8 May 2017

Ramadhan Deal 2017 by Tupperware Brands

Assalammualaikum uols !

Siapa orang rumah dekat sini yang guna Tupperware Brand ?? Korang beli atau mak yang beli ?Angkat kaki please ! ๐Ÿ˜‚Tak kisah yang penting korang pengguna Tupperware mesti tau apa yang best dengan produk ni kan.  Yang belum guna lagi atau was was sebab harga mahal, korang kena baca apa istimewa Tupperware Brands ni.

Keistimewaan produk Tupperware ni ialah :
  • Produk plastik Tupperware ialah bioplastik. Bermaksud bukan jenis pet plastik yang menghasilkan pemeruapan kimia yang merbahaya kepada kesihatan.
  • Jaminan pernukaran seumur hidup jika menepati kerosakan semula jadi. Contoh, mak atau makcik atau kakak korang beli Tupperware ni kemudian korang mewarisi pula. Pendek kata, hadiah kepada korang kemudian jika ada kerosakan semulajadi seperti digigit binatang mcam tikus ke. Korang boleh sahaja bawa Tupperware korang tu ke cawangan terdekat dan tukar dengan yang baru selagi stok tu masih ada lah. Gituu.
  • Proses pembuatan yang berkualiti iaitu keistimewaan pada penutup atau 'seal' suatu Tupperware tu samada bekas makanan atau minuman. Sangat kedap udara dan membolehkan makanan tahan lama serta jimat penggunaan dan ruang.
  • Produk Tupperware diperbuat daripada bahan bebas toksik dan bebas karsinogen. Pendek kata, produk tahap antarabangsa kerana Tupperware melepasi tahap piawaian US Food & Drug Administration (FDA) dan piawaian Japan Polyolefin Hygenic Association
  • Mesra alam kerana tahan lama bagi mengelakkan sumbangan kepada pembuangan dan pembaziran. Warna yang pelbagai dimiliki oleh Tupperware produk menepati piawaian dan berdaftar dengan French Positive List, Circular Letter No.176. 
  • Tahan gelombang mikro. Direkacipta untuk tahan dengan suhu panas bersesuaian dengan kualiti yang ditekankan 
Menarik kan ?? Dan ini sememangnya fakta mengenai produk Tupperware. 

Ramadhan Deal 2017 by Tupperware Brands || Sempena Ramadhan yang menjelang tiba ni, Tupperware menjalankan promosi dengan harga terlajak istimewa bermula dari 1 May sehingga 31 May 2017 tau. Melibatkan penjimatan harga dari 15% sehingga 30% bagi produk terpilih !

Orchid Elegance One touch set : Pembelian jimat sehingga 25% bagi saiz 2.0 liter & 950 ml

Aidilfitri Cake set : setiap pembelian lengkap bersama Premium moist chocolate cake & Orange Choco chips cake

Ramadhan set with pouch : jimat sehingga 20% untuk 2 set pembelian dan lengkap bersama Eco bottle 500ml & snack n all 550ml 

Kurma Gift set : lengkap bersama sant fe bowl 1.2L, kurma 300g & gift box yang boleh ditukar & diguna pakai sebagai kotak tisu

Mando Chef with gift box : jimat sebanyak 20% bagi pembelian sepanjang promosi

Kids fun set : Dino & penguin bottle 350ml, Dino & penguin snack cup 300ml kini boleh diperolehi dengan pembelian jimat sebanyak 15%

Tidak terikat kepada produk penyimpanan makanan dan minuman, Tupperware Brands juga turut memasarkan produk kosmetik dan kesihatan. Bagi Ramadhan Deal 2017 promosi ni, 2 jenis blusher telah dipromosikan dengan harga berpatutan tau.

Radiant blush shimmer twin pack & Quad blush golden Peach twin pack kini boleh didapati dengan 1 harga sahaja untuk 2 pembelian
Nature care Berrygen twin set (15g x 15 sachet) juga kini turut dipromosikan dengan pembelian jimat sehingga 15%. Dimana antara kelebihan produk ini ialah melembutkan kulit, menguatkan sendi badan, mengurangkan dan menghilangkan garis penuaan, meremajakan kulit, membakar lemak, melancarkan peredaran darah dan penghadaman serta pelbagai lagi. 

Ini kerana Berrygen diperbuat dari ekstrak buahan seperti raspberi, blueberri, strawberi dan acerola dengan gabungan kolagen serta vitamin dan nutrien yang baik untuk tubuh badan pengguna.

Boleh usha dulu dan rancang pembelian korang sempena waktu promosi ni untuk kegunaan semasa bulan Ramadhan dan Aidilfitri nanti๐Ÿ˜˜

Segala pertanyaan mengenai barangan promosi dari Tupperware Brands, bolehlah hubungi cawangan terdekat korang. Bagi penduduk kawasan Putatan, Kota Kinabalu dan sekitar bolehlah hubungi terus agen rasmi jualan dibawah

Sales & Department bergerak :
Pn Juraidah Binti Jamlin
012 832 5458 (Whatsapp)

Atau terus ke cawangan Putatan untuk berjumpa dengan Pn Juraidah di alamat berikut :

Tupperware Brands,
Grand Plaza Putatan,
Lot E-3-0, Blok E, Ground Floor
88200, Kota Kinabalu, Sabah.
Location: Sabah, Malaysia

19 comments:

  1. sy peminat dan penyimpan koleksi Tupperware...tapi sekarang ni dh kurang sikit sbb tak de tempat nak simpan..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni mesti kes tupperware collector kan ! =D sama la dgn kaka ju. siap bagi sedia satu bilik utk tupperware dia.. fuh !

      Delete
  2. MIL ana mmg peminat tuppaware. Dekat dapur semuanya tuppaware. Kalau dia tau ni mesti dia beli. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. waaa yeke. confirm xnak lepaskan peluang kan bagi peminat tupperware ni =D

      Delete
  3. Saya suka barangan Tupperware. Best sangat. Yang paling saya suka sebab ada macam-macam kaler dan corak. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah btl btl. semua kaler dia cntik2 =D paling penting selamat dan bdaftar =D

      Delete
  4. CR peminat tupperware gak.tapi tak terlalu obses sgt. Cuma bila ada offer yg best mesti beli. Sebab murah skit kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaah besa mcm tu, masa xda promo, usha2 dlu then bila promo start terus grab ! =D

      Delete
  5. Kita memg peminat setia tupperware...dah grab koleksi bunga2 orchid ni satu set hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Woa ! Laju lya. Set dr tupperware mmg cntik2 kan siap dtg dgn pelbagai size =)

      Delete
  6. huh! .... rasa mcm nak menambahkan koleksi lagi la ni Jun, walaupun almari dapurku sudah sarat dgn tupperware ...habislah kalau mcm ni ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaah. Nda dpt tahan dgn godaan tupperware sda. Tp mmg lawa2 set yg durg promo ni juga kan =D

      Delete
  7. wahh.. menarik jugak ya offer2 ni. saya pun mmg peminat tegar tupperware ni. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh bole plan utk grab kalo mcm tu sempena promo ramadhan ni =D

      Delete
  8. ni kalau beli kat mak ni mau senyum sampai ke telinga, hahaha..Mama pun pengumpul tupperware.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh confirm snyum xabis! =D

      Delete
  9. wah..banyaknya koleksi raya tupperware cecantik. duit pun cantik ni

    ReplyDelete