Sampul Duit Raya Hipster Dari Blogger Azhafizah

Assalammualaikum ๐Ÿ’•

Hari terakhir bekerja ni Ju nak kongsi sampul raya yang Ju tempah dari pemilik blog Si Hati Merah Jambu. Tak perlu kenalkan lagi dalam dunia blog ni, semua kenal siapa Blogger Azhafizah. ๐Ÿ˜‰ Seorang blogger dan Graphic Designer. Semua hasil tangan sis Azhafizah, Ju antara blogger yang suka tengok dan menyimpan angan-angan nak dapatkan hasil tangan dia tau !

Sampul Raya Hipster Dari Blogger Azhafizah || Setiap tahun menjelang Aidilfitri, isu yang kerap Ju dan suami lalui ialah



  • "sampul raya dah beli ??" 
  • "dekat kedai tu abis sampul raya biasa ! tinggal yang kecik !!"
  • "mana lagi jual sampul raya??"
  • "sampul tak cukup ni !"
  • "minta mak, mungkin ada sampul lebih"

Nampak tak ciri-ciri "last minute" suami isteri ni ? ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜… benda paling mudah dan kecil ini pun boleh jadi isu besar pada malam takbir tau. Tak nak isu sama dihadapi untuk tahun ni, Ju nekad tempah dengan Blogger Azhafizah. Pelbagai jenis pilihan corak disediakan, sampai Ju rasa juling mata nak pilih sebab semua corak tu cantik dan sesuai dengan trend sekarang iaitu "Hipster".


Blogger Azhafizah menawarkan 15 corak yang pelbagai untuk sampul duit raya hipster tahun ini iaitu terdiri dari corak tribal, corak cupcake, dedaun, bungaan, lipatan ketupat, corak simple. Harga yang dikenakan pun ekonomik bersesuaian dengan kualiti sampul duit raya hipster yang kita dapat iaitu


  • 10pcs : RM6
  • 20pcs : RM12
  • 30 pcs : RM18
  • 40 pcs : RM24
  • 50 pcs : RM30
Cas Pos RM8 SM | RM11 SS

Istimewanya sampul duit raya hipster ini ialah handmade dari Blogger Azhafizah sendiri, tiada jual dekat kedai atau pasaraya tau ๐Ÿ˜€ Satu kelebihana pada Ju bila kena puji sampul raya cantik nanti di pagi Aidilfitri, sebab design ni memang tiada dekat Sabah. Bagi saiz sampul ni pula, standard besar yang boleh muatkan wang kertas RM 20 hingga RM 50 iaitu 6.5 inci x 3.4 inci. Kertas sampul ini daripada kertas kraft kitar semula 90gsm dan bebas gam. Manakala kualiti pula menggunakan laser ink. 












Boleh letak nama ๐Ÿ˜

Bagaimana Ju pilih corak yang sesuai memandangkang pelbagai pilihan corak menarik hingga rambang mata nak pilih disediakan oleh Blogger Azhafizah kepada pelanggan ? Sampul raya dibahagikan ke anak buah hingga dewasa. Jadi cara Ju pilih ialah dengan memilih sampul duit bercorak cupcake untuk anak-anak buah, corak feathers (bulu pelepah) ๐Ÿ˜… untuk adik beradik lelaki dan corak bebunga untuk adik beradik perempuan serta mak dan ayah. Kiranya pilihan corak tu juga memudahkan Ju mengasingkan jumlah duit dan peringkat umur๐Ÿ˜‚

Paling seronok Ju rasa, pelanggan boleh letak nama belakang sampul ๐Ÿ˜ Atau boleh juga letakkan logo korang sendiri tapi ada extra cas dikenakan, Ju tak pasti berapa sebab Blogger Azhafizah kena edit untuk disesuaikan dengan layout sampul duit raya. Atau korang nak letak gambar sendiri pun boleh tapi kena pastikan gambar tu dilukis hitam sebab printed dakwat hitam sahaja sesuai dengan jenis kertas kraft ni. Ju ambil sebanyak 60 keping dengan Blogger Azhafizah iaitu jumlah harga :

