13 May 2017

#MYTravelAdventure by Traveloka : BFF Short Trip @ Kota Bersejarah, Melaka

Assalammualaikum uols !

Semalam Ju terima satu email dari pihak Traveloka mengenai contest yang tengah berjalan iaitu Local Blogger Contest di mana blogger  berkongsi kisah menarik perjalanan di Malaysia. Kebetulan Ju baru melawat Melaka beberapa minggu lepas bersama BFF Ju, Ju excited untuk sertai contest ni 😗 Korang yang tengah baca ni pun, dijemput untuk join tau ! Jom kongsi pengalaman travel korang bersama Traveloka 💕




Dari Kota Kinabalu, Sabah. Ju selamat mendarat di Bandaraya Bersejarah, Melaka pada 24 April lepas. Berpandukan rancangan BFF, kami meneroka Kota Bersejarah ni dalam masa singkat memandangkan masa percutian kami amat terhad. TIPU lah Ju kata boleh habiskan lawatan  ni dalam sehari sebab terlalu banyak tempat menarik untuk diterokai di Melaka ni !


#MyTravelAdventure : BFF Short Trip @ Kota Bersejarah, Melaka || Tiba sekitar 01:00 petang di Kota Bersejarah, Melaka disambut dengan panas terik tapi keterujaan tu mematikan rasa penat yang berbaki masa dalam perjalanan. Kami  memulakan berjalan kaki di sekitar Christ Church, Melaka. 


River Cruise, Melaka

Nampak tak belakang Ju ada cruise ?? Haa, kami nak naik tapi masa terhad nak jelajah tempat lain mematikan niat kami serta merta 😓 apa yang Ju tahu mengenai cruise ni bermula dari Jeti muara sungai Melaka (dekat Muzium Samudera) atau bermula dari Taman Rempah Ratus. Menaiki cruise dalam anggaran 40-45 minit ni, korang akan nampak kincir air, kubu pesisir sungai, 7 buah jambatan kecil sekitar Melaka dan lain-lain lagi.






Christ Church, Melaka

Diwarnai dengan cat berwara merah dan dikelilingi dengan keindahan landskap bunga-bungaan , Ju rasa seperti melawat gereja vintaj di negara Eropah ! Merupakan gereja tertua di Malaysia dimana pembinaannya bermula pada tahun 1741 dan lengkap pada 1753. Berdiri gah dengan hasil seni Belanda abad 18 dari segi pelan, jubin, siling yang berukuran 12.2 meter dari lantai dan lain-lain keunikan yang sangat mempesonakan. 





Kota A'Famosa

Gambar sebelah kiri, Ju berada di Pintu Gerbang Kota A'Famosa. Menarik mengenai kota ini, berupaya menahan daripada serangan selama 130 tahun tau. Keunikan terletak pada rekaan 5 penjuru di sekeliling kota dan setiap penjuru memiliki meriam berkuasa tinggi. Seperti yang kita tahu kota ini dibina pada tahun 1511 oleh Alfonso De'Alburqueque.

Sebelah kanan, bangunan yang berdiri megah ini merupakan St Paul's Church, Melaka terletak di atas bukit bersebelahan dengan ruang makam pahlawan Portugis, mengambil masa 10-15 minit untuk tiba dari pintu gerbang Kota A'Famosa. Gereja ini dibina pada tahun 1521, sempena memperingati dan penghargaan kepada Virgin Mary oleh Duarte Coelho kerana menyelamatkan nyawa beliau semasa di laut China Selatan.

Namun ketika British mengambil alih, St Paul's lebih berfungsi kepada gudang penyimpanan peluru sebagai langkah persediaan untuk melakukan serangan terhadap pihak Jawa. 



         






Ruang Makam Pahlawan, Portugis 

Terletak di dalam kawasan Kota A'Famosa bersebelahan gereja St Paul's menempatkan makam pembesar Portugis dan Belanda. Papan konkrit berukir yang tersandar di dinding merupakan penutup kepada makam-makam  pada masa tersebut.







    




Tidak menghabiskan penjelajahan penuh di sekitar Kota A'Famosa kerana kelaparan yang tidak dapat diungkapkan, kami meneruskan perjalanan menuju ke tempat makan dengan melalui beberapa tarikan dikawasan Melaka seperti :

Muzium Tentera Laut Di Raja Malaysia

Ditubuhkan bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan pengunjung mengenai tugas, sumbangan, aktiviti dan peralatan yang pernah dan sedang digunakan oleh pihak Tentera Laut Di Raja Malaysia dalam mengawasi perairan negara. 




