Assalammualaikum uols !
Sejak dua menjak ni perasaan nak bercuti tu memang Ju tak dapat nak halang. Sikit-sikit mengintai pakcik Google lokasi percutian untuk berdua. Rancangan dan lokasi sentiasa Ju update bila nampak tempat yang menarik untuk dikunjungi. Lagi-lagi untuk memudahkan encik suami bersetuju memilih lokasi tersebut bersesuaian dengan budget kami dan permohonan cuti beliau kelak. Pendek kata, sediakan proposal sebelum hadap suami dengan rancangan gila-gila Ju ni😃
Belek punya belek, Ju terbaca mengenai percutian menarik dengan tawaran keindahan pantai di Port Dickson, Negeri Sembilan. Siapa tak suka pantai ?? Non uols ! semua suka apatah lagi dengan suasana yang bersih tentulah Port Dickson salah satu daripadanya. Port Dickson merupakan sebuah bandar pantai dan daerah di Negeri Sembilan yang terletak di tepi pinggir laut dimana suatu ketika dahulu ia berperanan sebagai pusat pelabuhan untuk import dan eksport minyak, bijih timah, arang dan lain-lain keperluan. Amboi, belajar sejarah pulak kan ! 😂
Gerbang Percutian Menarik di Port Dickson, Negeri Sembilan || Port Dickson ni merupakan kawasan kedua terkecil di Negeri Sembilan tau. Series Ju tak tahu sebelum ni. Keindahan pemandangan pantai yang bersih ditawarkan kepada pengunjung di Port Dickson dimana lokasi pantai terletak tidak terlalu jauh dari pusat bandar dan ia sering menjadi tumpuan orang ramai untuk beristirehat, berkelah, berenang dan sebagainya. Antara pantai tersebut seperti Teluk Kemang, Blue Lagoon dan Cape Rachado.
Disebabkan itu, Ju pilih Port Dickson sebagai salah satu tempat untuk Ju up dalam list percutian kami nanti. Kalau dah plan cuti tu mesti lah kita akan cari tempat untuk bermalam kan. Dekat sini korang tak perlu risau nak stay dekat mana sebab sekitar Port Dickson ni banyak sangat hotel yang boleh kita pilih. Yalaa lain orang lain citarasa kan. So, Ju nak share lah dengan korang antara hotel yang boleh korang stay untuk cuti korang nanti. Mesti korang nak tahu kan?? Rajin baca bebelan Ju ni sampai habis ok 😂
Sejak dua menjak ni perasaan nak bercuti tu memang Ju tak dapat nak halang. Sikit-sikit mengintai pakcik Google lokasi percutian untuk berdua. Rancangan dan lokasi sentiasa Ju update bila nampak tempat yang menarik untuk dikunjungi. Lagi-lagi untuk memudahkan encik suami bersetuju memilih lokasi tersebut bersesuaian dengan budget kami dan permohonan cuti beliau kelak. Pendek kata, sediakan proposal sebelum hadap suami dengan rancangan gila-gila Ju ni😃
Belek punya belek, Ju terbaca mengenai percutian menarik dengan tawaran keindahan pantai di Port Dickson, Negeri Sembilan. Siapa tak suka pantai ?? Non uols ! semua suka apatah lagi dengan suasana yang bersih tentulah Port Dickson salah satu daripadanya. Port Dickson merupakan sebuah bandar pantai dan daerah di Negeri Sembilan yang terletak di tepi pinggir laut dimana suatu ketika dahulu ia berperanan sebagai pusat pelabuhan untuk import dan eksport minyak, bijih timah, arang dan lain-lain keperluan. Amboi, belajar sejarah pulak kan ! 😂
Gerbang Percutian Menarik di Port Dickson, Negeri Sembilan || Port Dickson ni merupakan kawasan kedua terkecil di Negeri Sembilan tau. Series Ju tak tahu sebelum ni. Keindahan pemandangan pantai yang bersih ditawarkan kepada pengunjung di Port Dickson dimana lokasi pantai terletak tidak terlalu jauh dari pusat bandar dan ia sering menjadi tumpuan orang ramai untuk beristirehat, berkelah, berenang dan sebagainya. Antara pantai tersebut seperti Teluk Kemang, Blue Lagoon dan Cape Rachado.
