Elysium by Jacqueline K : Hijab Sukan untuk Wanita Aktif

Assalammualaikum 💕

Korang hijabista yang aktif dengan aktiviti luar seperti jogging, hiking atau aktiviti lasak yang lain ? Semestinya penggunaan hijab dengan fabrik terbaik menjadi satu keperluan untuk melakukan aktiviti korang dengan selesa kan ? Yela takkan masa hiking nak pakai shawl lilit bagai kan. Haa Ju cadangkan Elysium by Jacqueline K ni sebagai hijab yang perlu korang miliki tau. 


Elysium by Jacqueline K : Hijab Sukan untuk Wanita Aktif || Elysium merupakan perkataaan dari Greek yang membawa maksud cantik dan elegan. Elysium ni adalah keluaran pertama dengan jenama Jacqueline K dari PTT Outdoor yang mana merupakan sebuah laman web jualan peralatan perkhemahan Malaysia atau peralatan aktiviti luar.  Juga dikenali sebagai penjual utama Outdoor Gear di Malaysia.  Pihak PTT Outdoor tahu hijabista zaman kini sangat mementingkan kesihatan namun tetap mematuhi syariat menutup aurat dengan sempurna dalam mengerjakan apa pun aktiviti sukan sangat dititikberatkan. Oleh kerana itu lahirnya hijab Elysium yang menjanjikan keselesaan kepada pengguna wanita muslimah bersesuaian dengan trademark hijab Elysium ni iaitu Breathable, Stretchable dan Comfortable


Image result for ptt outdoor

Kelebihan Hijab Elysium by Jacqueline K
  • COM FIT : walau lasak macamana pun aktiviti yang kita buat, hijab Elysium ni tetap fit dekat muka dan kepala kita. Tak bergerak-gerak macam hijab lain yang mana tak sesuai dibawa untuk bersukan. Paling seronok, tak perlu pakai pin bagai tau. Sarung sahaja memang dah fit dekat wajah korang
  • LIGHTWEIGHT : fabrik Elysium yang lembut buat si pemakai rasa seperti kulit kedua. Tebal namun selesa digunakan
  • Harga berpatutan bersesuaian dengan kelebihan yang ada dengan Elysium by Jacqueline K

  • Jenis fabrik yang sejuk. Sangat sesuai korang guna lagi dengan cuaca dekat Malaysia yang panas ni. Suhu badan lagi bila dah berpeluh memang mendadak naik tentu buat kita tak selesa apatah lagi bagi wanita yang berhijab. Tapi dengan fabrik sejuk Elysium, korang tetap rasa sejuk dan kering dekat dalam tau
  • Tak perlu seterika bagai. Sangat menjimatkan masa. Jenis fabrik Elysium iaitu spandex dan stretchable tak perlu seterika buat korang tetap kelihatan menawan semasa bersukan.
  • Jenis fabrik cepat kering dan ringan. Korang tak perlu susah hati kalau masa bersukan tu peluh banyak sangat. Dengan Elysium by Jacqueline K ni, sangat cepat menyerap peluh buat korang sentiasa rasa selesa. Apatah lagi dengan fabrik yang ringan sangat mudah untuk dicuci.


Fabrik spandex/ringan/selesa/stretchable 

Jahitan kemas


Sarung sahaja dan tidak perlukan pin

Selesanya aktiviti luar dengan Elysium by Jacqueline K 








Elysium by Jacqueline K ni terdiri dari 3 warna tau iaitu Purple, Blue dan Active green. Harga bagi sehelai ialah RM 55. Untuk pembelian, korang bolehlah klik link dibawah 
ATAU untuk sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan boleh lah terus hubungi PTT Outdoor di 

Laman WEB rasmi : www.pttoutdoor.com
Facebook : PTT Outdoor
Instagram : @PttOutdoor

12 comments

  1. cantik laa tudung tu.. lepas nie takde laa kelepet-kelepet pakai tudung bawal ek kalau nak buat aktiviti.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah sis. best sejuk kat dalam even bpeluh, tu ju suka =D

      Delete
  2. Replies
    1. kan sis =) ada 3 kaler juga, bole pilih nak kaler apa =)

      Delete
  3. serius tudung tu lawa. senang to wear lagi :)

    ReplyDelete
  4. Kemas dan nmpak selesa.
    Best.

    ReplyDelete
  5. mesti sangat selesa pakai sports wear macam ni

    ReplyDelete