Muzium Samudera, Melaka

Turut dikenali sebagai Floral de la Mar Maritime Museum mempamerkan replika kapal perang Portugis. Dengan ketinggian 3 ke 4 bangunan, korang boleh melihat pemandangan menarik disekeliling muzium samudera seperti Menara Taming Sari, Sungai Melaka, Medan Samudera dan pemandangan Selat Melaka tau ! Cas bayaran bagi pengunjung ialah :
  • Warganegara - Dewasa (RM 5) / Kanak-Kanak (RM 3) / Kanak-Kanak bawah 6 tahun (Percuma)
  • Bukan Warganegara -Dewasa (RM 10) / Kanak - Kanak (RM 5) / Kanak-Kanak bawah 6 tahun (Percuma)






             
Restoran Asam Pedas JR, Melaka

Tamat pusing keliling yang singkat, kami memilih untuk menjamu selera di Restoran Asam Pedas, Melaka. Di mana Ju telah pun kongsikan mengenai restoran ni di entri sebelumnya. Terletak hanya berseberang jalan dari menara Taming Sari dan boleh dilihat dari penghujung jalan, sangat rekomen kepada korang yang mencari makanan laut segar sebagai menu tengahari korang. 








Insyallah sekiranya Ju berpeluang lagi menjejakkan kaki ke Melaka, pasti akan pusing keliling habis nanti. Tapi kali ni Ju akan dapatkan khidmat penerbangan melalui agensi TRAVELOKA . Kenapa mesti Traveloka ??

Traveloka merupakan website yang menyediakan tempahan penerbangan dan hotel bersesuaian dengan bajet korang. Dengan kecanggihan gadget sekarang, korang boleh layari laman Traveloka ni hanya menerusi telefon pintar korang. Samada korang layari laman web rasmi Traveloka untuk semak harga 


ATAU boleh install aplikasi Traveloka melalui playstore. Tak kisah korang pengguna Android atau IOS app. 

Mudahkan ? Tengah makan pun boleh saje tempah tiket dengan Traveloka. Apatah lagi, tiada cas tersembunyi dikenakan. Apa yang korang lihat dalam laman web Traveloka tu, itulah bayaran yang korang kena bayar. Takda cas penambahan dikenakan. Bestkan ! 

Haa, apa lagi. Jom kongsi kisah menarik pengalaman travel korang di Malaysia bersama Traveloka !😘

Location: Sabah, Malaysia

14 comments:

  1. wa bestnya percutian singkat ju. macam nak ajak suami i pula ke melaka. good luck on this ju! ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. honeymoon kemon beb =D
      insyallah terima kasih =D

      Delete
    2. alamak. da tutup pula date tu :)
      ok, tak sabar nak tahu keputusan. moga ada rezeki ko jun :)

      Delete
  2. Melaka the bestt..mesti pergi juga nanti!

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah smoga dipmudahkn urusan darl =)

      Delete
  3. best pusing2 melaka ...
    paling last pigi melaka 2009,
    baca entry Jun ni, rasa mcm mau pigi ja melaka tu :) ...
    gudluck for the Traveloka #mytraveladventure.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lamanya sudah sis, insyallah nnti mnatau ada rezeki bole ke sna lagi =)

      Delete
  4. Lama betul rasanya tak pegi ke Melaka, macam 10 tahun kot tak pegi.. Melaka sekarang dah banyak berubah, makin cantik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anyway, best of luck to ur contest..

      Delete
    2. lamanya ! insyallah nnti bole lah plan ke melaka since byk da perubahan ni =) thnk u sis =D

      Delete
  5. Melaka mmg ada banyak tempat menarik utk dilawati.. btw good luck yer..;p

    ReplyDelete
  6. bila tengok entri ni teringat asam pedass..ishh lapar pulak aihhh

    ReplyDelete
  7. Pernh pergi sekali jak tu pun dgn rombongan member2 time study, dgn suami ok next time dlm perancangan hihi..gud luck ju

    ReplyDelete
  8. Mana-mana negeri pergi mai mesti attack makanan dorang dulu, hihihihi. Lama tak pergi Melaka, cantik kan, tapi kalau musim cuti memang ramai sangat.

    ReplyDelete