Say "YES" to the Dress Atlanta @ Saluran Astro (702 Diva)

Assalammualaikum uols !

Pengguna Astro ? Yep Ju salah satu antara pengguna Astro dan saluran paling Ju minat ialah 702 Diva yang mana memaparkan pelbagai rancangan menarik kepada penonton. Antaranya ialah tayangan Say "YES" to the Dress iaitu  saluran dari TLC bermaksud rangkaian Amerika Syarikat yang dimiliki oleh Discovery Telecommunications. Dipaparkan dari pelbagai lokasi seperti Brooklyn, Canada dan lain-lain. Ju sangat minat dengan Say "YES" to the Dress Atlanta.

Syarikat Bridal by Lori merupakan butik pengantin terbesar di Atlanta, sekaligus menjadikannya pilihan dalam menjayakan program ini dalam merakam detik-detik bakal pengantin, dilema serta drama keluarga memilih baju idaman untuk digunakan semasa hari perkahwinan.

Say "YES" to the Dress Atlanta @ Saluran Astro (702 Diva) || Menampilkan pemilik butik Bridal by Lori sendiri iaitu Lori Burn Allens bersama perunding imej, Monte Durham, melayan pelanggan diikuti dengan drama dijangka mahupun tidak dijangka dari pelanggan yang hadir untuk mendapatkan gaun idaman di butik Bridal by Lori. Apa yang Ju suka bila tengok program ni ialah saat gembira dan sedih dikongsikan bakal pengantin yang hadir serta konflik dalam memilih baju pengantin yang biasanya dimonopoli oleh ahli keluarga berbanding pilihan dari bakal pengantin itu sendiri.

Bila masuk konflik tu, mesti Lori dan Monte cuba untuk mengetengahkan betapa penting bakal pengantin harus mendapatkan pilihan mereka sendiri. Lori dan Monte mahupun staff di Bridal by Lori sangat mengetengahkan pilihan akhir baju harus lahir dari hati bakal pengantin tersebut. Kelihatan di sana, pemilik butik sendiri mahu yang terbaik bagi pelanggan mereka  dalam merealisasikan hari bahagia bakal pengantin.

Gaun mengikut bajet turut disediakan oleh butik Bridal by Lori bagi memudahkan pelanggan mencari baju pilihan mereka mengikut peruntukan masing-masing. Gaun pengantin dari jenis kain chiffon kepada cotton dan lain-lain, dari fesyen tradisional kepada moden, semuanya ada di Bridal by Lori. Kemesraan dan kebijaksanaan Lori, Monte dan staff Bridal by Lori dalam mengurus pelanggan mereka menjadikan sebab utama Ju tidak mahu terlepas untuk tonton rancangan ni.

Bagi korang yang suka tengok rancangan berdasarkan live drama, korang perlu jadikan rancangan ni wajib tonton tau 😃 Waktu rancangan program ni korang boleh rujuk Jadual Rancangan Astro 702 Diva


Image result for say yes to the dress atlanta logo
Kredit : Google Image

14 comments

  1. Jarang2 pula kmia tingu channel ni 😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala sis. tinguk la. mmg best =D

      Delete
  2. ana suka tgk say yes to the dress yg biasa tu. sebab dah biasa tgk tu, yg lain ana tak tgk. seronok tau layan rancangan mcm ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah kan. even lain lokasi tp program ni best =)

      Delete
  3. xpernah aku tengok tau, klu ada alip aku tgok wakakakka

    ReplyDelete
  4. Ala kmi gun njoi, ndada siaran ni hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaka babe. xpa. ble tinguk on9 darl =D ada tu, confirm tjangkit mau follow stiap eps =D

      Delete
  5. Dulu masa ada astro, channel nie memang jadi channel favourite saya.. =)

    ReplyDelete
  6. layan jugak cite ni. hehee
    kadang layan benda realiti mcm ni lagi seronok dari drama2 tu. hehehe

    ReplyDelete