GIVEAWAY KAD RAYA BY ZAFIRAH NAZR

Bismillahirrahmanirrahim




Klik Banner & Join bjemaah uols! 


Apa yang Best dengan DYXY ?

Assalammualaikum uols !!


Ju nak kongsi dengan korang satu produk yang terlajak best ni. Memang memudahkan aktiviti harian korang untuk bersiap. Terutamanya KAUM HAWA. So bagi korang yang suka dengan makeup tapi tak pandai nak mekap bagai ATAU nak sembunyi masalah kulit kusam, parut jerawat, jeragat korang dalam masa kurang dari 5 minit, Ju syorkan korang guna DYXY ni. Tak perlu bedak bagai uols.


Apa yang Best dengan DYXY ? || Set Dyxy ni  datang dengan 3 item dalam satu harga iaitu BC Cream + Green Tea Face Mist 160ml + Brush (RM 140). Keistimewaan Dyxy terletak dengan item yang terdapat dalam set ni. Brush dah datang sekali dengan set Dyxy jadi korang yang baru belajar nak mekap tu takpayah pusing cari brush. Mudah kan ?Confirm korang akan tolak tepi bedak, concealer, krim sembunyi jerawat korang lepas ni 😁


Set 3 in 1 DYXY




BC Cream
  • Datang dengan 2 jenis colour iaitu Natural dan Beige. Korang boleh pilih ikut kesesuaian warna kulit.
  • Mengandungi formulasi mousse cream dari KOREA
  • Tekstur BC Cream ringan di wajah, tidak melekit, tidak berat. Pendek kata, takpayah ratakan dengan tebal atau touch up balik-balik sebab sekali dua ratakan dah cover kulit kusam korang
  • Paling best korang tau tak, sambil menutup cela wajah. BC Cream ni juga merawat masalah kulit korang tau !
  • Pemakaian tahan 8 jam
  • Mudah Cuci dan mesra solat
  • Effect HD iaitu kulit kelihatan seakan-akan tidak memakai mekap


BC Cream DYXY



Green Tea Face Mist 160ml

  • Best pakai ni sebab bau Green tea yang wangi dan kulit muka rasa fresh
  • Melembapkan kulit sangat sesuai untuk kulit kering dan menggelupas
  • Mengandungi zat mineral
  • Kesan glowing serta merta dan Bc Cream yang diratakan tahan lebih lama
  • Membantu mengecutkan jerawat dan mengurangkan alahan bagi kulit sensitif
  • Sesuai digunakan oleh lelaki dan perempuan 
  • Boleh digunakan bila-bila masa
  • Tahan sehingga 2-3 bulan mengikut rutin pemakaian korang



Green Tea Face Mist 160ml


Menutup cela sambil merawat sesuai dengan set DYXY ni. Ju dah guna hampir 2 minggu. So sangat rekomen kepada korang Wanita diluar sana yang terkejar-kejar masa nak bersiap. Packaging senang nak bawa ke mana sahaja uols. Dalam kereta pun boleh pakai. 😉 Jika anda kaum lelaki yang tengah baca ni, Ju rekomen korang belikan lah untuk mak, isteri atau tunang korang. Confirm dorang tambah sayang dengan anda. Korang pun jimat masa takpayah dah tunggu kaum wanita dirumah korang bersiap lama 😅 Satu set ni tahan sehingga 1-2 bulan tau !

Bagi kawasan Kota Kinabalu, Ju sarankan korang lawat sekarang STOKIS Dyxy Sabah di 

FACEBOOK : STOKIS DYXY SABAH
FACEBOOK : STOKIS DYXY SABAH
FACEBOOK : STOKIS DYXY SABAH

Puan Sharmaine kini yang menetap di Kota Kinabalu dan merupakan stokis sah Sabah, membuka peluang menjadi agen dan dropship untuk sesiapa yang mencari side income menerusi DYXY ni. Senang korang nak jual sebab produk ni memang laku keras sampai Ju pun dah terjebak sekali nak pakai 😁 




A post shared by Junzie (@jun.zie) on

Pirates of The Caribbean : Dead Men Tell No Tales (2017) Review & Sinopsis

Assalammualaikum uols !

