Breaking

21 Jun 2017

Bie's Kitchen Citarasa Kampung Restaurant @ Karamunsing Capital, Kota Kinabalu

Assalammualaikum 💕

Lokasi pertama untuk aktiviti julung kali diadakan sesama blogger Sabah selepas pencarian Blogger Sabahan menerusi entri Ju yang INI . Ju akan ceritakan lebih lanjut mengenai Blogger Sabah di entri berikut nanti.


Bie's Kitchen Restaurant @ Karamunsing Capital, Kota Kinabalu ||Terletak di bandar Kota Kinabalu iaitu Karamunsing Capital, cuma mengambil masa selama 10-15 minit untuk sampai jika korang berada disekitar KK. Namun, bergantung juga dengan keadaan lalu lintas tapi masa Ju pergi ke sini ditemani suami Ju dari Likas, dalam 15 minit dah sampai tapi parking sangat penuh. Dek tak mau park kereta jauh dari restoran, sanggup tunggu dalam kereta dalam 15 minit macam tu 😅

Beroperasi bermula jam 7 pagi sehingga 9 malam untuk hari biasa, sambutan dari pelanggan untuk Bie's Kitchen yang mula beroperasi sekitar tahun lepas sangat menggalakkan. Apatah lagi dengan Buffet Ramadhan 2017 yang disediakan oleh pihak Bie's Kitchen menjadi tular di media sosial Facebook umumnya, dimana pihak Bie's Kitchen menawarkan harga Buffet yang sangat ekonomik iaitu :


  • Dewasa - RM 20 per person
  • Kanak-Kanak - RM 10 per person

Manakala, 10% dari bayaran korang akan disumbangkan ke rumah anak-anak yatim yang terpilih. Kira sambil kita menjamu selera sambil itu juga kita menyumbang kepada mereka yang memerlukan. 

Menu yang menarik disini ? Pelbagai menu makanan disediakan sampai tak menang tangan nak pilih. Dari jenis masakan daging, ayam hingga ke seafood untuk lauk pauk manakala hidangan sayur juga pelbagai dengan beberapa jenis masakan. Kepelbagaian jenis menu tu buat kita rasa nak cuba semua ! Tapi Ju tak mampu nak rasa semua, ambil 2 jenis lauk pun dah kenyang 😅 Dan paling menarik tu, jenis masakan memenuhi citarasa pelanggan yang menginginkan masakan kampung sesuai dengan nama restoran "Bie's Kitchen Citarasa Kampung"



Sekitar jam 04:00 PM



Sewaktu Berbuka


Sekitar Jam 04:00 petang Ju sampai di Bie's Kitchen tidak kelihatan pun pelanggan tapi semua meja sudah FULLY BOOKED ! 😮Laju kan ?? Fuhh. Bagi korang yang merancang ke sini, kenalah tempah awal tau

FACEBOOK : Bies Kitchen

Pemilik Bie's Kitchen : Kak Bie ditalian 
0138677588

Kuih muih juga dihidangkan kepada pelanggan sebagai pembuka selera sebelum menjamu menu berat. Malah bagi korang yang tak nak makan nasi, mee goreng hingga ke soto daging turut disediakan. Ju tak boleh move on dengan soto atau meehun sup daging Bie's Kitchen, sangat sedap ! 😍







Masakan Goreng & Ulam-ulaman





SOTO/SUP DAGING : WAJIB CUBA BILA KE SINI, SEDAP !!



















Menarik kan ?? Haa bagi korang pemburu makanan kawasan Kota Kinabalu dan menginginkan restoran yang penuh dengan masakan kampung sesuai dengan bayaran yang korang berikan, Bie's Kitchen adalah restoran yang wajib korang pergi ! 

Untuk sebarang pertanyaan ATAU Tempahan, korang bolehlah hubungi 

FACEBOOK : Bies Kitchen

Pemilik Bie's Kitchen : Kak Bie ditalian 
0138677588

7 comments:

  1. babe. ketam babe. tak boleh i tengok ketam tu :D

    ReplyDelete
  2. Tengok lak masa siang ni. Memang terliur aihhhhh. Sedap2 nya semua tuu.

    ReplyDelete
  3. ya Allah........... terliurnye tengok makanan tu sume.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. sma la lagi2 tgk time siang ni.. astaghfirullahlazim ! xD rasa nak balik ke sna =D

      Delete
  4. Banyaknya makanan dan semua nampak sedap!

    ReplyDelete