Jumlah Tempahan : 60 Pcs (RM 36) + Cas Pos SS RM 11 = RM 47

Lusa dah nak raya, tempahan pun dah tutup sejak minggu lepas. Tapi kalau korang merancang nak ada sampul sendiri, tahun depan bolehlah cuba tempah dengan Blogger Azhafizah. Pastinya tahun hadapan pelbagai corak dan design terbaharu lagi disediakan bersesuian dengan peredaran masa.

Terima kasih Blogger Azhafizah dengan Sampul Duit Raya Hipster ni. Sangat berpuas hati, insyallah tahun hadapan nak tempah lagi ๐Ÿ’•

Selamat Hari Raya Aidilfitri in advance dari Ju sekeluarga !



Bie's Kitchen Citarasa Kampung Restaurant @ Karamunsing Capital, Kota Kinabalu

Assalammualaikum ๐Ÿ’•

Lokasi pertama untuk aktiviti julung kali diadakan sesama blogger Sabah selepas pencarian Blogger Sabahan menerusi entri Ju yang INI . Ju akan ceritakan lebih lanjut mengenai Blogger Sabah di entri berikut nanti.


Bie's Kitchen Restaurant @ Karamunsing Capital, Kota Kinabalu ||Terletak di bandar Kota Kinabalu iaitu Karamunsing Capital, cuma mengambil masa selama 10-15 minit untuk sampai jika korang berada disekitar KK. Namun, bergantung juga dengan keadaan lalu lintas tapi masa Ju pergi ke sini ditemani suami Ju dari Likas, dalam 15 minit dah sampai tapi parking sangat penuh. Dek tak mau park kereta jauh dari restoran, sanggup tunggu dalam kereta dalam 15 minit macam tu ๐Ÿ˜…

Beroperasi bermula jam 7 pagi sehingga 9 malam untuk hari biasa, sambutan dari pelanggan untuk Bie's Kitchen yang mula beroperasi sekitar tahun lepas sangat menggalakkan. Apatah lagi dengan Buffet Ramadhan 2017 yang disediakan oleh pihak Bie's Kitchen menjadi tular di media sosial Facebook umumnya, dimana pihak Bie's Kitchen menawarkan harga Buffet yang sangat ekonomik iaitu :


  • Dewasa - RM 20 per person
  • Kanak-Kanak - RM 10 per person

Manakala, 10% dari bayaran korang akan disumbangkan ke rumah anak-anak yatim yang terpilih. Kira sambil kita menjamu selera sambil itu juga kita menyumbang kepada mereka yang memerlukan. 

Menu yang menarik disini ? Pelbagai menu makanan disediakan sampai tak menang tangan nak pilih. Dari jenis masakan daging, ayam hingga ke seafood untuk lauk pauk manakala hidangan sayur juga pelbagai dengan beberapa jenis masakan. Kepelbagaian jenis menu tu buat kita rasa nak cuba semua ! Tapi Ju tak mampu nak rasa semua, ambil 2 jenis lauk pun dah kenyang ๐Ÿ˜… Dan paling menarik tu, jenis masakan memenuhi citarasa pelanggan yang menginginkan masakan kampung sesuai dengan nama restoran "Bie's Kitchen Citarasa Kampung"



Sekitar jam 04:00 PM



Sewaktu Berbuka


Sekitar Jam 04:00 petang Ju sampai di Bie's Kitchen tidak kelihatan pun pelanggan tapi semua meja sudah FULLY BOOKED ! ๐Ÿ˜ฎLaju kan ?? Fuhh. Bagi korang yang merancang ke sini, kenalah tempah awal tau

FACEBOOK : Bies Kitchen

Pemilik Bie's Kitchen : Kak Bie ditalian 
0138677588

Kuih muih juga dihidangkan kepada pelanggan sebagai pembuka selera sebelum menjamu menu berat. Malah bagi korang yang tak nak makan nasi, mee goreng hingga ke soto daging turut disediakan. Ju tak boleh move on dengan soto atau meehun sup daging Bie's Kitchen, sangat sedap ! ๐Ÿ˜







Masakan Goreng & Ulam-ulaman





SOTO/SUP DAGING : WAJIB CUBA BILA KE SINI, SEDAP !!



