Khamis lepas tanpa diduga dan dirancang, Ju dan suami ke Growball Centre Point untuk menonton filem Pirates of Caribbean yang merupakan siri ke 5 untuk filem ini. Ditayangkan di seluruh Malaysia pada 25 Mei 2017. Sesuai untuk tontonan semua lapisan umur dengan bengenrekan fantasi dan aksi ini berdurasi selama 2 jam dan 30 minit.

Diedarkan oleh syarikat produksi Walt Disney Studios Motion Pictures, pembikinan filem ini melibatkan kos sebanyak 230 juta USD. Fuhh !!! Banyak kan ?? sudah tentu berbaloi untuk ditonton dengan kos sebegitu untuk dilaburkan. Filem arahan Joachim Ronning dan Espern Sandberg ini masih mengekalkan beberapa barisan pelakon dari sebelumnya iaitu Johny Deep, Orlando Bloom, Keira Knightkly, Kevin McNally, Geoffrey Rush manakala bagi pelakon baru dalam menjayakan siri terbaru ini ialah Javier Bardem, Brenton Thwaites dan Kaya Scodelario.


Pirates of The Caribbean : Dead Men Tell No Tales (2017) Review & Sinopsis || Terpisah kerana sumpahan yang menghantui Turner. Siri kali ini mengisahkan anak kepada Will Turner (Orlando Bloom) dan Elizabeth Swan (Keira Knightly) iaitu Henry Turner berumur 10 tahun yang tekad dan percaya ada jalan lain untuk melepaskan ayahnya,Will Turner dan krew yang terikat dengan sumpahan kapal Flying Dutchman iaitu menerusi tongkat Poseidon yang mana boleh mematahkan semua sumpahan lautan. Will Turner yang enggan anaknya terlalu percaya dengan mitos, menasihatkan agar anaknya membatalkan niatnya.

Seumur hidup Henry diabadikan dengan belajar kesemua mengenai lautan untuk melepaskan ayahnya. 9 tahun kemudian, Henry kini telahpun dewasa dan bekerja dikapal perang Tentera Laut British. Semasa belayar, Henry yang bekerja sebagai pengemudi kapal melihat kapten kapal menukar laluan ke kawasan yang belum dipetakan iaitu Segitiga Bermuda dalam usaha melarikan diri dari serangan kapal musuh. Sedar akan bahaya itu, Henry cuba menghalang tindakan kapten namun gagal. Beliau dikurung sebelum kapten dan krew menemui ajal oleh Kapten Salazar iaitu kapten dan krew mayat hidup yang terkurung di Segitiga Bermuda.

Henry dibiarkan hidup oleh Kapten Salazar untuk menyampaikan berita kepada Jack Sparrow mengenai kewujudan beliau dan krewnya yang menanti masa untuk membalas dendam. Pada masa yang lain, dipaparkan semasa perasmian pembukaan peti simpanan di perkampungan British, Carina Smyth (Kaya Scodelario) yang dituduh sebagai ahli sihir kerana pengetahuannya dalam bidang astronomi melarikan diri dari tahanan penjara bertemu dengan Jack Sparow yang cuba merompak peti besi. Khabar angin yang berleluasa mengenai anak kapal hanyut ditemui di pantai menemukan Carina dengan Henry yang mana dia yakin Henry boleh membantunya mencari tongkat Poseidon untuk mengenali siapa ayah kandungnya. Henry yang juga memiliki niat tersendiri untuk tongkat tersebut, bersetuju untuk bekerjasama dengan meminta bantuan dari Jack Sparrow, lanun yang dipercayai boleh membawa mereka untuk belayar di lautan dalam misi mencari tongkat Poseidon.

Kerana sikap kaki minum Jack Sparrow, beliau tanpa sengaja mengkhianati kompas mistiknya dengan sebotol rum. Sekaligus melepaskan Kapten Salazar dan krewnya dari Segitiga Bermuda.
Kapten Hector Barbosa (Geoffrey Rush) yang mendengar perkhabaran tersebut mula bertindak untuk bekerjasama dengan Jack Sparrow untuk menyelamatkan hartanya dek kerana lautan kini dikuasai oleh Salazar. Berbekalkan peta Carina menerusi peninggalan ayahnya, mereka menjejak Trident of Poseidon. Dalam perjalanan, mereka dikejar dengan krew Salazar, dimana Henry ditangkap kemudian dirasuk oleh Salazar agar dapat menjejakkan kaki ke tanah untuk membunuh Jack.

