneo Ant House, Tuaran

Assalammualaikum

Dirasmikan pada 29 Jun 2017 oleh YB Datuk Seri Panglima Masidi Manjun merangkap Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah. Borneo Ant House atau singkatannya B.A.H dibuka kepada umum pada 1 Julai yang lepas. Menjadi viral di media sosial facebook menjadikan Borneo Ant House lokasi yang harus Ju tujui untuk merasa sendiri suasana dikelilingi 463 ekor replika semut gergasi

Menarik di Kota Kinabalu : Borneo Ant House, Tuaran ||  Terletak 35 kilometer dari bandaraya Kota Kinabalu, memakan masa selama 45 - 60 minit untuk sampai bergantung kepada keadaan lalu lintas. Memandangkan perjalanan Ju tanpa diduga bersama keluarga tanpa kehadiran suami, Ju bergerak ke Tuaran berpandukan Google Maps. Ju kongsikan beberapa info mengenai Borneo Ant House untuk rujukan kau orang yang merancang untuk membawa keluarga ke sini

Waktu Operasi :


  • Buka dari Isnin hingga Khamis, Sabtu dan Ahad
  • Tutup setiap hari Jumaat
  • 08:00 am - 05:30 pm

Yuran Pengunjung :

Warganegara Malaysia
  • Dewasa - RM 18 seorang
  • Warga Emas (lebih 60 tahun) - RM 9
  • Kanak-kanak (7 - 12 tahun) - RM 9
  • Kanak-kanak (bawah 7 tahun) - Percuma

Bukan Warganegara 
  • Dewasa - RM 36 seorang
  • Warga Emas (lebih 60 tahun) - RM 18
  • Kanak-kanak (7 - 12 tahun) - RM 18
  • Kanak-kanak (bawah 7 tahun) - Percuma

Harga OKU 
  • PERCUMA dengan kad OKU yang sah

Rombongan Sekolah/IPTA/IPTS ATAU Tour & Travel Agen berdaftar
  • Berhubung terus dengan pihak pengurusan Borneo Ant House untuk tawaran harga istimewa


Plat Perasmian Borneo Ant House

Pintu Utama

Replika 2 semut gergasi di laluan ke pintu Utama

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi terus Pihak Pengurusan di talian


011 262 713 73
ATAU

Hubungi 
FacebookBorneo Ant House
InstagramBorneo_Ant_House


Kemudahan kawasan letak kenderaan yang disediakan 

Kaunter Tiket

Galeri 463 Replika semut 

Galeri 463 Replika semut 

Kebudayaan Borneo turut dipamerkan

Sejarah Peralatan masyarakat Borneo

Sejarah Peralatan masyarakat Borneo

Peralatan menangkap hasil sungai/laut : Salah satu sumber rezeki masyarakat Borneo

Peralatan Menanam/Menuai Padi 

Pemandangan dari luar Galeri Replika Semut

Pemandangan sekitar kawasan Galeri Replika Semut

Kemudahan Cafe yang disediakan

Sekitar kawasan Cafeteria

Kemudahan Pondok Rehat juga disediakan


Canopy Walk, Borneo Ant House

Borneo Ant House juga turut menyediakan tarikan istimewa kepada pengunjung iaitu Canopy Walk sesuai untuk korang yang ingin merasakan pengalaman melalui jambatan bergantung dari pokok ke pokok lain sekali gus melihat lebih dekat kekayaan alam semula jadi yang terdapat disini.