Menarik kan ?? Haa bagi korang pemburu makanan kawasan Kota Kinabalu dan menginginkan restoran yang penuh dengan masakan kampung sesuai dengan bayaran yang korang berikan, Bie's Kitchen adalah restoran yang wajib korang pergi ! 

Untuk sebarang pertanyaan ATAU Tempahan, korang bolehlah hubungi 

FACEBOOK : Bies Kitchen

Pemilik Bie's Kitchen : Kak Bie ditalian 
0138677588

5 Perbezaan Beras Asli & Beras Tiruan

Assalammualaikum ๐Ÿ’•


Baru ini kecoh di media sosial apabila netizen mula berkongsi mengenai kewujudan beras tiruan yang sama seperti beras asli. Masalah beras tiruan yang bermula di Indonesia ini dikatakan mempunyai banyak perbezaan berbanding beras asli.

Menurut sumber, beras tiruan ini dihasilkan menggunakan campuran kentang, keledek dan plastik resin. Lalu di proses dan dibentuk seperti beras asli.


Image result for beras
Kredit Google Image : Gambar Hiasan


Apa yang mengejutkan, bahan kimia yang terkandung didalam beras tiruan ini sama seperti kandungan untuk menghasilkan paip dan kabel seperti polyvinyl chloride, benzyl butyl phthalate (BBT) yang ternyata membawa mudarat untuk kesihatan.

Selain itu, kandungan berbahaya seperti bis 2-ethylhexyl phthalate (DEHP) dan diisonoyl phthalate (DNIP) yang turut terkandung dalam beras ini akan menyebabkan kanser dan masalah pencernaan sekiranya termakan.

5 Perbezaan Beras Asli & Beras Tiruan ||Oleh itu, kami kongikan bagaimana untuk membezakan beras tiruan dan beras asli bagi mengelakkan pengguna tertipu sekaligus membeli beras tiruan ini.



  • Beras palsu atau plastik kelihatan lebih berkilat berbanding beras asli. Anda harus meneliti beras sebelum membelinya kerana peniaga akan mencampurkan beras palsu dan beras asli.

  • Beras palsu mempunyai bentuk dan panjang yang sama atau sekata. Manakala beras asli mempunyai saiz dan panjang yang sedikit berbeza.

  • Berbau dan rasa yang pelik sekiranya dikunyah. Bau dan rasa beras palsu ini amat berbeza dengan beras asli. Anda pasti akan dapat membezakannya semasa memasak beras tersebut.

  • Beras palsu tidak menyerap air dan sukar untuk dimasak menjadi nasi.

  • Harganya lebih murah. Tahukah anda, harga beras palsu adalah jauh lebih murah berbanding harga beras asli. Hal ini kerana peniaga ingin menarik perhatian pembeli untuk membeli beras tersebut.

Berikut kami kongsikan video penghasilan beras palsu yang tular di media sosial:






Kredit Sumberhttp://www.astroawani.com
Artikel Kecoh apabila dakwaan beras tiruan muncul di pasaran! Ini cara bezakannya
Tarikh Artikel : 19 June 2017 Olahan perenggan 1/2/4 : admin www.jun-zie.com

Giveaway RM1000 By Solehah Shamsuddin & SGShop Malaysia

Bismillahirrahmanirrahim๐Ÿ’•





Id SGSHOP : Junzie
Facebook : Jun Zie 
Instagram: @Jun.Zie

Klik Banner & Join Bjemaah uols !๐Ÿ’‹

Elysium by Jacqueline K : Hijab Sukan untuk Wanita Aktif

Assalammualaikum ๐Ÿ’•

Korang hijabista yang aktif dengan aktiviti luar seperti jogging, hiking atau aktiviti lasak yang lain ? Semestinya penggunaan hijab dengan fabrik terbaik menjadi satu keperluan untuk melakukan aktiviti korang dengan selesa kan ? Yela takkan masa hiking nak pakai shawl lilit bagai kan. Haa Ju cadangkan Elysium by Jacqueline K ni sebagai hijab yang perlu korang miliki tau. 