Kemuncak jalan cerita ni dimana babak  Trident of Poseidon ditemui oleh Carina namun berjaya dirampas oleh Salazar.





........................................................

Mampukah Jack Sparrow menyelamatkan diri dari dendam Kapten Salazar ? Berjayakah misi Henry untuk menyelamatkan ayahnya dari sumpahan Flying Dutchman ? Bagi korang yang follow cerita ni dari siri 1, korang kena tengok siri 5 ni.

Jalan Cerita : 8/10
Kualiti Filem : 9/10

Jom tonton di panggung berdekatan anda sekarang !

B.E.A.U.T.Y






"Beauty begins the moment you decide to be Yourself"
- Coco Channel - 

Salam 1 Ramadhan 1438H

Jom Makan : Shell Out @ Putri Kitchen

Assalammualaikum uols !

Makan malam keluarga sebelah encik suami Isnin lepas membawa kami ke Putri Kitchen, Cybercity. Restoran ni memang sangat fofular sekitar pembukaannya tahun lepas. Tapi sepanjang viral tu Ju tak pernah berpeluang pergi sampai lah ke malam ni. Alhamdulilah rezeki, semoga yang berkongsi rezeki sentiasa dalam redha Allah swt selalu, amin.


Dan pada masa tu jugak. (tahun lepas) rasanya sangat-sangat viral dengan musim shell out.Yang mana juga merupakan tarikan utama Putri Kitchen ni. Tapi, korang yang taknak makan shell out, jangan susah hati, dekat Putri Kitchen ni pun ada disediakan Steamboat atau makanan bergoreng yang lain. See, menu yang Ju kongsikan dibawah ni !




             

Menu Minuman/Makanan Bergoreng yang ditawarkan




Menu Shell Out per Pakej



Menu pelbagai kan ?? So tak susah korang nak pikir makan apa untuk family atau kawan-kawan  bila stay dekat Putri Kitchen ni. Kebetulan malam kami ke sana tak ramai pengujung, jadi mudah nak dapat tempat duduk sebab kami terdiri dari 15 dewasa, 7 kanak-kanak bawah 12 tahun dan 2 bayi bawah 10 bulan. Haa. ramaikan ahli keluarga en suami ! Bila tak ramai pengunjung, satu kelebihan lagi pesanan cepat siap. Lebih kurang 20-25minit lepas order, kami dah dapat menu yang dipesan.

Jom Makan : Shell Out @ Putri Kitchen || Yang taktahu, Ju nak bagitau dekat sini. Putri Kitchen yang terletak di Cybercity ni merupakan cawangan ketiga Putri Kitchen di Kota Kinabalu. Satu berada di Alamesra dan kedua di Harbour City, Sembulan. Sepanjang pemerhatian Ju dekat sini, sangat selesa nak bawa keluarga besar sebab tempat duduk disediakan di dalam dan juga diluar restoran. Pengunjung boleh pilih ikut keselesaan masing-masing. Bagi kami yang datang dengan ahli yang ramai, tentulah pilih untuk berada diluar restoran. 



Putri Kitchen Chili's Crab House, Cybercity, Kepayan


Suasana tempat duduk dalam


Suasana tempat duduk luar

.................


Dessert/Pencuci Mulut
Selain daripada menu berat, Putri Kitchen turut menyediakan dessert atau pencuci mulut kepada pengunjung. Harga dikira per slice untuk kek dan bagi buah-buahan, Ju tak pasti sebab tak nampak harga. Nak tanya staff, kebetulan sibuk layan pelanggan yang tengah bayar dan membersihkan meja



Pencuci mulut yang disediakan


Menu kek dan buah-buahan untuk dessert




................


Steamboat
Haa untuk steamboat pula, Putri Kitchen mengenakan harga RM 28 untuk dewasa, RM 15 untuk kanak-kanak dan percuma untuk 5 tahun ke bawah. Menu steamboat terdiri dari makanan laut fresh diletakkan di petisejuk beku seperti dalam gambar yang Ju kongsikan dibawah ni. Menggunakan trademark "Makan sampai puas" memang sesuai lah Ju lihat dengan hidangan steamboat pelbagai pilihan yang disediakan oleh pihak Putri Kitchen untuk pengunjung.



