Assalammualaikum uols !
Sudah lama Ju menyimpan niat untuk singgah ke sini bila balik ke rumah keluarga Ju namun tidak pernah tertunai. Alhamdulillah, kali ni Ju berpeluang ke Kak Kiah Cake House selepas tamat Majlis Perasmian Glocal Travel & Tours Cawangan Sabah di Putatan sekaligus meluangkan masa dengan Blogger Sabah (@ecadwinkyasha , @LizaFazriel , @yatie & @Natrahizati) yang turut datang memeriahkan majlis tersebut.
Kak Kiah Cake House @ Royal Plaza Putatan || Merupakan cawangan ketiga selepas Pekan Papar dan Kingfisher Plaza Likas. Seperti yang Ju lihat di laman instagram Kak_kiahcakehouse, hiasan cafe sahaja sudah mampu untuk menarik pelanggan untuk singgah ditambah lagi dengan menu yang ditawarkan sesuai dengan harga dan rasa yang sedap. Berbaloi untuk singgah dan rehat sebentar di cafe ini.
Bagi menu kek, Kak Kiah Cake House menawarkan harga serendah Rm 2.50 untuk sepotong manakala bagi kek penuh purata berat setengah kg pula bermula dari Rm 35 dan ke atas. Pihak Kak Kiah Cake House juga menerima tempahan dekorasi dari pelanggan untuk kek tertentu, cas bergantung dengan perisa dan berat kek.
Selain dari menu kek, pihak Kak Kiah Cake House juga ada menawarkan menu seperti set sarapan pagi dan tengahari seperti Tavarus Vlater, Lamb & rice, Chicken Aglio Olio, Spaghetti Bolognese, MeatBall Cheese dan lain-lain lagi. Manakala bagi minuman pula, terdiri dari sejuk, panas dan blend. Kebetulan waktu singgah tu tidak terdapat ramai orang, Ju manfaatkan untuk ambil gambar disekitar kedai Kak Kiah Cake House ni.
Waktu operasi Kak Kiah Cake House
Cawangan Putatan :
Selasa - Ahad (10 pagi : 11 malam)
Cawangan Papar :
Selasa - Ahad (9 pagi : 10 malam)
Cawangan Kingfisher Plaza Likas :
Isnin - Sabtu (10 pagi : 7 malam)
Jika anda berada di sekitar Kota Kinabalu, bolehlah berkunjung ke cawangan Kak Kiah Cake House yang terdekat dengan anda untuk merasa sendiri keenakan menu yang ditawarkan. Dan sekiranya anda pencinta kek, Kak Kiah Cake House harus anda letak dalam senarai kedai kek yang wajib untuk anda singgah 😉

![]() |
#GlocalTravel @ Blogger Sabah |

Cantik dekorasinya.. Harganya pun berpatutan..
BalasPadamKan sis =) trima kasih bkunjung ke blog ju
Padamomaigadddd. serius lawaaaa itu picha setelah di posting disiniiii...nak copyyyy...pleaseeee :D
BalasPadamAlaa suda delete yg teda watermark beb
Padamhahaha. ndak apa. nasib ada dalam whatsapp :D
PadamMemg tmpt wajib sy singgah ni klau blik kg hihi..
BalasPadamAah ju prasan tu hahaha
PadamJun..tu model dlm gmbr minta bayar tu.hahaha
BalasPadamAmboiii hahah
Padamamboi amboi. hahahaha
PadamI've heard about this place before. Maybe kalau saya ada peluang ke Sabah, I can drop by to this cute place 😊
BalasPadamInsyallah =) trima kasih bkunjung ke blog ju
PadamBestnyaaa banyak cakes!
BalasPadamMakan smpai fengsan haha
PadamBaru tau yang Kak Kiah ni ada di Putatan �� Pernah pergi yang di Papar ja
BalasPadamJu inda perna pegi d papar dengan kingfisher lagi hehe
Padamoh Jun blogger sabah.
BalasPadamwah semakin ramai rakan blogger aida from sabah :)
aida lom pernah ke sabah, Jun :)
sedap
BalasPadam