Breaking

29 May 2017

Pirates of The Caribbean : Dead Men Tell No Tales (2017) Review & Sinopsis

Assalammualaikum uols !

Khamis lepas tanpa diduga dan dirancang, Ju dan suami ke Growball Centre Point untuk menonton filem Pirates of Caribbean yang merupakan siri ke 5 untuk filem ini. Ditayangkan di seluruh Malaysia pada 25 Mei 2017. Sesuai untuk tontonan semua lapisan umur dengan bengenrekan fantasi dan aksi ini berdurasi selama 2 jam dan 30 minit.

Diedarkan oleh syarikat produksi Walt Disney Studios Motion Pictures, pembikinan filem ini melibatkan kos sebanyak 230 juta USD. Fuhh !!! Banyak kan ?? sudah tentu berbaloi untuk ditonton dengan kos sebegitu untuk dilaburkan. Filem arahan Joachim Ronning dan Espern Sandberg ini masih mengekalkan beberapa barisan pelakon dari sebelumnya iaitu Johny Deep, Orlando Bloom, Keira Knightkly, Kevin McNally, Geoffrey Rush manakala bagi pelakon baru dalam menjayakan siri terbaru ini ialah Javier Bardem, Brenton Thwaites dan Kaya Scodelario.


Pirates of The Caribbean : Dead Men Tell No Tales (2017) Review & Sinopsis || Terpisah kerana sumpahan yang menghantui Turner. Siri kali ini mengisahkan anak kepada Will Turner (Orlando Bloom) dan Elizabeth Swan (Keira Knightly) iaitu Henry Turner berumur 10 tahun yang tekad dan percaya ada jalan lain untuk melepaskan ayahnya,Will Turner dan krew yang terikat dengan sumpahan kapal Flying Dutchman iaitu menerusi tongkat Poseidon yang mana boleh mematahkan semua sumpahan lautan. Will Turner yang enggan anaknya terlalu percaya dengan mitos, menasihatkan agar anaknya membatalkan niatnya.

Seumur hidup Henry diabadikan dengan belajar kesemua mengenai lautan untuk melepaskan ayahnya. 9 tahun kemudian, Henry kini telahpun dewasa dan bekerja dikapal perang Tentera Laut British. Semasa belayar, Henry yang bekerja sebagai pengemudi kapal melihat kapten kapal menukar laluan ke kawasan yang belum dipetakan iaitu Segitiga Bermuda dalam usaha melarikan diri dari serangan kapal musuh. Sedar akan bahaya itu, Henry cuba menghalang tindakan kapten namun gagal. Beliau dikurung sebelum kapten dan krew menemui ajal oleh Kapten Salazar iaitu kapten dan krew mayat hidup yang terkurung di Segitiga Bermuda.

Henry dibiarkan hidup oleh Kapten Salazar untuk menyampaikan berita kepada Jack Sparrow mengenai kewujudan beliau dan krewnya yang menanti masa untuk membalas dendam. Pada masa yang lain, dipaparkan semasa perasmian pembukaan peti simpanan di perkampungan British, Carina Smyth (Kaya Scodelario) yang dituduh sebagai ahli sihir kerana pengetahuannya dalam bidang astronomi melarikan diri dari tahanan penjara bertemu dengan Jack Sparow yang cuba merompak peti besi. Khabar angin yang berleluasa mengenai anak kapal hanyut ditemui di pantai menemukan Carina dengan Henry yang mana dia yakin Henry boleh membantunya mencari tongkat Poseidon untuk mengenali siapa ayah kandungnya. Henry yang juga memiliki niat tersendiri untuk tongkat tersebut, bersetuju untuk bekerjasama dengan meminta bantuan dari Jack Sparrow, lanun yang dipercayai boleh membawa mereka untuk belayar di lautan dalam misi mencari tongkat Poseidon.

Kerana sikap kaki minum Jack Sparrow, beliau tanpa sengaja mengkhianati kompas mistiknya dengan sebotol rum. Sekaligus melepaskan Kapten Salazar dan krewnya dari Segitiga Bermuda.
Kapten Hector Barbosa (Geoffrey Rush) yang mendengar perkhabaran tersebut mula bertindak untuk bekerjasama dengan Jack Sparrow untuk menyelamatkan hartanya dek kerana lautan kini dikuasai oleh Salazar. Berbekalkan peta Carina menerusi peninggalan ayahnya, mereka menjejak Trident of Poseidon. Dalam perjalanan, mereka dikejar dengan krew Salazar, dimana Henry ditangkap kemudian dirasuk oleh Salazar agar dapat menjejakkan kaki ke tanah untuk membunuh Jack.

Kemuncak jalan cerita ni dimana babak  Trident of Poseidon ditemui oleh Carina namun berjaya dirampas oleh Salazar.





........................................................

Mampukah Jack Sparrow menyelamatkan diri dari dendam Kapten Salazar ? Berjayakah misi Henry untuk menyelamatkan ayahnya dari sumpahan Flying Dutchman ? Bagi korang yang follow cerita ni dari siri 1, korang kena tengok siri 5 ni.

Jalan Cerita : 8/10
Kualiti Filem : 9/10

Jom tonton di panggung berdekatan anda sekarang !

9 comments:

  1. Wah kena tgk ni ju. Ana minat cerita ni juga.

    ReplyDelete
  2. adui, blum lg ttgk ni wyg..haha..best ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. best darl ! =D tp kalo ko teda tgk dari yg sblm nya mmg xbrapa faham jalan cerita. Kalo mmg ada follow dari 1 series, mmg best =D

      Delete
  3. belum berkesempatan menengok memikir mau buat biskut raya jak skg haha

    ReplyDelete
  4. Tak sabar nak tunggu di online... =) memang best filem nie, lebih2 lagi saya memang peminat Johnny Deep dalam watak Kapten Jack Sparrow yang kelakar tapi genius..

    ReplyDelete