29 Apr 2017

Segmen Sweetlicious Bloglist #SugarTreats2017

Bismilahirrahmanirrahim


Klik Banner & Join bjemaah uols !๐Ÿ’•
Tarikh Tamat : 03 Mei 2017

Segmen Mencari Bloglist by Mya

Bismillahirrahmanirrahim



Klik Banner & Join bjemaah uols !๐Ÿ’•
Tarikh Tamat : 26 Mei 2017

28 Apr 2017

Restoran Asam Pedas JR @ Melaka

Assalammualaikum uols !

Masa yang terhad untuk melawat di sekitar Melaka sempena BFF short trip 2017 pada hari pertama percutian baru ni membawa kami untuk mencuba menu di Restoran Asam Pedas JR yang terletak berseberang jalan dengan Menara Taming Sari.

Pelbagai menu disediakan dengan berasaskn makanan laut bermula dari harga Rm5 sepinggan untuk lauk pauk. Bila lihat kepelbagaian menu, terasa penat meronda sekitar bandar bersejarah Melaka berbaloi. Tiada gambar diambil semasa kami menjamu selera kerana kepenatan yang tidak dapat dibayangkan dengan kata-kata, bila menu pilihan dihidangkan kami tidak mengambil masa yang lama untuk memenuhkan perut yang kosong๐Ÿ˜…

Restoran Asam Pedas JR @ Melaka || Menarik perhatian kami bagi lauk berkuah, lauk tersebut diasingkan kemudian jika pelanggan meminta menu lauk kuah, kuah akan dipanaskan dengan lauk yang kita pilih sebelum diberi kepada pelanggan. Jadi kita akan dapat lauk yang fresh panas bersesuaian dengan nasi yang dihidangkan.

Menu yang kami pilih ialah asam pedas pari, pari bakar, sayur campur bertumis sotong (4 pinggan nasi putih). Manakala bagi minuman pula ialah Milo dan lemon ais. 

Jumlah kos makanan : Rm 58.60 untuk 3 orang dewasa dan 2 kanak-kanak

Jika anda berkunjung ke Melaka, restoran ini harus anda singgah untuk merasa sendiri keenakan menu hasil laut yang ditawarkan.










Lokasi : Newton Culture Food Village, Jalan Merdeka, Bandar Hilir Melaka
Waktu operasi : 11 pagi - 11 malam

25 Apr 2017

Klebang Original Coconut Shake @ Melaka

Assalammualaikum uols !

Berpeluang meluangkan masa selama 3 hari 2 malam bersama team BFF Ju, kami tiba di KLIA 2 sekitar jam 08:30 am dari Kota Kinabalu, destinasi pertama yang kami ingin kunjungi bersama ialah Kota A'Famosa yang memakan masa selama dua jam perjalanan berpandukan apps Waze. Blogger Uzu, BFF merangkap tour guide kami sepanjang percutian ni mencadangkan kami singgah ke Klebang Coconut Shake.

Klebang Original Coconut Shake ||Kebetulan kelmarin ialah cuti umum Yang DiPertuan Agong ke 15. Setibanya di Klebang, Ju terkejut dengan barisan pelanggan ! Rasa ingin tahu keistimewaan Klebang Original Coconut Shake ni semakin bertambah-tambah apatah lagi bila Uzu maklumkan Klebang sangat viral dengan Coconut shake ni.

Sambil berbaris dengan Blogger Uzu, Ju sempat membeli Putu Pandan dan Durian untuk alas perut. Tiba giliran kami setelah berbaris hampir 15-20 minit, harga yng disediakan untuk Coconut shake bermula dari Rm 2.20 per cup dengan 4 jenis Coconut Shake, kami pilih yang jenis biasa. Rasa ? Allahuakhbar, tak hairan pengunjung sanggup berbaris panjang. Rasa memang sedap !! Tak manis tapi lebih rasa lemak. Tak pasti untuk coconut shake special yang ditambah dengan aiskrim mungkin lebih berkali ganda rasa sedap coconut shake ni. Rasa berbaloi untuk berjemur bawah panas terik bila dapat Coconut shake sesedap ini❤

Klebang Original Coconut Shake

Berbaris untuk Coconut shake viral
Testing Pulut Pandan❤


No caption can describe the taste๐Ÿ˜❤

24 Apr 2017

P.A.T.I.E.N.CE

No comments    
categories: 
Assalammualaikum uols !



Image result for islamic quotes tumblr


Stay Gorgoues, its Monday๐Ÿ’‹

22 Apr 2017

CAUTION : BLOG UNDER RENOVATION

No comments    
categories: 
Assalammualaikum uols !

