Fast & Furious 8 : The Fate of the Furious (2017) Review & Sinopsis

Assalammualaikum uols !

Filem yang paling di tunggu-tunggu bagi peminat Fast & Furious untuk edisi ke 8 ini telah ditayangkan sepenuhnya di seluruh pawagam Malaysia pada 12 April 2017. Diklasifikasikan untuk tontonan 18 tahun ke atas dan berdurasi selama 2 jam 16 minit, Ju dan Mr H menonton wayang ni pada hari pertama tayangannya di Growball Cinema iaitu pada jam 11:30 PM.

Kos sepanjang pembikinan filem ini dianggarkan lebih dari 130 juta USD dan berupaya mengutip keuntungan hampir 400 juta USD untuk edisi ke 8 Fast & Furious. Masih mengekalkan barisan pelakon utama seperti Vin Diesel, Michelle Rodriguez, Tyrese Gibson, Chris Bridges dan pelakon dari Fast & Furious 6/7 iaitu Dwayne Johnson, Jason Statham, Luke Evans, Chris Bridges, Elsa Pataky, Kurt Russel. Manakala pelakon baru yang diterapkan dan sangat menonjol dalam Fast & Furious 8 ini ialah Charliez Theron, Helen Mirren, Scott Eastwood dan Kristofer Hijvu.

Filem arahan F. Gary Gray ini sepenuhnya bergenrekan aksi, jenayah, drama dan thriller.

Fast & Furious 8 : The Fate of the Furious (2017) Review & Sinopsis || Berlatarbelakangkan Cuba, lokasi bulan madu Dom (Vin Diesel) dan Letty (Michelle Rodriguez) tidak lengang dikelilingi dengan komuniti yang obses dengan kenderaan seperti mereka. Di sana Dom bertemu dengan Cipher (Charliez Theron) penggodam paling dikehendaki yang menawarkan Dom untuk bekerja
dengannya atas satu sebab yang mustahil untuk dielakkan oleh Dom. Terikat dengan perkara itu, Dom bersetuju untuk berpaling dari kumpulan dan keluarganya dan mula bergerak solo atas arahan Cipher untuk merampas EMP dari Hobbs (Dwayne Johnson) semasa kumpulan mereka selesai mengambil EMP yang berpangkalan di Cleveland.

Terkejut dengan tindakan Dom bekerjasama dengan Cipher dan Hobbs yang ditahan atas konspirasi merampas EMP, Mr Nobody (Kurt Russel) bersama Scott Eastwood mencadangkan agar kumpulan Hobbs bekerjasama dengan Ian Shaw (Jason Statham) menyelidik punca Dom berpaling tadah sekaligus menyiasat rancangan Chipher menginginkan EMP. Kegiatan Cipher dan krew berpusat di sebuah kapal terbang miliknya, disana Dom ditemukan dengan Elena, seorang kawan dan kekasihnya dalam Fast 6 setelah Letty diumumkan meninggal dunia.

Tej (Chris Bridges) dan Ramsey (Nathalie Emmanuel) cuba mengesan kedudukan Dom melalui God's Eye namun gagal apabila Dom memecah masuk pejabat Mr Nobody dan merampas God's Eye daripada mereka. Kosong tanpa sebarang maklumat untuk menjejak rancangan Cipher, membawa Letty dan kumpulannya ke New York.

Bertemu Dom di sana apabila Dom cuba untuk merampas peti kawalan nuklear dari Menteri Pertahanan Rusia. Kekacauan di bandar berlaku apabila semua kenderaan pacuan automatik digodam untuk menghalang laluan Menteri Pertahanan Rusia. Setelah berjaya mendapatkan peti kawalan nuklear, Dom cuba melarikan diri dari Letty dan kumpulannya yang lain. Kegagalan Dom mengawal Letty dari cuba mempengaruhi emosinya menyebabkan Elena dibunuh sebaik Dom tiba dengan peti kawalan nuklear dikapal milik Cipher.

Dom yang cuba mengawal amarah dan mahu menyelamatkan nyawa yang menjadi taruhan, dia berjanji untuk menyelesaikan kerja yang diberi oleh Cipher sebaik mungkin. Bagi mengaktifkan nuklear, Dom ke Atlanta dimana beradanya kapal selam yang memiliki peluru nuklear tersebut. Seolah dapat membaca rancangan Cipher, Hobbs dan yang lain bergerak ke Atlanta untuk mengagalkan misi Cipher.


Image result for #fast 8
kredit : Google Image

Image result for fast and furious 8 2017 wallpaper
kredit : Google Image

Image result for fast and furious 8 2017 wallpaper
kredit : Google Image

Image result for babak fast and furious 8
kredit : Google Image

Image result for babak fast and furious 8
kredit : Google Image

........................................

Nyawa siapakah yang membuat Dom terikat dengan Cipher ? Adakah Dom kembali ke pangkuan keluarga semula ? Anda peminat Fast & Furious dan peminat filem aksi, wajib tonton filem iniπŸ˜‰


Jalan cerita : 9/10 bintang
Kualiti Filem : 9.5/10 bintang

Jom ke panggung berdekatan anda sekarang !πŸ’•

No comments