Harga Steamboat untuk seorang mengikut umur

Barisan hidangan Steamboat


Petisejuk beku disediakan untuk mengekalkan kesegaran makanan laut 




.................


Shell Out
Untuk makan malam, tentu lah Shell out menjadi pilihan. Untuk pesanan menu, sepenuhnya dipesan oleh kakak ipar. Dan bila sampai menu, nampak shell out menu 3 jenis makanan laut dalam satu masakan iaitu udang, kerang dan ketam. Bestnya Ju rasa bila makan tu kena hidangkan daun pisang, dah lama tak makan beralaskan daun pisang 😁 Untuk harga shell out ni disediakan dalam 5 pakej dengan berlainan harga mengikut kuantiti hidangan (termasuk minuman) iaitu


  • Personal pack (1 - 2 orang) RM 40
  • Small Pack (2 - 4 orang) RM 80
  • Medium Pack (5 - 7 orang) RM 160
  • Large Pack (7 - 9 orang) RM 250
  • Family Pack (9-12 orang) RM 350


Suasana tempat duduk keluarga kami😎

Masa menjamu selera

Shell out menu : Udang + ketam + kerang






Masa Operasi Putri Kitchen ni bermula dari jam 11 pagi sehingga jam 11 malam. Buka setiap hari kecuali bulan Ramadhan beroperasi sebelah malam sahaja. Ju tak pasti anggaran berapa bajet makan malam ni sebab ditaja sepenuhnya oleh abang encik suami. Semoga dimurahkan rezeki selalu, amin. Sekiranya korang ingin intai lebih info, bole rujuk lokasi dan pages dorang dekat bawah ni 



Kredit Google Map untuk rujukan lokasi Putri Kitchen Cybercity


Instagram : @PutriKitchen
Facebook : Putri Kitchen

Gerbang Percutian Menarik di Port Dickson, Negeri Sembilan

Assalammualaikum uols !

Sejak dua menjak ni perasaan nak bercuti tu memang Ju tak dapat nak halang. Sikit-sikit mengintai pakcik Google lokasi percutian untuk berdua. Rancangan dan lokasi sentiasa Ju update bila nampak tempat yang menarik untuk dikunjungi. Lagi-lagi untuk memudahkan encik suami bersetuju memilih lokasi tersebut bersesuaian dengan budget kami dan permohonan cuti beliau kelak. Pendek kata, sediakan proposal sebelum hadap suami dengan rancangan gila-gila Ju ni😃 

Belek punya belek, Ju terbaca mengenai percutian menarik dengan tawaran keindahan pantai di Port Dickson, Negeri Sembilan. Siapa tak suka pantai ?? Non uols ! semua suka apatah lagi dengan suasana yang bersih tentulah Port Dickson salah satu daripadanya. Port Dickson merupakan sebuah bandar pantai dan daerah di Negeri Sembilan yang terletak di tepi pinggir laut dimana suatu ketika dahulu ia berperanan sebagai pusat pelabuhan untuk import dan eksport minyakbijih timaharang dan lain-lain keperluan. Amboi, belajar sejarah pulak kan ! 😂

Gerbang Percutian Menarik di Port Dickson, Negeri Sembilan || Port Dickson ni merupakan kawasan kedua terkecil di Negeri Sembilan tau. Series Ju tak tahu sebelum ni. Keindahan pemandangan pantai yang bersih ditawarkan kepada pengunjung di Port Dickson dimana lokasi pantai terletak tidak terlalu jauh dari pusat bandar dan ia sering menjadi tumpuan orang ramai untuk beristirehat, berkelah, berenang dan sebagainya. Antara pantai tersebut seperti Teluk Kemang, Blue Lagoon dan Cape Rachado.



Image result for teluk kemang port dickson
Kredit Google Image : Pantai Teluk Kemang, Port Dickosn

the_blue_lagoon-negeri_sembilan-travel_package-e1334812330173
Kredit Google Image : Blue Lagoon, Port Dickson


Image result for cape rachado port dickson
Kredit Google Image : Cape Rachado

Cape-Rachado
Kredit Google Image : Lighthouse di Cape Rachado

Cantik kan ??? Peuww. Memang lokasi sesuai untuk kaki tangan selfie macam Ju ni 😁 ni baru tengok gambar dah rasa nak melompat, taktahu lagi kalau dah jejak kaki dekat sana. Confirm taknak balik kot 😂
Di sekitar Port Dickson ni terdapat banyak tempat yang menarik tau. Jadi, tak salahlah kalau korang datang ke sini untuk bercuti sebab dekat sini tempat yang sangat sesuai untuk korang tenangkan minda, lupakan kesibukan kerjaya masing-masing.