Image result for under renovation

Keep Calm, its Saturday. Stay Gorgoues uols ๐Ÿ’•

Test Blockquotes

Cupcake ipsum dolor sit amet toffee. Fruitcake brownie chocolate cake brownie oat cake. Wafer pie marshmallow icing carrot cake jujubes cookie croissant. Chocolate cake candy sweet roll. Candy canes I love chocolate cake cake dessert fruitcake danish pudding. Chocolate carrot cake I love toffee danish cupcake. Chupa chups cotton candy chupa chups gummi bears. Carrot cake pudding I love lollipop chocolate cake donut sweet roll marshmallow. Chocolate cake wafer candy canes sugar plum pudding sugar plum donut powder chocolate cake. I love I love caramels. Cotton candy dessert bear claw I love apple pie jelly beans. Biscuit cookie sesame snaps tiramisu.

21 Apr 2017

Segmen Blogwalking & Bloglist By Miss BaNu

Bismillahirrahmanirrahim


http://mulan-sahbanu.blogspot.my/2017/04/segmen-blogwalking-bloglist-by-miss-banu.html
Klik Banner & Join bjemaah uols !๐Ÿ’•

Khas buat Blogger Miss Banu :

"Semoga di hari ulang tahun kelahiran ini, dibukakan pelbagai pintu rezeki yang baik-baik. Sentiasa dalam lindungan Allah swt & sukses selalu dalam apa jua yang dilakukan, amin ya rabbal amin"

Happy Born Day dear ! ๐Ÿ’‹  

20 Apr 2017

Syamsul Yusof & Puteri Sarah selamat timang Cahaya Mata

Kuala Lumpur: Pelakon dan pengarah popular Syamsul Yusof dikurniakan anak sulung lelaki selepas isterinya, Puteri Sarah Liyana selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka itu pagi ini.


Bayi yang diberi nama Syaikhul Islam itu dilahirkan jam 6.32 pagi dengan berat 3.5 kilogram di sebuah pusat perubatan di Bangsar.




Syamsul ketika dihubungi berkata, mereka memilih nama Syaikhul Islam kerana ia membawa maksud kesejahteraan dan agamawan Islam.
“Nama itu juga adalah gelaran atau kata ganti nama yang diberikan kepada ulama-ulama alim di Makkah, Madinah dan seluruh dunia,” katanya kepada Harian Metro.
Menerusi akaun Twitternya, Syamsul juga menulis harapan supaya anaknya itu menjadi pejuang Islam yang ikhlas di samping berkongsi foto pertama anaknya.
Syamsul dan Puteri Sarah yang juga pelakon melangsungkan pernikahan pada 8 Mac 2014.

sumber : Harian Metro
sumber gambar : Instagram @syamsulyusoffilm


P/s : Tahniah buat Syamsul & isteri, selamat berpantang buat Puteri Sarah๐Ÿ’•

19 Apr 2017

Segmen 'I AM BLOGLISTED BY MRS PIP'

Bismillahirrahmanirrahim




Klik Banner & Join Bjemaah uols !๐Ÿ’•

GIVEAWAY DIOR MINIATURE PERFUME MINI BY OURMEMORIA.MY

Bismillahirrahmannirrahim



Klik Banner & Join bjemaah uols !!
Hadiah Menarik menanti Pemenang terpilih !๐Ÿ’•


18 Apr 2017

B.L.E.S.S.I.N.G

No comments    
categories: ,
Assalammualaikum uols !


Image result for ibu bapa quotes
kredit : Google Image

Let's take a moment to sit & remind๐Ÿ’•

15 Apr 2017

Mini Giveaway By Wawa

Bismillahirrahmanirrahim


Tamat Tempoh : 30 April 2017
Klik Banner & Join bjemaah uols ! ๐Ÿ’•

14 Apr 2017

Fast & Furious 8 : The Fate of the Furious (2017) Review & Sinopsis

Assalammualaikum uols !

Filem yang paling di tunggu-tunggu bagi peminat Fast & Furious untuk edisi ke 8 ini telah ditayangkan sepenuhnya di seluruh pawagam Malaysia pada 12 April 2017. Diklasifikasikan untuk tontonan 18 tahun ke atas dan berdurasi selama 2 jam 16 minit, Ju dan Mr H menonton wayang ni pada hari pertama tayangannya di Growball Cinema iaitu pada jam 11:30 PM.

Kos sepanjang pembikinan filem ini dianggarkan lebih dari 130 juta USD dan berupaya mengutip keuntungan hampir 400 juta USD untuk edisi ke 8 Fast & Furious. Masih mengekalkan barisan pelakon utama seperti Vin Diesel, Michelle Rodriguez, Tyrese Gibson, Chris Bridges dan pelakon dari Fast & Furious 6/7 iaitu Dwayne Johnson, Jason Statham, Luke Evans, Chris Bridges, Elsa Pataky, Kurt Russel. Manakala pelakon baru yang diterapkan dan sangat menonjol dalam Fast & Furious 8 ini ialah Charliez Theron, Helen Mirren, Scott Eastwood dan Kristofer Hijvu.