Elysium by Jacqueline K : Hijab Sukan untuk Wanita Aktif || Elysium merupakan perkataaan dari Greek yang membawa maksud cantik dan elegan. Elysium ni adalah keluaran pertama dengan jenama Jacqueline K dari PTT Outdoor yang mana merupakan sebuah laman web jualan peralatan perkhemahan Malaysia atau peralatan aktiviti luar.  Juga dikenali sebagai penjual utama Outdoor Gear di Malaysia.  Pihak PTT Outdoor tahu hijabista zaman kini sangat mementingkan kesihatan namun tetap mematuhi syariat menutup aurat dengan sempurna dalam mengerjakan apa pun aktiviti sukan sangat dititikberatkan. Oleh kerana itu lahirnya hijab Elysium yang menjanjikan keselesaan kepada pengguna wanita muslimah bersesuaian dengan trademark hijab Elysium ni iaitu Breathable, Stretchable dan Comfortable


Image result for ptt outdoor

Kelebihan Hijab Elysium by Jacqueline K
  • COM FIT : walau lasak macamana pun aktiviti yang kita buat, hijab Elysium ni tetap fit dekat muka dan kepala kita. Tak bergerak-gerak macam hijab lain yang mana tak sesuai dibawa untuk bersukan. Paling seronok, tak perlu pakai pin bagai tau. Sarung sahaja memang dah fit dekat wajah korang
  • LIGHTWEIGHT : fabrik Elysium yang lembut buat si pemakai rasa seperti kulit kedua. Tebal namun selesa digunakan
  • Harga berpatutan bersesuaian dengan kelebihan yang ada dengan Elysium by Jacqueline K

  • Jenis fabrik yang sejuk. Sangat sesuai korang guna lagi dengan cuaca dekat Malaysia yang panas ni. Suhu badan lagi bila dah berpeluh memang mendadak naik tentu buat kita tak selesa apatah lagi bagi wanita yang berhijab. Tapi dengan fabrik sejuk Elysium, korang tetap rasa sejuk dan kering dekat dalam tau
  • Tak perlu seterika bagai. Sangat menjimatkan masa. Jenis fabrik Elysium iaitu spandex dan stretchable tak perlu seterika buat korang tetap kelihatan menawan semasa bersukan.
  • Jenis fabrik cepat kering dan ringan. Korang tak perlu susah hati kalau masa bersukan tu peluh banyak sangat. Dengan Elysium by Jacqueline K ni, sangat cepat menyerap peluh buat korang sentiasa rasa selesa. Apatah lagi dengan fabrik yang ringan sangat mudah untuk dicuci.


Fabrik spandex/ringan/selesa/stretchable 

Jahitan kemas


Sarung sahaja dan tidak perlukan pin

Selesanya aktiviti luar dengan Elysium by Jacqueline K 








Elysium by Jacqueline K ni terdiri dari 3 warna tau iaitu Purple, Blue dan Active green. Harga bagi sehelai ialah RM 55. Untuk pembelian, korang bolehlah klik link dibawah 
ATAU untuk sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan boleh lah terus hubungi PTT Outdoor di 

Laman WEB rasmi : www.pttoutdoor.com
Facebook : PTT Outdoor
Instagram : @PttOutdoor

Giveaway Raya by Mya & Friends

Bismillahhirrahmanirrahim๐Ÿ’•

Selamat berpuasa untuk semua pembaca myafarisha.com yang disayangi. Sempena Ramadhan dan Syawal yang sememangnya dekat sangat dengan kita, Mya dengan usahasama rakan-rakan AFB (Auto Feed Blog) membawakan Giveaway Raya, istimewa untuk anda. Ada RM 240 untuk awak cuba rebut dan menang. Syarat-syarat pun mudah sahaja. Tak mahu borak panjang, kita usha syarat dan hadiah kat bawah.