Disebabkan itu, Ju pilih Port Dickson sebagai salah satu tempat untuk Ju up dalam list percutian kami nanti. Kalau dah plan cuti tu mesti lah kita akan cari tempat untuk bermalam kan. Dekat sini korang tak perlu risau nak stay dekat mana sebab sekitar Port Dickson ni banyak sangat hotel yang boleh kita pilih. Yalaa lain orang lain citarasa kan. So, Ju nak share lah dengan korang antara hotel yang boleh korang stay untuk cuti korang nanti. Mesti korang nak tahu kan?? Rajin baca bebelan Ju ni sampai habis ok 😂


Antara hotel yang extravaganza awesome dimana korang boleh senaraikan dalam list korang dan Ju sendiri ialah
  • Avillion Port Dickson. Hotel ini direka khas seperti sebuah perkampungan nelayan tradisional Melayu. Tambahan pula, resort mewah ini menawarkan bilik-bilik yang dibina di atas kaki bajang di atas laut. Nampak tak kelainan hotel ni ?? So for those yang suka keindahan pantai korang boleh lah pilih hotel ini sebagai tempat untuk menginap. Bukan itu sahaja, setiap bilik mempunyai balkoni peribadi dengan pemandangan Selat Melaka yang sangat indah tau, perghhh!! Tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata view nya. Lokasi hotel ini terletak di sepanjang Pantai Port Dickson dimana resort ini berada 1 jam kalau korang memandu dari Bandar Kuala Lumpur.

Hotel yang seterusnya ialah
  • Ancasa Hotel Residence Port Dickson dimana jarak 1 jam  pemanduan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Penginapan ini terletak kira-kira 2 minit berjalan kaki dari pantai. See ! dekat sangat dengan pantai so korang tak perlu la bimbang nak ke pantai. Jalan kaki jer u ollss ! Suite-suite yang di sediakan di sini sangat selesa dengan bahagian dalaman yang luas serta dilengkapi dengan kelengkapan perabot Asia yang moden. Setiap bilik mempunyai balkoni peribadi, ruang tamu dan dapur kecil so boleh la korang masak dalam hotel nI. Masak simple je tau. Jangan masak untuk buat kenduri pulakk!! 😂

Hotel Grand Lexis Port Dickson juga boleh menjadi salah satu daripada senarai hotel yang anda pilih dimana Grand Lexis menawarkan Vila yang berinspirasikan Bali. Ia juga menawarkan pemandangan laut yang sangat cantik dari dalam bilik. Setiap vila yang disediakan di sini mempunyai kolam renang peribadi dan taman. Malah terdapat juga beberapa vila yang menawarkan panel berkaca yang menawarkan pemandangan bawah laut, FUH ! mesti korang tak dapat bayangkan kan ?? Ju pun tak dapat nak bayangkan keindahan pemandangan bawah laut ni, kena stay dekat sini dulu baru la kita tau kan. Sebenarnya banyak lagi tau hotel yang menarik yang terdapat di sekitar Port Dickson ni..So, apa korang tunggu lagi! Jom la search best hotels in Port Dickson sekarang!! Jangan tunggu lagi ! 😍


Giveaway RM1000 Shopping Credit SGshop Malaysia By Lokmanamirul

Assalammualaikum uols !


 Klik Banner tau
Klik Banner tau 💕


Tertarik mata jatuh ke hati bila nampak Giveaway RM1000 Shopping Credit SGSHOP Malaysia anjuran Lokman Amirul ni. Maka dengan itu Ju menjoinkan diri dan Ju sarankan korang pun join juga sebab pihak penganjur mencari 10 Pemenang bertuah untuk memenangi RM 100 yang akan dikreditkan kepada korang tau.