Filem arahan F. Gary Gray ini sepenuhnya bergenrekan aksi, jenayah, drama dan thriller.

Fast & Furious 8 : The Fate of the Furious (2017) Review & Sinopsis || Berlatarbelakangkan Cuba, lokasi bulan madu Dom (Vin Diesel) dan Letty (Michelle Rodriguez) tidak lengang dikelilingi dengan komuniti yang obses dengan kenderaan seperti mereka. Di sana Dom bertemu dengan Cipher (Charliez Theron) penggodam paling dikehendaki yang menawarkan Dom untuk bekerja
dengannya atas satu sebab yang mustahil untuk dielakkan oleh Dom. Terikat dengan perkara itu, Dom bersetuju untuk berpaling dari kumpulan dan keluarganya dan mula bergerak solo atas arahan Cipher untuk merampas EMP dari Hobbs (Dwayne Johnson) semasa kumpulan mereka selesai mengambil EMP yang berpangkalan di Cleveland.

Terkejut dengan tindakan Dom bekerjasama dengan Cipher dan Hobbs yang ditahan atas konspirasi merampas EMP, Mr Nobody (Kurt Russel) bersama Scott Eastwood mencadangkan agar kumpulan Hobbs bekerjasama dengan Ian Shaw (Jason Statham) menyelidik punca Dom berpaling tadah sekaligus menyiasat rancangan Chipher menginginkan EMP. Kegiatan Cipher dan krew berpusat di sebuah kapal terbang miliknya, disana Dom ditemukan dengan Elena, seorang kawan dan kekasihnya dalam Fast 6 setelah Letty diumumkan meninggal dunia.

Tej (Chris Bridges) dan Ramsey (Nathalie Emmanuel) cuba mengesan kedudukan Dom melalui God's Eye namun gagal apabila Dom memecah masuk pejabat Mr Nobody dan merampas God's Eye daripada mereka. Kosong tanpa sebarang maklumat untuk menjejak rancangan Cipher, membawa Letty dan kumpulannya ke New York.

Bertemu Dom di sana apabila Dom cuba untuk merampas peti kawalan nuklear dari Menteri Pertahanan Rusia. Kekacauan di bandar berlaku apabila semua kenderaan pacuan automatik digodam untuk menghalang laluan Menteri Pertahanan Rusia. Setelah berjaya mendapatkan peti kawalan nuklear, Dom cuba melarikan diri dari Letty dan kumpulannya yang lain. Kegagalan Dom mengawal Letty dari cuba mempengaruhi emosinya menyebabkan Elena dibunuh sebaik Dom tiba dengan peti kawalan nuklear dikapal milik Cipher.

Dom yang cuba mengawal amarah dan mahu menyelamatkan nyawa yang menjadi taruhan, dia berjanji untuk menyelesaikan kerja yang diberi oleh Cipher sebaik mungkin. Bagi mengaktifkan nuklear, Dom ke Atlanta dimana beradanya kapal selam yang memiliki peluru nuklear tersebut. Seolah dapat membaca rancangan Cipher, Hobbs dan yang lain bergerak ke Atlanta untuk mengagalkan misi Cipher.


Image result for #fast 8
kredit : Google Image

Image result for fast and furious 8 2017 wallpaper
kredit : Google Image

Image result for fast and furious 8 2017 wallpaper
kredit : Google Image

Image result for babak fast and furious 8
kredit : Google Image

Image result for babak fast and furious 8
kredit : Google Image

........................................

Nyawa siapakah yang membuat Dom terikat dengan Cipher ? Adakah Dom kembali ke pangkuan keluarga semula ? Anda peminat Fast & Furious dan peminat filem aksi, wajib tonton filem ini๐Ÿ˜‰


Jalan cerita : 9/10 bintang
Kualiti Filem : 9.5/10 bintang

Jom ke panggung berdekatan anda sekarang !๐Ÿ’•

13 Apr 2017

Tips Hiking Jangka Pendek untuk Pendaki Baru

Assalammualaikum uols !

Memandangkan hujung minggu ni Ju terlibat dengan satu aktiviti hiking jangka pendek yang mana pertama kali bagi Ju untuk tahun ni, beberapa persediaan Ju perlu lakukan sebelum hari tersebut tiba. Sekiranya korang berniat untuk mendaki dan juga baru dalam aktiviti hiking ni, jom baca tips di bawah

Tips Hiking Jangka Pendek untuk Pendaki Baru || Hiking atau mendaki ini ialah satu aktiviti lasak yang kini menjadi pilihan dikalangan masyarakat kita untuk menguji daya tahan badan selain dari aktiviti senaman biasa yang kita buat. Sama ada korang mendaki bukit atau gunung, kedua-dua nya juga merupakan cabaran yang memerlukan persediaan yang cukup dari segi keperluan fizikal dan mental.