Syarat :
↳ Malaysian Blogger
↳ Follow Instagram kami : Mya | Ain | PapaG | KG | Unni | Farah
↳ Follow / Add FB kami : Mya | Ain | PapaGKG | Unni | Farah
↳ Follow Google+ kami : Mya | Ain | PapaGKG | Unni | Farah
↳ Follow blog kami : Mya | Ain | PapaGKG | Unni | Farah
↳ Buat satu entri bertajuk : GIVEAWAY RAYA BY MYA & FRIENDS
↳ Copy and Paste code di bawah dalam HTML and Publish.

↳ Tinggalkan link entri dalam bahagian komen
↳ Selesai

*kalau awak tak ada Instagram atau FB, please do mention it dalam entry*

Hadiah :
๐Ÿ’• Tempat pertama : RM 100
๐Ÿ’• Tempat kedua : RM 70
๐Ÿ’• Tempat ketiga : RM 50
๐Ÿ’• Tempat keempat : RM 20

So, jangan tunggu lama-lama. Bermula hari ni sehingga 19 Jun nanti.
Cepat-cepat join sekarang. Klik je banner kat atas tu. Muah cikitt.

EZ Flour : Tepung Kuih Mudah, Cepat & Sedap

Assalammualaikum uols !

Terharunya dapat kuih gebu gebas hasil tangan sendiri. Dari kepelbagaian jenis kuih sehingga kek korang boleh hasilkan dengan EZ Flour !

EZ Flour : Tepung Kuih Mudah, Cepat & Sedap || Menariknya tepung ni, korang cuma tinggal letak air sahaja kerana sudah tersedia di adun dengan yis, majerin, gula dan garam. Bukan sahaja kuih muih, malah roti dan kek juga boleh dihasilkan dari EZ Flour. Sangat memudahkan kerja rumah korang dan jimat pembelian tak perlu kerap  membeli kuih muih diluar sana. Bagi korang yang baru berjinak-jinak dengan penghasilan kuih muih ataupun kek bolehlah gunakan EZ Flour sebagai tepung pilihan.

Ju beli sepaket ni dengan harga RM15. Packaging comel dengan warna merah jambu dan istimewanya tutup buka packaging EZ Flour ni menggunakan ziplock. Kualiti tepung pun terjamin. 




    



Cara Penyediaan EZ Flour untuk kuih muih atau roti :

  • Tambahkan 290 ml air atau susu segar untuk 450 gram EZ Flour
  • Uli sehingga menjadi doh. Kemudian biarkan kembang selama 5-10 minit
  • Bentukkan kuih muih atau roti anda 
  • Goreng/kukus/bakarmengikut kesesuaian jenis kuih muih yang anda hasilkan
  • Sedia untuk dihidangkan

Cara penyediaan EZ Flour untuk kek atau muffin :
  • 125 gram EZ Flour (mengikut kesesuaian dan saiz hidangan anda)
  • 1 cawan gula
  • 2 biji telur
  • 300 ml susu segar

Cara penyediaan EZ Flour untuk menggoreng Ayam/Udang atau Sotong :
  • Serbuk kari
  • Garam
  • Serbuk roti
  • Gaulkan seperti biasa


Ju dah gunakan sepaket buat kuih pau goreng berinti ikan bilis tempoh hari. Hasil dari EZ FLOUR ? Gebu kan pau goreng Ju ๐Ÿ˜ Nak buat pizza guna EZ Flour pun boleh. Tak payah ralit lepas ni nak beli bahan-bahan, semuanya dah ada lengkap dalam satu packaging dengan EZ Flour. 