Apa tu SGSHOP Malaysia ? Merupakan agent Taobao yang berpusat di Singapura dan memiliki cawangan di Johor, Malaysia. Sangat dikenali ramai oleh kaki shopping khususnya, dengan harga yang super duper murah tau. Macam-macam barang korang boleh dapat dengan RM 100 tu. Manalah tahu rezeki korang dapat kredit RM100 tu. Haa boleh shopping sakan dekat SGSHOP. 

Giveaway RM1000 Shopping Credit SGshop Malaysia By Lokmanamirul || Jika Ju terpilih ?? Ju akan manfaatkan sepenuhnya RM 100 tu untuk beli barang-barang rumah yang bersesuaian memandangkan Ju akan berpindah ke rumah baharu. Tadi dah intai-intai barangan rumah dekat seksyen Home & Garden SGSHOP Malaysia apps tau. Series memang harga dia murah-murah gila ! fuhh. Ni Ju sertakan dekat bawah antara barang yang Ju nak beli jika bertuah dapat RM 100 tu dan sekaligus buat korang percaya harga dia memang ekonomik habis. Dengan RM 100 tu, percayala macam-macam barang boleh dapat.



          

Dining Table Cloth (Size 6by + 110x160cloth pad 6) : RM 48.61



                

Beijing Cassia Seed Pillow Buckwheat (Sleep Pillow): RM 8.19 x 4




     

Carpet Custom Modern Household Bedroom/Living Room (63cm x Long 160cm wide) : RM 13.19



Jumlah RM 94.56 Jimat kan ? Bukan sahaja harga murah tapi pelbagai pilihan saiz dan warna juga diberikan kepada korang untuk produk tertentu, bestnya ! Dengan RM 100, Ju dapat 3 jenis barang dari SGSHOP Malaysia tau ! Jom join giveaway ni dan RM 100 mungkin milik korang ! Ju dah register dengan SGSHOP Malaysia (Username : Junzie) 

Tunggu apa lagi ? Jom join sekali 💕

C.O.N.F.I.D.E.N.C.E

Assalammualaikum uols !




"The BEST way to gain self-confidence is to do what you are afraid to do"

by Unknown

Say "YES" to the Dress Atlanta @ Saluran Astro (702 Diva)

Assalammualaikum uols !

Pengguna Astro ? Yep Ju salah satu antara pengguna Astro dan saluran paling Ju minat ialah 702 Diva yang mana memaparkan pelbagai rancangan menarik kepada penonton. Antaranya ialah tayangan Say "YES" to the Dress iaitu  saluran dari TLC bermaksud rangkaian Amerika Syarikat yang dimiliki oleh Discovery Telecommunications. Dipaparkan dari pelbagai lokasi seperti Brooklyn, Canada dan lain-lain. Ju sangat minat dengan Say "YES" to the Dress Atlanta.

Syarikat Bridal by Lori merupakan butik pengantin terbesar di Atlanta, sekaligus menjadikannya pilihan dalam menjayakan program ini dalam merakam detik-detik bakal pengantin, dilema serta drama keluarga memilih baju idaman untuk digunakan semasa hari perkahwinan.

Say "YES" to the Dress Atlanta @ Saluran Astro (702 Diva) || Menampilkan pemilik butik Bridal by Lori sendiri iaitu Lori Burn Allens bersama perunding imej, Monte Durham, melayan pelanggan diikuti dengan drama dijangka mahupun tidak dijangka dari pelanggan yang hadir untuk mendapatkan gaun idaman di butik Bridal by Lori. Apa yang Ju suka bila tengok program ni ialah saat gembira dan sedih dikongsikan bakal pengantin yang hadir serta konflik dalam memilih baju pengantin yang biasanya dimonopoli oleh ahli keluarga berbanding pilihan dari bakal pengantin itu sendiri.

Bila masuk konflik tu, mesti Lori dan Monte cuba untuk mengetengahkan betapa penting bakal pengantin harus mendapatkan pilihan mereka sendiri. Lori dan Monte mahupun staff di Bridal by Lori sangat mengetengahkan pilihan akhir baju harus lahir dari hati bakal pengantin tersebut. Kelihatan di sana, pemilik butik sendiri mahu yang terbaik bagi pelanggan mereka  dalam merealisasikan hari bahagia bakal pengantin.

