Junzie Food Review @ D'harz Local Favorites Restaurant

Assalammualaikum uols!

Pertama kali Ju menjejakkan kaki ke Dharz Local Favorites Restaurant ni semalam dengan Mr H dan kali pertama juga Ju review makanan di blog Ju kali ni.

Junzie Food Review @ D'harz Local Favorites Restaurant ||Terletak di Sepangar, Kota Kinabalu. Berseberang jalan dengan kawasan prumahan Ju tinggal, memang rutin akan melalui restoran ni setiap hari.

Malam semalam terdetik hati untuk singgah dan mencuba menu disini. Mudah untuk meletakkan kenderaan kerana lokasi restoran yang beraddi tepi jalan namun tidak menghalang lalu lintas. Melangkah masuk Ju lihat pelanggan boleh dihitung dengan jari dan fikiran Ju mesti servis memesan menu tidak perlu menunggu terlalu lama memandangkan perut masing-masing sudah mula berbunyi ritma pop rock 😎 Pilihan tempat duduk terbahagi kepada dua iaitu di dalam dan di luar restoran. Ju dan Mr H memilih untuk duduk di luar.

Menu yang Ju pilih mengikut permintaan tekak ialah Tom yam Putih Seafood dan Nasi Goreng Daging Pattaya untuk Mr H. Manakala untuk air kami sepakat memilih Lemon Madu.

Sambil menunggu menu yang di pesan Ju memerhatikan kawasan sekitar, nampak nya pemilik restoran juga ada menyediakan khidmat sarapan pandu lalu kepada pengunjung seawal 06:30 pagi setiap hari dan menu yang ditawarkan ialah Nasi lemak khususnya. Sesuai dengan lokasi restoran yang mudah disinggah oleh pelanggan kerana hanya terletak di tepi jalan. Selain itu, restoran ini juga menyediakan menu sate, nasi impit dan pau sekiranya anda ingin mencuba menu yang tidak terlalu berat.



Pintu Masuk

Buku Menu

Lemon Madu untuk minuman

Bahagian luar tempat duduk restoran

TomYam Putih Seafood

Nasi Goreng Daging Pattaya


Setibanya sampai menu yang dipesan, Ju kecewa dengan Tomyam putih Seafood. Rasa tomyam memang ada TETAPI isi hanya terdiri dari fish cake kebanyakannya, 2 ekor anak sotong, 3 ekor udang selebihnya sayur kobis. Mungkin kerana Ju meletakkan harapan yang tinggi terhadap tomyam yang sepatutnya Ju dapat. Sebaliknya pula dengan Nasi Goreng Daging Pattaya Mr H, sangat sedap dan sesuai dengan apa yang diharapkan ! Habis makan walaupun Ju tidak habiskan sepenuhnya, Ju lapor dengan bahagian kaunter restoran mengenai menu tersebut dan Ju hanya berharap pihak restoran membaikpulih menu mereka setanding dengan harga yang dikenakan kepada pelanggan. Adakah Ju akan kembali ke sini selepas insisden semalam ? Tak pasti 😏 Bukan masa terdekat tapi tentu Ju akan singgah lagiπŸ˜‰

Jumlah  : RM 24.00

No comments