5 Perbezaan Beras Asli & Beras Tiruan

Assalammualaikum 💕


Baru ini kecoh di media sosial apabila netizen mula berkongsi mengenai kewujudan beras tiruan yang sama seperti beras asli. Masalah beras tiruan yang bermula di Indonesia ini dikatakan mempunyai banyak perbezaan berbanding beras asli.

Menurut sumber, beras tiruan ini dihasilkan menggunakan campuran kentang, keledek dan plastik resin. Lalu di proses dan dibentuk seperti beras asli.


Image result for beras
Kredit Google Image : Gambar Hiasan


Apa yang mengejutkan, bahan kimia yang terkandung didalam beras tiruan ini sama seperti kandungan untuk menghasilkan paip dan kabel seperti polyvinyl chloride, benzyl butyl phthalate (BBT) yang ternyata membawa mudarat untuk kesihatan.

Selain itu, kandungan berbahaya seperti bis 2-ethylhexyl phthalate (DEHP) dan diisonoyl phthalate (DNIP) yang turut terkandung dalam beras ini akan menyebabkan kanser dan masalah pencernaan sekiranya termakan.

5 Perbezaan Beras Asli & Beras Tiruan ||Oleh itu, kami kongikan bagaimana untuk membezakan beras tiruan dan beras asli bagi mengelakkan pengguna tertipu sekaligus membeli beras tiruan ini.



  • Beras palsu atau plastik kelihatan lebih berkilat berbanding beras asli. Anda harus meneliti beras sebelum membelinya kerana peniaga akan mencampurkan beras palsu dan beras asli.

  • Beras palsu mempunyai bentuk dan panjang yang sama atau sekata. Manakala beras asli mempunyai saiz dan panjang yang sedikit berbeza.

  • Berbau dan rasa yang pelik sekiranya dikunyah. Bau dan rasa beras palsu ini amat berbeza dengan beras asli. Anda pasti akan dapat membezakannya semasa memasak beras tersebut.

  • Beras palsu tidak menyerap air dan sukar untuk dimasak menjadi nasi.

  • Harganya lebih murah. Tahukah anda, harga beras palsu adalah jauh lebih murah berbanding harga beras asli. Hal ini kerana peniaga ingin menarik perhatian pembeli untuk membeli beras tersebut.

Berikut kami kongsikan video penghasilan beras palsu yang tular di media sosial:






Kredit Sumberhttp://www.astroawani.com
Artikel Kecoh apabila dakwaan beras tiruan muncul di pasaran! Ini cara bezakannya
Tarikh Artikel : 19 June 2017 Olahan perenggan 1/2/4 : admin www.jun-zie.com

7 comments

  1. Setakat nie saya tak jumpa lagi beras tiruan.. Macam-macam cara penipuan sekarang kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aa ju pun xda jmpa lagi, hope mmg xda lah dalam pasaran kita dekat Malaysia ni, Insyallah =)

      Delete
  2. Tq sharing.
    Pernah sekali beli beras bau dia sgt lain time dimasak, terus buang semua tu beras coz takut palsukan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaka !!! ju nda pernah jmpa lagi. hope Xkan berjodoh dgn beras2 mcm ni ! huhu

      Delete
  3. Mcm2 kes skrg ni. Menganiaya org sungguh. Tak rasa bersalah ke pihak yg buat ni.


    By the way, thanks ju for ur kind advice. I do really appreciate it :) thank you so much

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pihak cmni ingt untung je ni sis.. huhuhu.
      p/s: insyallah, ju pun pernah lalui keadaan mcm sis, kita faham. yg penting jaga kesihatan walaupun kita amik masa yg lama utk recover semangat tu smula =')

      Delete