Breaking

13 Jun 2017

King Arthur : Legend of The Sword (2017) Review & Sinopsis

Assalammualaikum uols !

Tersimpan kemas beberapa minggu draft entri untuk filem ni. Ju tonton wayang ni juga tanpa dirancang bersama suami di Megalong, Penampang. Bagi korang yang pernah menonton drama bersiri "Merlin" di kaca televisyen, korang akan dapat tangkap sedikit sebanyak mengenai jalan cerita wayang ni.

King Arthur : Legend of The Sword (2017) Review & Sinopsis || Mengisahkan mengenai peperangan antara ahli sihir Modred yang ingin menguasai Camelot yang mana ketika itu dibawah pentadbiran Uther Pendragon. Beratus nyawa tidak berdosa terkorban, kerosakan berlaku dimana-mana. Uther nekad untuk membunuh Modred dengan masuk ke sarang ahli sihir tersebut berbekalkan pedang Excalibur yang dimilikinya untuk menghentikan pertumpahan darah yang berlaku.

Kematian Mordred menjulang Uther dalam menyelamatkan Camelot. Dalam diam, saudara sedarah Vortigern mendambakan takhta dan sanggup mengorbankan isteri tercinta kepada ahli sihir laut agar beliau peroleh apa yang beliau ingini iaitu kuasa pahlawan iblis dari sisi gelap untuk menumpaskan Uther. Dalam peralihan itu, keadaan kucar kacir menggesa Uther untuk menyelamatkan isteri dan satu-satunya zuriat beliau. Tidak sempat melarikan diri, isteri Uther terbunuh namun anaknya sempat dihanyutkan dalam sebuah perahu dan hilang dalam kegelapan malam. Uther yang gagal mengalahkan saudaranya yang kabur dengan kuasa hitam, mati ditangan Vortigern pada malam itu. Manakala pedang Excalibur tertanam bersama jasad Uther menjadi batu dan menunggu masa untuk digunakan semula oleh waris Uther.

Anak Uther yang hanyut malam itu ditemukan oleh beberapa wanita kupu-kupu malam yang sedang membasuh pakaian di pingiran sungai lalu mengambil dan menamakannya sebagai Arthur.

Beberapa tahun kemudian, Arthur yang membesar menjadi seorang lelaki yang gagah belajar seni mempertahankan diri dalam melindungi wanita-wanita yang membesarkan nya di rumah pelacuran tersebut. Arthur juga bekerja dan mengutip duit untuk hal hal tertentu dan baki duit disimpan dalam simpanannya untuk suatu rancangan kehidupan yang lebih baik.

Hidup sebagai rakyat dibawah pemerintahan Vortigern bukanlah sesuatu yang baik. Kanak-kanak lelaki di ambil untuk dijadikan hamba kepada bangsa Viking sebagai perjanjian antara negara, tenaga rakyat dikerah sepanjang masa untuk menyiapkan menara Vortegern. Menara itu dalam rancangan sebagai tempat untuk menyeru kuasa Mordred dalam ketamakan Vortegern untuk memperoleh kuasa.
Pergaduhan Arthur dengan Viking kerana penjaganya dibelasah, menjadikan Arthur orang yang dikehendaki. Pengaruh Viking terhadap raja dimanfaatkan dalam usaha memburu Arthur. Arthur cuba melarikan diri namun ditangkap dan dibawa ke dalam sebuah kapal yang memuatkan tenaga buruh yang dalam perjalanan ke istana Vortegern untuk mencabut pedang Excalibur yang dikhabarkan telah muncul semula selepas air tasik tiba-tiba kering dimana Uther bersemadi.

Vortegern mula bimbang kerana beliau tahu, hanya waris Uther mampu mencabut pedang tersebut dan mula megerahlan askar untuk mengumpulkan orang lelaki dewasa dari pelbagai daerah dalam usaha mencari waris Uther sekaligus terus membunuhnya. Arthur yang endah tak endah dengan perkhabaran itu cuba untuk percepatkan barisan beliau untuk mencuba melepaskan pedang tersebut dalam usaha beliau melarikan diri dari orang Viking. Tanpa diduga, pedang Excalibur berupaya dicabut oleh Arthur, orang ramai kehairanan dan tentera Vortegern mula bertindak. Dengan wajah penuh tanda tanya, Arthur pengsan ditengah-tengah keramaian rakyat yang menyaksikan beliau.


Arthur yang diancam oleh Vortegen menggunakan nyawa penjaganya terpaksa akur untuk menerima hukuman pancung sehingga mati. Hal ini supaya mematahkan harapan rakyat bahawa waris Raja Uther bukanlah seperti yang diharapkan oleh rakyat untuk menyelamatkan mereka dari cengkaman Vortegern. Namun ketika hendak menjalankan hukuman tersebut, muncul seorang ahli sihir wanita yang dihantar oleh Merlin  untuk menyelamatkan Arthur bersama beberapa orang saki baki perjuangan Raja Uther.

Terselamat dari hukuman mati oleh Vortegern, Arthur dibawa ke satu tempat rahsia kediaman saki baki pejuang Raja Uther dalam usaha mereka memastikan Arthur berupaya memahami kuasa Excalibur sekaligus menyelamatkan Camelot dan membunuh Vortegern.



Image result for king arthur legend of the sword


Image result for king arthur legend of the sword movie poster







.............................................................

Pembikinan filem ini menelan belanja sebanyak 175 Juta USD. Mula ditayangkan pada 12 Mei yang lalu dan berdurasi selama 126 minit. Filem ini bergenrekan aksi, fantasi dan pengembaraan. Kanak-kanak bawah 13 tahun memerlukan bimbingan orang dewasa jika menonton filem ini. Kutipan yang diperoleh sepanjang tayangan berlangsung adalah sebanyak 130.7 juta USD.


Berupayakah Arthur mencari keserasian dirinya dengan Excalibur dan menyelamatkan Camelot dari terus ditadbir oleh pakciknya Vortegern ?


Jalan Cerita : 7/10

Kualiti Filem : 8/10

Kredit gambar : Google Images

12 comments:

  1. Mcm menarik la cerita ni, x da lgi kesempatan nak tgk. Sibuk memanjang huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. seminggu la mau raya mmg sbuk sgt tu, xpa nnti kluar dekat tv da bole tgk =)

      Delete
  2. Mcm best je cerita dia Ju. Kalau ada di astro best nanti nk beli lah.

    ReplyDelete
  3. Siqah tak follow cerita ni. Kalau tengok wayang, mesti blur2 dan banyak tanya. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe mmg mcm tu tp utk filem kira ni 1 series jadi xkeliru tgk =)

      Delete
  4. Seronoknya tengok wayang, Migha dah lama x tgk wayang. Migha memang peminat setia Merlin. Baca sinopsis nie nampak ada kelainan dari series tu. Nanti boleh la tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah dalam cerita ni mmg beginning of merlin cuma lebih sentuh pada institusi pentadbiran camelot. nnti bole la tgk =)

      Delete
  5. Review yang menarik.. Saya memang peminat citer sebegini yang dikatakan sejarah permulaan Great Britain.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan sis =) ju suka tgk kalo bab2 magic ni =D

      Delete
  6. layan juga Merlin dulu, tapi kenapa King Arthur tu lain maciam ja muka �� Dalam Merlin, macho sikettt

    ReplyDelete