8 Apr 2017

The Baby Boss Review & Sinopsis

Assalammualaikum uols !

Filem animasi pertama Ju review kali ni merupakan terbitan Dreamwork Animation. Mula di tayangkan pada 30 Mac lepas di seluruh Malaysia dan Ju berpeluang menonton filem ni atas pilihan Bff Emas Putih beberapa hari lepas.

Berdurasi selama 1 jam 37 minit dan filem ini diklafikasikan P13 serta bergenrekan animasi, sesuai ditonton oleh semua peringkat umur.

The Boss Baby Review & Sinopsis || Tim seorang kanak-kanak berasal dari keluarga kecil yang bahagia disamping ibunya Janice dan ayah, Ted. Kedua ibu bapa Tim bekerja di syarikat haiwan iaitu Puppy Co. Sebagai kanak-kanak yang lincah dan aktif, Tim mengharapkan mereka hanya bertiga sehingga ke akhir hayat. Namun impian Tim musnah apabila suatu hari keluarga kecil mereka menerima kehadiran seorang bayi yang tiba dengan teksi di hadapan rumah lengkap berpakaian sut. Terkejut dengan kehadiran bayi berkenaan, ibu dan ayah Tim memperkenalkan kepada Tim bahawasanya bayi berkenaan ialah adik barunya.

Tim mula rasa ingin memberontak kerana perhatian kedua ibu bapa hanya dengan adik kecilnya. Tiada lagi pelukan, lagu atau cerita sebelum tidur terhadapnya. Namun, segalanya terbongkar apabila Tim mendapat tahu adik kecilnya berupaya berkomunikasi seperti orang dewasa apabila suatu malam Tim mendengar perbualan telefon adik kecilnya dibilik. Terkejut dengan penemuan itu, adik kecil Tim menggelar dirinya sebagai The Boss Baby. Tim mula mengambil peluang untuk menyingkirkan The Boss Baby dari keluarga kecilnya untuk menebus semula perhatian sepenuuhnya dari kedua ibu bapanya.

Enggan rahsianya terbongkar, The Boss Baby menjelaskan kedatanganya dalam keluarga Tim adalah kerana misi untuk membongkar  kegiatan yang dilakukan dalam Puppy Co. The Boss Baby ditugaskan untuk mencari maklumat mengenai Puppy Co. dengan masuk dalam keluarga pekerja syarikat berkenaan. Peratusan komuniti yang lebih menyukai anak anjing daripada bayi menyebabkan penurunan mendadak terhadap syarikat Baby Corp dimana The Boss Baby bekerja. "Rahsia Formula Bayi" yang diminum oleh TheBoss Baby juga adalah cara untuk beliau mengekalkan fizikal bayi dengan berfikiran seperti orang dewasa. Tanpa formula tersebut, The Boss Baby akan bertukar kepada perwatakan bayi sepenuhnya.

Tim dan The Boss Baby mula bersepakat dan Tim berjanji akan membantu The Boss Baby dengan syarat The Boss Baby akan meninggalkan keluarga Tim sesudah selesai memperoleh bukti terhadap kegiatan Puppy Co. Sepanjang misi tersebut, Tim dan The Boss Baby berkongsi saat gembira bersama sebagai adik beradik yang bahagia kononnya untuk mengaburi mata kedua ibu bapa mereka.

Bertemu dengan majikan Puppy Co, Mr Francis, semasa hari membawa anak ke tempat kerja, Tim dan The Boss Baby mendapat tahu niat Mr Francis sebenarnya untuk melepaskan rekaan terbaru mereka iaitu anak anjing yang hidup selama-lamanya adalah untuk memusnahkan Baby Corp. Kecewa dengan tindakan atasan Baby Corp yang membuang Mr Francis membuatkan beliau nekad untuk membalas dendam. Ibu bapa Tim dibawa ke Vegas untuk hari perasmian manakala Tim dan The Boss Baby ditahan dirumah mereka sendiri dibawah kawalan penjaga Mr Francis.

Cubaan melepaskan diri berjaya sekaligus membawa Tim dan The Boss Babu ke Vegas untuk menyelamatkan kedua orang tua Tim. Setibanya disana, Mr Francis bertindak mengurung Janice dan Ted.

Image result for the baby boss
kredit : Google Image

Image result for the baby boss
kredit : Google Image

Berjayakah misi Tim menyelamatkan ibu bapanya ? Dapatkah The Boss Baby menumpaskan usaha Mr Francis untuk menyebarkan kasih sayang komuniti terhadap anak anjing berbanding bayi ?

....................................................

Jom ke panggung terdekat anda sekarang !
Ju bagi 6/10 bintang. Sesuai untuk ditonton bersama keluarga 💕
Location: Sabah, Malaysia

0 comments:

Post a Comment