King Arthur : Legend of The Sword (2017) Review & Sinopsis

Assalammualaikum uols !

Tersimpan kemas beberapa minggu draft entri untuk filem ni. Ju tonton wayang ni juga tanpa dirancang bersama suami di Megalong, Penampang. Bagi korang yang pernah menonton drama bersiri "Merlin" di kaca televisyen, korang akan dapat tangkap sedikit sebanyak mengenai jalan cerita wayang ni.

King Arthur : Legend of The Sword (2017) Review & Sinopsis || Mengisahkan mengenai peperangan antara ahli sihir Modred yang ingin menguasai Camelot yang mana ketika itu dibawah pentadbiran Uther Pendragon. Beratus nyawa tidak berdosa terkorban, kerosakan berlaku dimana-mana. Uther nekad untuk membunuh Modred dengan masuk ke sarang ahli sihir tersebut berbekalkan pedang Excalibur yang dimilikinya untuk menghentikan pertumpahan darah yang berlaku.

Kematian Mordred menjulang Uther dalam menyelamatkan Camelot. Dalam diam, saudara sedarah Vortigern mendambakan takhta dan sanggup mengorbankan isteri tercinta kepada ahli sihir laut agar beliau peroleh apa yang beliau ingini iaitu kuasa pahlawan iblis dari sisi gelap untuk menumpaskan Uther. Dalam peralihan itu, keadaan kucar kacir menggesa Uther untuk menyelamatkan isteri dan satu-satunya zuriat beliau. Tidak sempat melarikan diri, isteri Uther terbunuh namun anaknya sempat dihanyutkan dalam sebuah perahu dan hilang dalam kegelapan malam. Uther yang gagal mengalahkan saudaranya yang kabur dengan kuasa hitam, mati ditangan Vortigern pada malam itu. Manakala pedang Excalibur tertanam bersama jasad Uther menjadi batu dan menunggu masa untuk digunakan semula oleh waris Uther.

Anak Uther yang hanyut malam itu ditemukan oleh beberapa wanita kupu-kupu malam yang sedang membasuh pakaian di pingiran sungai lalu mengambil dan menamakannya sebagai Arthur.

Beberapa tahun kemudian, Arthur yang membesar menjadi seorang lelaki yang gagah belajar seni mempertahankan diri dalam melindungi wanita-wanita yang membesarkan nya di rumah pelacuran tersebut. Arthur juga bekerja dan mengutip duit untuk hal hal tertentu dan baki duit disimpan dalam simpanannya untuk suatu rancangan kehidupan yang lebih baik.

Hidup sebagai rakyat dibawah pemerintahan Vortigern bukanlah sesuatu yang baik. Kanak-kanak lelaki di ambil untuk dijadikan hamba kepada bangsa Viking sebagai perjanjian antara negara, tenaga rakyat dikerah sepanjang masa untuk menyiapkan menara Vortegern. Menara itu dalam rancangan sebagai tempat untuk menyeru kuasa Mordred dalam ketamakan Vortegern untuk memperoleh kuasa.
Pergaduhan Arthur dengan Viking kerana penjaganya dibelasah, menjadikan Arthur orang yang dikehendaki. Pengaruh Viking terhadap raja dimanfaatkan dalam usaha memburu Arthur. Arthur cuba melarikan diri namun ditangkap dan dibawa ke dalam sebuah kapal yang memuatkan tenaga buruh yang dalam perjalanan ke istana Vortegern untuk mencabut pedang Excalibur yang dikhabarkan telah muncul semula selepas air tasik tiba-tiba kering dimana Uther bersemadi.

