Breaking

13 Apr 2017

Tips Hiking Jangka Pendek untuk Pendaki Baru

Assalammualaikum uols !

Memandangkan hujung minggu ni Ju terlibat dengan satu aktiviti hiking jangka pendek yang mana pertama kali bagi Ju untuk tahun ni, beberapa persediaan Ju perlu lakukan sebelum hari tersebut tiba. Sekiranya korang berniat untuk mendaki dan juga baru dalam aktiviti hiking ni, jom baca tips di bawah

Tips Hiking Jangka Pendek untuk Pendaki Baru || Hiking atau mendaki ini ialah satu aktiviti lasak yang kini menjadi pilihan dikalangan masyarakat kita untuk menguji daya tahan badan selain dari aktiviti senaman biasa yang kita buat. Sama ada korang mendaki bukit atau gunung, kedua-dua nya juga merupakan cabaran yang memerlukan persediaan yang cukup dari segi keperluan fizikal dan mental.

Pendakian jangka pendek ? Jom semak senarai barang dibawah :

  • Pakaian (Baju T dan seluar tracksuit panjang) jenis sintetik dicadangkan, mudah menyerap peluh dan pilihan warna dicadangkan ialah warna cerah
  • Kasut yang bersesuaian dengan trek tempat mendaki untuk keselesaan kaki dan mengelakkan kaki anda dari mengelecet atau tergelincir sekaligus melindungi kaki anda dari binatang bisa
  • Beg galas berukuran 35L-50L (contoh : size beg budak sekolah)
  • Air mineral atau air isotonik yang cukup
  • Lampu suluh penting untuk dibawa sekiranya masa pendakian anda pada awal pagi atau sesudah petang
  • Alat perubatan yang mudah dibawa seperti plaster/minyak angin/Knee guard
  • Makanan yang mudah dibawa seperti snek untuk pendakian jangka pendek
  • Wisel untuk kecemasan sekiranya terpisah dari kumpulan anda dan telefon anda tiada rangkaian talian dikawasan mendaki 
  • Topi jika perlu
Persediaan ini lebih fokus kepada pendakian jangka pendek seperti mendaki bukit.
Paling penting Ju ingin kongsikan, kena tahu keadaan dan kedudukan geografi tempat kita nak daki tu dan kita juga kena maklumkan dengan keluarga atau kawan-kawan terdekat mengenai aktiviti kita agar mereka tidak mudah panik sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini. Lokasi hiking yang Ju pergi? Insyallah nanti Ju kongsi eah😉

Image result for hiking
Kredit : Google Image

No comments:

Post a Comment