![]() |
Kredit Google Image : Pantai Teluk Kemang, Port Dickosn |
![]() |
Kredit Google Image : Blue Lagoon, Port Dickson |
![]() |
Kredit Google Image : Cape Rachado |
![]() |
Kredit Google Image : Lighthouse di Cape Rachado |
Cantik kan ??? Peuww. Memang lokasi sesuai untuk kaki tangan selfie macam Ju ni 😁 ni baru tengok gambar dah rasa nak melompat, taktahu lagi kalau dah jejak kaki dekat sana. Confirm taknak balik kot 😂
Di sekitar Port Dickson ni terdapat banyak tempat yang menarik tau. Jadi, tak salahlah kalau korang datang ke sini untuk bercuti sebab dekat sini tempat yang sangat sesuai untuk korang tenangkan minda, lupakan kesibukan kerjaya masing-masing. Disebabkan itu, Ju pilih Port Dickson sebagai salah satu tempat untuk Ju up dalam list percutian kami nanti. Kalau dah plan cuti tu mesti lah kita akan cari tempat untuk bermalam kan. Dekat sini korang tak perlu risau nak stay dekat mana sebab sekitar Port Dickson ni banyak sangat hotel yang boleh kita pilih. Yalaa lain orang lain citarasa kan. So, Ju nak share lah dengan korang antara hotel yang boleh korang stay untuk cuti korang nanti. Mesti korang nak tahu kan?? Rajin baca bebelan Ju ni sampai habis ok 😂
Antara hotel yang extravaganza awesome dimana korang boleh senaraikan dalam list korang dan Ju sendiri ialah
- Avillion Port Dickson. Hotel ini direka khas seperti sebuah perkampungan nelayan tradisional Melayu. Tambahan pula, resort mewah ini menawarkan bilik-bilik yang dibina di atas kaki bajang di atas laut. Nampak tak kelainan hotel ni ?? So for those yang suka keindahan pantai korang boleh lah pilih hotel ini sebagai tempat untuk menginap. Bukan itu sahaja, setiap bilik mempunyai balkoni peribadi dengan pemandangan Selat Melaka yang sangat indah tau, perghhh!! Tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata view nya. Lokasi hotel ini terletak di sepanjang Pantai Port Dickson dimana resort ini berada 1 jam kalau korang memandu dari Bandar Kuala Lumpur.
Hotel yang seterusnya ialah
- Ancasa Hotel Residence Port Dickson dimana jarak 1 jam pemanduan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Penginapan ini terletak kira-kira 2 minit berjalan kaki dari pantai. See ! dekat sangat dengan pantai so korang tak perlu la bimbang nak ke pantai. Jalan kaki jer u ollss ! Suite-suite yang di sediakan di sini sangat selesa dengan bahagian dalaman yang luas serta dilengkapi dengan kelengkapan perabot Asia yang moden. Setiap bilik mempunyai balkoni peribadi, ruang tamu dan dapur kecil so boleh la korang masak dalam hotel nI. Masak simple je tau. Jangan masak untuk buat kenduri pulakk!! 😂
Hotel Grand Lexis Port Dickson juga boleh menjadi salah satu daripada senarai hotel yang anda pilih dimana Grand Lexis menawarkan Vila yang berinspirasikan Bali. Ia juga menawarkan pemandangan laut yang sangat cantik dari dalam bilik. Setiap vila yang disediakan di sini mempunyai kolam renang peribadi dan taman. Malah terdapat juga beberapa vila yang menawarkan panel berkaca yang menawarkan pemandangan bawah laut, FUH ! mesti korang tak dapat bayangkan kan ?? Ju pun tak dapat nak bayangkan keindahan pemandangan bawah laut ni, kena stay dekat sini dulu baru la kita tau kan. Sebenarnya banyak lagi tau hotel yang menarik yang terdapat di sekitar Port Dickson ni..So, apa korang tunggu lagi! Jom la search best hotels in Port Dickson sekarang!! Jangan tunggu lagi ! 😍
Best juga kalau bercuti ke Port Dickson kan..
BalasPadamaah sis.. nmpk cntik sgt =D
Padamall the best Jun ...
BalasPadamsemoga plan bercuti di approve incik suami...
Insyallah .. =D
PadamGrand Lexis tu dah lame teringin nak pegi.. tapi tak tahu bile dapat.. huhu
BalasPadamyeke?? nnti ble plan ke sna. bila ju baca mcm best tgk ni =D
Padamperhh bcuti.. like that.. moga terlaksanan darl.. h
BalasPadamInsyallah babe =D
Padamboleh hiking kat tanjung tuan kalau minat,
BalasPadamselain tu ade jgk muzium tentera darat, rumah terbalik.
kalau nak jd food hunter pulak dont worry kt situ byk je tempat makan menarik. huhu. btw selamat bercuti ju :)
WOaahh !! byk ny tmpt best kan !! ni mesti kena plan cuti lama sikit. kalo 2-3 ari xpuuas tu =D Btw trima kasih info ju tau =D
PadamGrand lexis memang best Ju. Seronok dpt mandi di private pool. Byk boleh explore di PD.
BalasPadamWAHH !!!! best bila tau tmpt yg menarik kan =D senang nak atur masa
Padam