Gaun mengikut bajet turut disediakan oleh butik Bridal by Lori bagi memudahkan pelanggan mencari baju pilihan mereka mengikut peruntukan masing-masing. Gaun pengantin dari jenis kain chiffon kepada cotton dan lain-lain, dari fesyen tradisional kepada moden, semuanya ada di Bridal by Lori. Kemesraan dan kebijaksanaan Lori, Monte dan staff Bridal by Lori dalam mengurus pelanggan mereka menjadikan sebab utama Ju tidak mahu terlepas untuk tonton rancangan ni.

Bagi korang yang suka tengok rancangan berdasarkan live drama, korang perlu jadikan rancangan ni wajib tonton tau 😃 Waktu rancangan program ni korang boleh rujuk Jadual Rancangan Astro 702 Diva


Image result for say yes to the dress atlanta logo
Kredit : Google Image

Jom Makan : Alamy Cafe @ Nasi Pandan Ayamli

Assalammualaikum uols !

Meet up yang tidak dirancang Jumaat lepas untuk stay out dengan Blogger Unni Anje dan Blogger Eca membawa kami menyelusuri Cowboy Town atau Sabandar Leisure Rides, Tuaran yang pernah Ju kongsikan sebelum ini. Dimana kali pertama bagi mereka berdua dan sebaliknya pula dengan Ju. Hampir setengah hari diperuntukkan disana, kami  menghabiskan baki masa yang ada dengan lunch bersama di Alamy cafe terletak di Alamesra Plaza Permai, Kota Kinabalu.

Alamy Cafe @ Nasi Pandan Ayamli ||Bagi korang yang mencari lokasi makan tengahari dengan harga murah dan sedap, Ju sarankan korang singgah di Alamy Cafe. Beroperasi dari jam 10 pagi sehingga 5.30 petang dan buka setiap hari Isnin hingga Jumaat, hidangan menu utama Nasi Pandan Ayamli sememangnya antara pilihan terbaik dikalangan pengunjung.

Selain daripada Nasi Pandan Ayamli, korang juga boleh dapatkan side order menu iaitu Tuhau, Hinava dan Bosou. 100% buatan handmade pemilik Alamy Cafe. Taknak makan heavy ? ada juga menu tanpa nasi iaitu set 2 pcs Ayamli chicken with Fries.


Suasana santai Alamy Cafe

Kaunter 

Nasi Pandan Ayamli fresh dan panas dihidangkan kepada pengunjung

Bersama Blogger Sabah : Unni Anje & Eca

Bersama pemilik Alamy Cafe : Cik Amy (hujung dari kanan)


Set Nasi Pandan Ayamli : RM 6

Pilhan Menu side order

Side order menu : Tuhau Rm 2.50

Side order menu : Bosou Rm 3.00

Side order menu : Hinava Rm 2.50

Highly recommended ! 

Senarai harga menu : Ekonomik kan ! 


Menariknya Alamy Cafe ni turut menyediakan perkhidmatan penghantaran atau COD lunch dan dinner kepada korang yang tiada kenderaan atau masa yang terhad untuk keluar. Malah,
perkhidmatan katering untuk majlis jamuan, kenduri kendara, parti ataupun majlis kahwin juga disediakan tau ! Untuk sebarang tempahan dan pertanyaan, korang boleh hubungi terus pihak Alamy Cafe menerusi

Facebook Pages : Alamy Cafe
Instagram : Alamy Cafe (Lunch & Dinner Box)

Bulan Ramadhan yang bakal menjelang ni, Alamy Cafe tutup sepenuhnya pada waktu siang. Namun, pihak Alamy Cafe ada di tapak Bazar Ramadhan UMS dan DownTown Alamesra tau. So, boleh grab Nasi Pandan Ayamli dekat sana sepanjang bulan ramadhan nanti !

Bagi lokasi, korang boleh rujuk Google Mape di bawah ni. Takkan sesat punya memandangkan Alamy Cafe ni berada di kawasan yang mudah untuk ditemui dan senang untuk park kenderaan korang.


Kredit Google Map untuk rujukan lokasi Alamy Cafe

SEGMEN PENCARIAN BLOGLIST BY OMBAK BERGIGI

Bismillahirrahmanirrahim



Klik Banner & Join bjemaah uols !💕

Giveaway Time By Aishah Badrulhisham

Bismillahirrahmanirrahim




Klik Banner & Join bjemaah uols ! 💕