Vortegern mula bimbang kerana beliau tahu, hanya waris Uther mampu mencabut pedang tersebut dan mula megerahlan askar untuk mengumpulkan orang lelaki dewasa dari pelbagai daerah dalam usaha mencari waris Uther sekaligus terus membunuhnya. Arthur yang endah tak endah dengan perkhabaran itu cuba untuk percepatkan barisan beliau untuk mencuba melepaskan pedang tersebut dalam usaha beliau melarikan diri dari orang Viking. Tanpa diduga, pedang Excalibur berupaya dicabut oleh Arthur, orang ramai kehairanan dan tentera Vortegern mula bertindak. Dengan wajah penuh tanda tanya, Arthur pengsan ditengah-tengah keramaian rakyat yang menyaksikan beliau.


Arthur yang diancam oleh Vortegen menggunakan nyawa penjaganya terpaksa akur untuk menerima hukuman pancung sehingga mati. Hal ini supaya mematahkan harapan rakyat bahawa waris Raja Uther bukanlah seperti yang diharapkan oleh rakyat untuk menyelamatkan mereka dari cengkaman Vortegern. Namun ketika hendak menjalankan hukuman tersebut, muncul seorang ahli sihir wanita yang dihantar oleh Merlin  untuk menyelamatkan Arthur bersama beberapa orang saki baki perjuangan Raja Uther.

Terselamat dari hukuman mati oleh Vortegern, Arthur dibawa ke satu tempat rahsia kediaman saki baki pejuang Raja Uther dalam usaha mereka memastikan Arthur berupaya memahami kuasa Excalibur sekaligus menyelamatkan Camelot dan membunuh Vortegern.



Image result for king arthur legend of the sword


Image result for king arthur legend of the sword movie poster







.............................................................

Pembikinan filem ini menelan belanja sebanyak 175 Juta USD. Mula ditayangkan pada 12 Mei yang lalu dan berdurasi selama 126 minit. Filem ini bergenrekan aksi, fantasi dan pengembaraan. Kanak-kanak bawah 13 tahun memerlukan bimbingan orang dewasa jika menonton filem ini. Kutipan yang diperoleh sepanjang tayangan berlangsung adalah sebanyak 130.7 juta USD.


Berupayakah Arthur mencari keserasian dirinya dengan Excalibur dan menyelamatkan Camelot dari terus ditadbir oleh pakciknya Vortegern ?


Jalan Cerita : 7/10

Kualiti Filem : 8/10

Kredit gambar : Google Images

Feminine : Women shoes that are perfect for work

Assalammualaikum uols !

Footwear or shoe is the most important thing to any outfit. You may call it as the queen of the entire outfit. The entire character of an outfit can be solidified or tarnished base on the shoe one is wearing.

The right shoes make all the difference ! So why not style yourself from the shoes upwards?

Working women spending most of their time at work right? It means that your working place is the place you can shine (if you get what I mean). There are various  women shoes designs that you can rock at the office while still looking fashionable.

Women shoes that are perfect for work || There's 3 main type of women shoes you can use to gained your confident in your work place. Lets check it out !

i)Strappy High Heels
Are you someone who is always busy running in and out of the office to meet people? If you have one of those type of jobs, strappy high heels are the perfect choice. It does not matter what design but the strappy bit around your ankle definitely helps you walk with style while rushing around dealing with your work.

Image result for strappy high heels





ii) Platform Wedges
Platform wedges are suitable for the ladies who want more stability and be in control. It also shows off a humble yet simple look at work. You can wear your platform wedges with a skirt or skinny trousers for that professional fashionable appearance. There are various of platform wedges designs that are stylish to be flaunted at work in front of your colleagues. So pick the style you adore and work it with pride!

Image result for PLATFORM WEDGES






iii)Stilettos
Remind me the Yusry Kru Film “Red Stilettos” ! By the way if you planned to get extra boost of confident. Stilettos will definitely rock your whole outfit into glamour mode. Stand tall, proud and stylish walking in your stiletto heels around the office. It will absolutely put that boss lady feel in you for the rest of the day.

 Image result for STILETTOS

Get your shoes & raise a confident ! ๐Ÿ˜„