Jom Makan : Shell Out @ Putri Kitchen

Assalammualaikum uols !

Makan malam keluarga sebelah encik suami Isnin lepas membawa kami ke Putri Kitchen, Cybercity. Restoran ni memang sangat fofular sekitar pembukaannya tahun lepas. Tapi sepanjang viral tu Ju tak pernah berpeluang pergi sampai lah ke malam ni. Alhamdulilah rezeki, semoga yang berkongsi rezeki sentiasa dalam redha Allah swt selalu, amin.


Dan pada masa tu jugak. (tahun lepas) rasanya sangat-sangat viral dengan musim shell out.Yang mana juga merupakan tarikan utama Putri Kitchen ni. Tapi, korang yang taknak makan shell out, jangan susah hati, dekat Putri Kitchen ni pun ada disediakan Steamboat atau makanan bergoreng yang lain. See, menu yang Ju kongsikan dibawah ni !




             

Menu Minuman/Makanan Bergoreng yang ditawarkan




Menu Shell Out per Pakej



Menu pelbagai kan ?? So tak susah korang nak pikir makan apa untuk family atau kawan-kawan  bila stay dekat Putri Kitchen ni. Kebetulan malam kami ke sana tak ramai pengujung, jadi mudah nak dapat tempat duduk sebab kami terdiri dari 15 dewasa, 7 kanak-kanak bawah 12 tahun dan 2 bayi bawah 10 bulan. Haa. ramaikan ahli keluarga en suami ! Bila tak ramai pengunjung, satu kelebihan lagi pesanan cepat siap. Lebih kurang 20-25minit lepas order, kami dah dapat menu yang dipesan.

Jom Makan : Shell Out @ Putri Kitchen || Yang taktahu, Ju nak bagitau dekat sini. Putri Kitchen yang terletak di Cybercity ni merupakan cawangan ketiga Putri Kitchen di Kota Kinabalu. Satu berada di Alamesra dan kedua di Harbour City, Sembulan. Sepanjang pemerhatian Ju dekat sini, sangat selesa nak bawa keluarga besar sebab tempat duduk disediakan di dalam dan juga diluar restoran. Pengunjung boleh pilih ikut keselesaan masing-masing. Bagi kami yang datang dengan ahli yang ramai, tentulah pilih untuk berada diluar restoran. 



Putri Kitchen Chili's Crab House, Cybercity, Kepayan


Suasana tempat duduk dalam


Suasana tempat duduk luar

.................


Dessert/Pencuci Mulut
Selain daripada menu berat, Putri Kitchen turut menyediakan dessert atau pencuci mulut kepada pengunjung. Harga dikira per slice untuk kek dan bagi buah-buahan, Ju tak pasti sebab tak nampak harga. Nak tanya staff, kebetulan sibuk layan pelanggan yang tengah bayar dan membersihkan meja



Pencuci mulut yang disediakan


Menu kek dan buah-buahan untuk dessert




................


Steamboat
Haa untuk steamboat pula, Putri Kitchen mengenakan harga RM 28 untuk dewasa, RM 15 untuk kanak-kanak dan percuma untuk 5 tahun ke bawah. Menu steamboat terdiri dari makanan laut fresh diletakkan di petisejuk beku seperti dalam gambar yang Ju kongsikan dibawah ni. Menggunakan trademark "Makan sampai puas" memang sesuai lah Ju lihat dengan hidangan steamboat pelbagai pilihan yang disediakan oleh pihak Putri Kitchen untuk pengunjung.



Harga Steamboat untuk seorang mengikut umur

Barisan hidangan Steamboat


Petisejuk beku disediakan untuk mengekalkan kesegaran makanan laut 




.................


Shell Out
Untuk makan malam, tentu lah Shell out menjadi pilihan. Untuk pesanan menu, sepenuhnya dipesan oleh kakak ipar. Dan bila sampai menu, nampak shell out menu 3 jenis makanan laut dalam satu masakan iaitu udang, kerang dan ketam. Bestnya Ju rasa bila makan tu kena hidangkan daun pisang, dah lama tak makan beralaskan daun pisang 😁 Untuk harga shell out ni disediakan dalam 5 pakej dengan berlainan harga mengikut kuantiti hidangan (termasuk minuman) iaitu


  • Personal pack (1 - 2 orang) RM 40
  • Small Pack (2 - 4 orang) RM 80
  • Medium Pack (5 - 7 orang) RM 160
  • Large Pack (7 - 9 orang) RM 250
  • Family Pack (9-12 orang) RM 350


Suasana tempat duduk keluarga kami😎

Masa menjamu selera

Shell out menu : Udang + ketam + kerang






Masa Operasi Putri Kitchen ni bermula dari jam 11 pagi sehingga jam 11 malam. Buka setiap hari kecuali bulan Ramadhan beroperasi sebelah malam sahaja. Ju tak pasti anggaran berapa bajet makan malam ni sebab ditaja sepenuhnya oleh abang encik suami. Semoga dimurahkan rezeki selalu, amin. Sekiranya korang ingin intai lebih info, bole rujuk lokasi dan pages dorang dekat bawah ni 



Kredit Google Map untuk rujukan lokasi Putri Kitchen Cybercity


Instagram : @PutriKitchen
Facebook : Putri Kitchen

21 comments

  1. Replies
    1. selamat mnunaikan ibadah puasa sis =D

      Delete
  2. Besar besar makanan laut dia.. memang puas hati makan nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa pun sedap sis.. alhamdulillah =)

      Delete
  3. Salam Ramadan Kareem..
    semuanya nampak sedap :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah. selamat mnunaikan ibadah puasa sis =)

      Delete
  4. Pergghhh besar2 seafood tu akak, memang puas makan.

    Selamat berpuasa ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah rezeki mai =D
      slmt mnunaikan ibadah puasa juga mai =D

      Delete
  5. Ohoi sedapnya nampak. Selamat tgk lepas sahur. Kalau tak, meleleh air liur. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahahahaha =D slmt bpuasa sis =D

      Delete
  6. Kenapa mesti dipagi hari aku nampak ni post juuuu ;)
    berkeroncong sudah si kawan. Wakakaka

    ReplyDelete
  7. aduiii makanan ni nasib la baru abis sahur kenyang lagi... murah ni rm28 steamboot blh la buat di sini blogger sabahan..hahahhahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila hantar usul ke group mesyuarat tingkap wahahah

      Delete
  8. Very intersting restaurant. Tq infor

    ReplyDelete
  9. adui..myesal aq klik ini entry oo..haha bikin tergugat iman time puasa ni hahaha

    ReplyDelete
  10. Dah lama tak makan shell out..

    ReplyDelete