Breaking

5 Apr 2017

Menarik di Kota Kinabalu : Sungai Tagal Dolungan Sumbiling, Kimanis

Assalammualaikum uols !!

Pejam celik dah masuk April 2017. Ju masih tak boleh move on lagi cuti dengan keluarga yang lepas. Masih berbaki entri terakhir untuk di kongsikan dengan korang semua lokasi yang Ju pergi dengan keluarga๐Ÿ˜„

Tagal ialah satu sistem yang diperkenalkan oleh Jabatan Perikanan, Sabah bagi mengawal penangkapan ikan di sungai khususnya sekaligus memelihara ekosistem hidupan sungai dalam tempoh yang dipersetujui. Sistem tagal kebanyakannya dipraktikkan di sekitar perkampungan yang memiliki aluran sungai dan apa yang menarik mengenai tagal ialah penduduk kampung sendiri yang menguatkuasakan peraturannya.


Sungai Tagal Dolungan Sumbiling, Kimanis || Salah satu sungai di Sabah yang telah ditagalkan oleh penduduk kampung Kinolosodon Ulu Kimanis manakala Dolungan Sumbiling adalah nama yang di berikan kepada sungai tersebut. Menjadi trending di laman sosial Facebook di awal pembukaannya kepada pengunjung sekitar Oktober 2016 sehingga kini khususnya kepada penduduk tempatan sekitar Kota Kinabalu. Memandangkan kami tidak pernah melangkah kaki ke kawasan ini, Ju sekeluarga memanfaatkan sepenuhnya penggunaan Google Map๐Ÿ˜Ž


Terletak 53.5 kilometer dari pusat bandar Kota Kinabalu dengan memakan masa selama 1 jam 15 minit perjalanan (bergantung keadaan jalan raya) kami tiba di Sungai Tagal Dolungan Sumbiling sekitar jam 11.30 pagi pada 26 Mac lepas.

Apa yang perlu anda tahu mengenai Sungai Tagal Dolungan Sumbiling ialah :

Waktu Operasi :
Buka setiap hari kepada pengunjung

  • Isnin - Sabtu (08:30 pagi sehingga 04:30 petang)
  • Ahad (08:30 pagi sehingga 03:30 petang)
  • Tutup sekiranya air sungai deras atau hujan

Yuran Masuk Pengunjung :

Warganegara 
  • Dewasa (13 tahun ke atas) RM 3
  • Kanak-Kanak (10 - 12 tahun) RM 1
  • Kanak-kanak bawah 10 tahun PERCUMA

Bukan Warganegara

  • Dewasa (13 tahun ke atas) RM 5
  • Kanak-Kanak (10 - 12 tahun) RM 3
  • Kanak-kanak bawah 10 tahun PERCUMA

Yuran bagi kemudahan lain seperti :
  • Pelampung RM 3
  • Makanan ikan RM 2 untuk 1 pek


Berbaris ke kaunter Pendaftaran

Kami diberi taklimat untuk langkah keselamatan

Pintu Masuk 

(i)Kemudahan yang disediakan - Pondok dan BBQ

(ii)Kemudahan yang disediakan - Pondok Rehat

(iii)Laluan ke sungai

(iv)Sekitar pemandangan di laluan sungai 

(v)Bahagian sungai yang ditagalkan

(vi)Bahagian sungai yang ditagalkan

(vii)Bahagiam sungai untuk mandi

(viii)Pemandangan sekitar kawasan sungai

(x)Pemandangan sekitar pondok rehat

(xi)Kemudahan tandas dan pelampung kecemasan

(xii)Pemandangan kawasan pondok rehat

Menariknya di sini, sungai tagal Dolungan Sumbiling di bahagikan kepada 3 bahagian iaitu kawasan kanan sungai (atas) untuk dewasa, tengah bagi kawasan ikan dan di larang untuk mandi manakala bahagian hujung sungai khas untuk kanak-kanak kerana keadaan sungai yang cetek namun masih perlu untuk ibu bapa memantau aktiviti anak-anak bagi mengelakkan hal yang tidak diingini.

Ju rekomen kepada anda yang tercari-cari kawasan baru untuk bawa keluarga beriadah khususnya jika anda berada di Kota Kinabalu. Ju kongsikan juga di sini laman sosial Sungai Tagal Dolungan untuk pelbagai info terkini dan lokasi tempat beriadah berkenaan.


Jom baca ini juga :

No comments:

Post a Comment