Breaking

10 Apr 2017

Junzie @ Taylor Hobbs Sport & Social Club : Dart Challenge 2017

Assalammualaikum uols !

Tajuk entri bukan main macam masuk pertandingan kebangsaan Ju rasa πŸ˜… Sabtu lepas Ju terlibat dalam aktiviti sukan dan sosial yang diadakan oleh majikan Ju. Sebelum ni pun Ju tahu mengenai dart melalui entri Blogger Anum Khairil. Tak pernah merancang untuk cuba permainan ni dan kebetulan aktiviti yang dijalankan sesama pekerja ialah permainan dart.

Junzie @ Taylor Hobbs Sport & Social Club : Dart Challenge 2017 || Kelab sukan sesama pekerja ini baru juga ditubuhkan oleh majikan Ju dan pertandingan Dart ialah aktiviti pertama bulan ini bagi kami. Pertubuhan kelab sukan dan sosial ini juga dikenakan yuran bulanan sebanyak RM 10 setiap seorang dan pelbagai aktiviti telah dirancangkan untuk kami sebagai alternatif merapatkan sillaturrahim.

Ju datang ke pertandingan dengan zero pengalaman dan teknik. Niat sepenuhnya hanya ingin memeriahkan sukan dan beramah mesra dengan rakan sekerja lain. Namun sebelum itu, Ju google juga apa yang Ju perlu tahu mengenai Dart 😌

Papan dart kebiasaannya terdapat ruang nombor 1 - 20 merujuk kepada markah untuk bahagian yang berwarna hitam dan putih tanpa sebarang ganda berbanding papan berwarna merah dan hijau.

Cara Pemarkahan Papan Dart
  • Ruang hitam dan putih - markah ikut nombor ruang tersebut
  • Double line (lingkaran pertama/besar) : markah di ganda 2
  • Triple line (lingkaran kedua/kecil) : markah di ganda 3
  • Bull (lingkaran ke 3) : 25 Point
  • Bulleye atau lingakaran tengah : 50 Point



Jenis Papan Dart

Terbahagi kepada dua jenis iaitu "target board" biasa yang dibuat dari papan dan panah dart dari logam ATAU jenis elektronik iaitu "target board" di buat dari plastik begitu juga dengan panah dart.

Seramai 15 kumpulan menyertai pertandingan ini dan setiapnya terdiri dari 3 ahli. Perbezaan pangkat dilupakan, tiada yang diatas mahupun dibawah ketika ini. Masing-masing datang untuk bersuka ria dan melepaskan tekanan kerja😁Selepas sesi penerangan dan latihan singkat, pertandingan dimulakan. 

Banner Sport & Social Club : Dart Challenge 2017




Yeaayy ! Kami team kalah dapat sijil jugaπŸ˜‚

Rasa lebih selamat bila dapat tahu, "target board" yang kami main jenis elektronik.
Tak banyak gambar yang Ju dapat kongsikan sebab Ju balik sekitar jam 9 malam selepas team Ju kalah di pusingan pertama πŸ˜‚ Pertandingan sepenuhnya tamat pada jam 2 pagi.

Aktiviti bulan depan ? Mungkin akan menjejakkan kaki berjemaah ke Kundasang 😍

No comments:

Post a Comment