Misi Mencabar Stamina : Mendaki Bukit Tirig,Telipok

Assalammualaikum uols !

Berjaya menawan Bukit Tirig minggu lepas bersama BFF Ju seorang ni dan pendek kata bagai menyambut hari jadi super mom ni dengan menyemputkan diri berjemaah naik bukit pada hari yang sama ulang tahun kelahiran dia 😂 Kebetulan juga aktiviti hiking ni merupakan yang pertama bagi kami berdua untuk tahun 2017 ni. Cuaca agak mendung tapi sempat juga habiskan pendakian. Seolah diberikan kelancaran dengan berkat redha suami. Usai pendakian kami, barulah hujan turun. Alhamdulillah.

Misi Mencabar Stamina : Mendaki Bukit Tirig, Telipok || Sesuai bagi pendaki yang baru bergiat dalam aktiviti hiking. Kami tiba sekitar jam 03:30 petang dan terus memulakan pendakian di mana anggaran untuk sampai di atas bukit ialah 30-40 minit mengikut keadaan pendaki.


Laluan masuk ke Bukit Tirig, Kg Lapasan, Telipok

(i)Laluan permulaan lengkap dengan tangga kayu bagi mengelakkan pendaki tergelincir semasa hujan


(ii)Laluan permulaan lengkap dengan tangga tayar bagi mengelakkan pendaki tergelincir semasa hujan

(iii)Start point Bukit Tirig : Bukit Tirig terletak berhampiran dengan gereja Katolik St Flora. Tanda salib diletakkan oleh ahli gereja semasa mengadakan "The Way of Cross"

(iv)Kemudahan rehat yang disediakan

(v)Memasuki kawasan hutan

(vi)Kemudahan rehat kedua yang kami temui selepas 15 -20 minit perjalanan


(vii)Lemah sangat bila nampak cerun pendakian macam ni😓
Serious masa ni 2-3 x Ju terpaksa berhenti atas sebab migrain menyerang


(viii)Ni da mula membebel "tak mau hiking lagi !!" 😂

(ix) Dah mula nampak masa depan yang cerah bila nampak penghujung pendakian kami😂
Masa ni memang penat yang tak boleh diungkapkan dengan kata-kata


(x) REWARD selepas penat lelah 35 minit pendakian

(xi) Cuaca mendung di kawasan berhampiran

(xii) Antara penduduk kampung yang menjaja di atas Bukit Tirig

(xiii) Pokok Jodoh mengikut panggilan penduduk kampung. 

(xiv) View sini sangat cantik bagi penggemar selfie dan bagi korang yang kreatif. 
Kami tak dapat nak stay lama memandangkan kilat sudah mula menunjukkan diri

(xv) Bukit Tirig checked ! Alhamdulillah

Part turun bukit best ! laju turun takda semput bagai😂

Alhamdulillah, kami berjaya sampai dalam masa 35 minit. Manakala turun pula dalam 20-30 minit sahaja. Rasa penat tu memang tidak dapat diungkapkan sampai Ju boleh kata "takmau hiking lagi !" 😂 tapi bila sampai di atas, "wahh ! i did it ! " Ok next Bukit mana kita nak daki ?? HAHAHA.

Jarak dari Kota Kinabalu ke Bukit Tirig ialah 26.4 km jika korang menaiki kenderaan dan mengambil masa 40-45 minit untuk sampai. Memandangkan lokasi Bukit Tirig berdekatan dengan rumah Ju, kami tiba dalam 15 minit perjalanan sahaja. Ju kongsikan lokasi Bukit Tirig dibawah untuk rujukan korang yang merancang ke sana. Selamat mendaki ! 😎


Kredit Google Map untuk rujukan lokasi Bukit Tirig, Kg Lapasan, Telipok

13 comments

  1. Bestnya dpt hiking. Ana beloleh bygkan semput nak mendaki tu mcm mana. Hehe. Tp respect dgn penjaja dekat atas tu. Mesti mereka dah biasa kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan sis !! ble tahan auntie tu bawa bekalan setiap hujung minggu naik bukit untuk menjaja. semoga dimurahkan rezeki penjaja di sana slalu..amin

      Delete
  2. sabar jun bakal ku tawan jgk ni....

    ReplyDelete
  3. Wahhhh, cantiklah...
    Mmg best ni kalau berselfie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaa sis MP. ikut hati mau bgulik2 kami di semak tu tapi takut ada snake hahaha

      Delete
  4. kasi besar ba gambar ko lain kali..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sa tau tu yang cursor p gambr trus besar kan. teda coding ssuai ari tu sa try. nnti cari lagi wahaha

      Delete
  5. punya rajin ne anak mendaki gunung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mau join geng unni ni keno hahaha

      Delete
  6. Wah.. Tabik spring dekat Ju.. Berjaya hiking..
    Ohsem betul pemandangan dia..

    ReplyDelete
  7. cantiknya bukit ni, bersih je kawasan dia. Memang best kalau hiking

    ReplyDelete
  8. huh mmg tak boleh terkawal dgn stamina naik bukit tu...apa2 pun mmg hebat Jun..keep it up

    ReplyDelete