Saturday, 1 April 2017

Menarik di Kota Kinabalu : Sabandar Leisure Ride, Tuaran

Asslammualaikum uols !

Kali kedua berkunjung ke sini bersama keluarga sebelah Mr.H, sebelum ini Ju hanya datang berdua dengan Mr H meninjau kawasan๐Ÿ˜ Tuaran semenang nya terkenal dengan kuda apatah lagi dengan adanya trek lumba kuda Tambalang, Tuaran yang bertaraf antarabangsa menjadi tarikan bagi para peminat kuda. Dengan kewujudan Sabandar Leisure Ride, menambahkan lagi tarikan untuk pengunjung singgah ke Tuaran.

Sabandar Leisure Ride, Tuaran || Merupakan kawasan baru di bangunkan dan di buka kepada pengunjung sekitar bulan September 2016. Terletak 34 km dari pusat bandar Kota Kinabalu, perjalanan memakan masa 1 jam 30 minit paling lewat mengikut keadaan jalan lalu lintas.

Menjadi viral di kalangan penduduk tempatan dan pelancong serta media sosial di awal pembukaan, facebook umumnya kerana tema koboi yang diketengahkan oleh pihak pemaju Sabandar Leisure Ride bersesuaian dengan tema "Let's ride like a cowboy" dan setakat kunjungan Ju kali kedua ke sini, tiada cas masuk di kenakan kepada pengunjung sehingga notis dikeluarkan.

Jika anda berminat untuk menunggang kuda di kawasan trek yang di sediakan, anda perlu tahu beberapa info di bawah seperti

Waktu operasi :
Buka setiap hari dan 2 sesi masa di sediakan kepada pengunjung iaitu

  • Sesi pagi (8 pagi - 11 pagi)
  • Sesi petang (2 petang - 6 petang)

Cas untuk menunggang kuda :
  • Dalam kawasan trek (RM 15 Seorang) harga sama bagi warganegara dan bukan warganegara
  • Luar kawasan trek (Warganegara RM 100 seorang / Bukan Warganegara RM 120 seorang) 
  • Tiada harga pakej dikeluarkan setakat ini

Lain-lain :
  • Setiap hari Rabu di khaskan bagi anda yang menempah untuk aktiviti photoshoot tepi pantai bersama kuda atau dalam trek yang di sediakan. 
  • Mangrove Park iaitu laluan di sepanjang kawasan bakau di naik taraf oleh pihak Sabandar Leisure Ride kepada pengunjung. 


Pintu Utama Sabandar Leisure Rides, Tuaran 

Kaunter Tiket 

(i) Tandas Awam & Cafe

(ii) Horse cart & Cafe - Jarak dekat

(iii) Kandang Kuda mengikut nama masing-masing

(iii) Trek Kuda dalam kawasan Sabandar Leisure Rides

Foto Sabandar Leisure RIDES.
Kredit Gambar : Sabandar Leisure Ride Facebook 

Memandangkan Ju sekeluarga datang bukan masa untuk tunggangan kuda, semua kuda ditempatkan di kandang masing-masing sehingga waktu tunggangan di buka sebelah petang iaitu jam 2 hingga 6 petang. Kami meneruskan perjalanan ke Mangrove Park yang juga merupakan tarikan Sabandar Leisure Rides iaitu laluan pejalan kaki pokok bakau. Terdapat restoran dan kedai kraf tangan sepanjang laluan di kawasan Mangrove Park.


Laluan Masuk ke Mangrove Park

(i) Sepanjang laluan di Mangrove Park

(ii) Sepanjang laluan Mangrove Park

Jika anda menyimpan niat untuk ke sini, jangan lupa juga untuk singgah ke pantai Sabandar. Pemandangan yang sangat cantik ๐Ÿ˜ Kemudahan kedai runcit dan gerai makan turut disediakan di sini. Untuk pengetahuan anda, anda boleh menunggang kuda di kawasan pantai Sabandar ini dengan di iringi oleh penunggang terlatih. (Rujuk cas menunggang kuda bagi luar kawasan trek). Ju kongsikan dengan anda lokasi Sabandar Leisure Ride, Tuaran menerusi Google Map sebagai rujukan.





Foto Sabandar Leisure RIDES.
Kredit Gambar : Sabandar Leisure Ride Facebook



Kredit Google Map untuk rujukan lokasi Sabandar Leisure Ride, Tuaran

Nantikan entri Ju berikutnya kunjungan ke Tagal, Kimanis !๐Ÿ’•

Jom baca ini juga :
Menarik di Kota Kinabalu : Sinilou Kibambangan Water Park, Penampang
Copyright © 2015 Junzie || Life is a Beautiful Struggle
| Distributed By Gooyaabi Templates