Restoran Asam Pedas JR @ Melaka

Assalammualaikum uols !

Masa yang terhad untuk melawat di sekitar Melaka sempena BFF short trip 2017 pada hari pertama percutian baru ni membawa kami untuk mencuba menu di Restoran Asam Pedas JR yang terletak berseberang jalan dengan Menara Taming Sari.

Pelbagai menu disediakan dengan berasaskn makanan laut bermula dari harga Rm5 sepinggan untuk lauk pauk. Bila lihat kepelbagaian menu, terasa penat meronda sekitar bandar bersejarah Melaka berbaloi. Tiada gambar diambil semasa kami menjamu selera kerana kepenatan yang tidak dapat dibayangkan dengan kata-kata, bila menu pilihan dihidangkan kami tidak mengambil masa yang lama untuk memenuhkan perut yang kosong๐Ÿ˜…

Restoran Asam Pedas JR @ Melaka || Menarik perhatian kami bagi lauk berkuah, lauk tersebut diasingkan kemudian jika pelanggan meminta menu lauk kuah, kuah akan dipanaskan dengan lauk yang kita pilih sebelum diberi kepada pelanggan. Jadi kita akan dapat lauk yang fresh panas bersesuaian dengan nasi yang dihidangkan.

Menu yang kami pilih ialah asam pedas pari, pari bakar, sayur campur bertumis sotong (4 pinggan nasi putih). Manakala bagi minuman pula ialah Milo dan lemon ais. 

Jumlah kos makanan : Rm 58.60 untuk 3 orang dewasa dan 2 kanak-kanak

Jika anda berkunjung ke Melaka, restoran ini harus anda singgah untuk merasa sendiri keenakan menu hasil laut yang ditawarkan.










Lokasi : Newton Culture Food Village, Jalan Merdeka, Bandar Hilir Melaka
Waktu operasi : 11 pagi - 11 malam

4 comments

  1. Harga dah kira ok dah tu untuk 5 orang ๐Ÿ˜„

    ReplyDelete
  2. Seperti ini, ia kelihatan sangat lazat, saya percaya harga akan menjadi sangat memuaskan, terima kasih untuk berkongsi

    Xx

    Missy Dress

    ReplyDelete