Menerusi Canopy Walk



Sekitar Pemandangan Canopy Walk

A post shared by Junzie (@jun.zie) on
Sekitar kemeriahan kami sekeluarga di Canopy WalkπŸ˜†


Untuk sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi terus Pihak Pengurusan di talian
011 262 713 73

ATAU

Hubungi 
FacebookBorneo Ant House
InstagramBorneo_Ant_House


Kredit Google Map untuk rujukan lokasi Borneo Ant House

Tebus Voucer Zalora Bernilai RM 100


Assalammualaikum

Baru berkesempatan Ju nak redeem Voucher dari Zalora yang bernilai RM 100 baru ni, sebenarnya dah hampir lupa pasal ni ! Ju dapat Voucher ni masa bulan puasa tu dan masa tu mood membeli belah tu dah deactivated sebab semua keperluan raya dah rasa lengkap. Ju ketepikan dulu, fikir nak guna bila rasa perlu. Hingga ke minggu lepas Ju lupa pasal voucher ni. Nasiblah tarikh voucher Zalora ni boleh digunakan sehingga bulan Disember. Fuh !

Apa yang buat Ju teringat dekat Voucher ni ? Minggu lepas menerusi perbualan whatsapp :

Kakak : "salam, ko ada baju dress warna putih ka?"
Ju : "takda, mau buat pa ?" 
Kakak : is typing.....
Ju : "Ko mau nikah ka hahahah"
Kakak : "ada dinner 5hb nanti, tema kami putih"
Ju : "Oo.. ala teda"

Tebus Voucer Zalora Bernilai RM 100 || Secara tiba-tiba Ju teringat Voucher Zalora tu ! Laju Ju semak email semula untuk dapatakan nombor siri yang diberikan. Rupanya mudah sahaja nak redeem ni. Kita cari dulu barangan yang kita nak sama ada kurang daripada nilai voucher atau lebih dimana maksudnya sekiranya lebih, kita kena bayar baki lebihan tu berbeza pula jika kurag dari nilai voucher tu. 

Kemudian Ju layari laman web Zalora, semak bahagian Women dan klik Muslim Wear. Bagi memudahkan pencarian Ju, Ju scroll ke bawah dan klik bahagian "Shop by Category" kemudian Ju klik Dresses dimana akan disediakan bahagian kotak deskripsi sebelah kiri untuk pakaian yang kita nak cari. Tak perlu buang masa cari satu persatu. Mudahkan ? 

Selesai isi bahagian maklumat pakaian yang Ju nak bersesuaian dengan bajet Ju iaitu RM 100 melalui voucher Zalora, pencarian dikecilkan dan keluar beberapa pilihan pakaian sesuai dengan apa yang Jun cari. 



Klik bahagian Dresses atau bersesuaian dengan apa yang korang cari


Isi kotak disebelah kiri untuk perkecilkan carian







Menggunakan Voucher Zalora RM 100, tiada cas dikenakan


Dan Ju terjatuh hati dengan Flare Sleeve Lace Mermaid Dress by Zalia dimana terdiri dari 2 warna iaitu putih dan merah hati. Berharga RM 279 kini promosi hanya RM 99. Harga bersesuaian dengan voucher yang Ju dapat ! Tentu Ju pilih putih sesuai dengan tema makan malam kakak Ju. 

Kemudian Ju check size M untuk kakak dan alhamdulillah saiz tersebut juga ada. Tak tunggu lama, Ju masukkan dalam cart dan selesaikan langkah-langkah pembelian terakhir dengan memberikan alamat kakak Ju terus sebagai penerima. Ju tak maklumkan dengan dia lagi sebab nak tengok ekspresi muka dia nanti terima kejutan ni 😁

Terima kasih pihak Zalora untuk voucher bernilai RM 100. Alhamdulillah dapat gunakan untuk kakak yang lebih memerlukan πŸ’‹

T.E.R.T.E.K.A.N

Assalammualaikum πŸ’•

Gambar Hiasan

ISTERI: Kenapa abg call? 


SUAMI: Abg tertekan.

ISTERI: Abg ok? Abg ada masalah apa? Citer la kat saya...

SUAMI: ?? Saya tertekan je... mana ada masalah apa apa...

ISTERI: Kalau abg ada masalah cerita la....

SUAMI: Masalah apa nye.. abg ok je... abg cuma tertekan je...

ISTERI: Ye la... kalau abg tertekan.. abg kena cerita kat saya...

SUAMI: Tertekan pun kena cerita ke?
(Suami cuba menerangkan yang dia tertekan handset lalu ter-call isterinyaπŸ˜‚)



Kredit Sumber : Group Whatsapp

Selamat melakukan rutin harian & Salam Jumaat 😘

Warung Saji @ Putatan, Kota Kinabalu

Assalammualaikum πŸ’•

Salam lebaran semua ! Amboi bukan main holiday raya sampai blog berhabuk lebih seminggu 😁 Ju nak kongsi dengan korang satu restoran yang menghidangkan menu sedap sangat berbaloi dengan harga yang korang bayar.

Warung Saji @ Putatan, Kota Kinabalu || Menjadi pilihan utama Ju untuk berbuka dengan keluarga dan BFF setiap kali bulan puasa berkunjung tiba. Sekali sekala berbuka diluar untuk rasai suasana yang berbeza dari rumah dengan keluarga dan rakan-rakan. Tahun ni dalam bulan Ramadhan sahaja, 2 kali Ju ke sini πŸ˜…

Apa yang istimewa dengan Warung Saji ? Bagi pendapat peribadi Ju, sangat sesuai bawa keluarga ke sini dengan persekitaran yang selesa dan bersih apatah lagi dengan suasana restoran ini yang beroperasi menggunakan perumahan tempatan, seolah berada di rumah sendiri cuma bezanya itu bukan rumah kitaπŸ˜…

Maklum dengan sambutan pelanggan yang menggalakkan, Ju tempah awal tempat duduk untuk ahli keluarga apatah lagi dengan kuantiti kami yang ramai. Sangat perlu untuk tempah awal bagi memperoleh tempat duduk yang selesa dan megelakkan pemilihan menu pada masa akhir


Warung Saji @ Putatan : 088 767 051

Kepelbagaian menu yang disediakan oleh pihak Warung Saji ialah makanan laut seperti udang, sotong, ikan yang dimasak dengan pelbagai pilihan iaitu masak 3 rasa, masak taucu, masak halia dan lain-lain. Begitu juga dengan menu ayam dan daging sama ada dimasak tumis, sambal ataupun goreng juga disediakan. Manakala bagi sayuran pula terdiri dari pilihan kangkung, sawi, baby kailan dan lain-lain yang juga dimasak dengan pelbagai rasa.

Pelanggan juga diberikan pilihan saiz hidangan bermula dari Small, Medium dan Big bagi setiap menu yang dipilih bersesuaian dengan jumlah ahli keluarga atau rakan-rakan yang hadir untuk makan bersama. 

Menu add on juga turut disediakan seperti Sup Isi ketam. Bagi sup isi ketam cuma disediakan 2 jenis saiz iaitu Small (2 hingga 4 orang) dan Medium (4 hingga 6 orang). Kebiasaan Ju akan pilih saiz medium x 2 bersesuaian dengan jumlah keluarga Ju dan suami.

Bagi pilihan minuman pula, Warung Saji juga menyediakan minuman dalam jag seperti air bandung, sirap dan lemon teh ais. Tapi sekiranya korang nak minuman lain bersesuaian dengan selera tekak masing-masing pun boleh juga.

Pilihan wajib Ju dan suami bila bertandang ke Warung Saji tentulah Udang Masak Butter tanpa kulit ! 😁 bila berbuka dengan BFF, menu udang butter ni memang tak lepas dari senarai Ju.

Warung Saji @ Putatan : 088 767 051

Buka : Isnin hingga Sabtu
Tutup : Ahad
Masa Operasi :04:30 PM sehingga 12:30 tengah malam












Sebarang pertanyaan atau tempahan boleh hubungi terus hubungi

Warung Saji @ Putatan : 088 767 051

Buka : Isnin hingga Sabtu
Tutup : Ahad
Masa Operasi :04:30 PM sehingga 12:30 tengah malam


Kredit Google Mape untuk rujukan Lokasi Warung Saji @ Putatan, Kota Kinabalu