Pendakian jangka pendek ? Jom semak senarai barang dibawah :

  • Pakaian (Baju T dan seluar tracksuit panjang) jenis sintetik dicadangkan, mudah menyerap peluh dan pilihan warna dicadangkan ialah warna cerah
  • Kasut yang bersesuaian dengan trek tempat mendaki untuk keselesaan kaki dan mengelakkan kaki anda dari mengelecet atau tergelincir sekaligus melindungi kaki anda dari binatang bisa
  • Beg galas berukuran 35L-50L (contoh : size beg budak sekolah)
  • Air mineral atau air isotonik yang cukup
  • Lampu suluh penting untuk dibawa sekiranya masa pendakian anda pada awal pagi atau sesudah petang
  • Alat perubatan yang mudah dibawa seperti plaster/minyak angin/Knee guard
  • Makanan yang mudah dibawa seperti snek untuk pendakian jangka pendek
  • Wisel untuk kecemasan sekiranya terpisah dari kumpulan anda dan telefon anda tiada rangkaian talian dikawasan mendaki 
  • Topi jika perlu
Persediaan ini lebih fokus kepada pendakian jangka pendek seperti mendaki bukit.
Paling penting Ju ingin kongsikan, kena tahu keadaan dan kedudukan geografi tempat kita nak daki tu dan kita juga kena maklumkan dengan keluarga atau kawan-kawan terdekat mengenai aktiviti kita agar mereka tidak mudah panik sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini. Lokasi hiking yang Ju pergi? Insyallah nanti Ju kongsi eah๐Ÿ˜‰

Image result for hiking
Kredit : Google Image

11 Apr 2017

#1 Giveaway by THEAAISY

Bismillahirrahmanirrahim



Hadiah menarik menanti Anda
Klik banner & Join bjemaah uols !๐Ÿ’•

10 Apr 2017

Junzie @ Taylor Hobbs Sport & Social Club : Dart Challenge 2017

Assalammualaikum uols !

Tajuk entri bukan main macam masuk pertandingan kebangsaan Ju rasa ๐Ÿ˜… Sabtu lepas Ju terlibat dalam aktiviti sukan dan sosial yang diadakan oleh majikan Ju. Sebelum ni pun Ju tahu mengenai dart melalui entri Blogger Anum Khairil. Tak pernah merancang untuk cuba permainan ni dan kebetulan aktiviti yang dijalankan sesama pekerja ialah permainan dart.

Junzie @ Taylor Hobbs Sport & Social Club : Dart Challenge 2017 || Kelab sukan sesama pekerja ini baru juga ditubuhkan oleh majikan Ju dan pertandingan Dart ialah aktiviti pertama bulan ini bagi kami. Pertubuhan kelab sukan dan sosial ini juga dikenakan yuran bulanan sebanyak RM 10 setiap seorang dan pelbagai aktiviti telah dirancangkan untuk kami sebagai alternatif merapatkan sillaturrahim.

Ju datang ke pertandingan dengan zero pengalaman dan teknik. Niat sepenuhnya hanya ingin memeriahkan sukan dan beramah mesra dengan rakan sekerja lain. Namun sebelum itu, Ju google juga apa yang Ju perlu tahu mengenai Dart ๐Ÿ˜Œ

Papan dart kebiasaannya terdapat ruang nombor 1 - 20 merujuk kepada markah untuk bahagian yang berwarna hitam dan putih tanpa sebarang ganda berbanding papan berwarna merah dan hijau.

Cara Pemarkahan Papan Dart
  • Ruang hitam dan putih - markah ikut nombor ruang tersebut
  • Double line (lingkaran pertama/besar) : markah di ganda 2
  • Triple line (lingkaran kedua/kecil) : markah di ganda 3
  • Bull (lingkaran ke 3) : 25 Point
  • Bulleye atau lingakaran tengah : 50 Point



Jenis Papan Dart

Terbahagi kepada dua jenis iaitu "target board" biasa yang dibuat dari papan dan panah dart dari logam ATAU jenis elektronik iaitu "target board" di buat dari plastik begitu juga dengan panah dart.

Seramai 15 kumpulan menyertai pertandingan ini dan setiapnya terdiri dari 3 ahli. Perbezaan pangkat dilupakan, tiada yang diatas mahupun dibawah ketika ini. Masing-masing datang untuk bersuka ria dan melepaskan tekanan kerja๐Ÿ˜Selepas sesi penerangan dan latihan singkat, pertandingan dimulakan. 

Banner Sport & Social Club : Dart Challenge 2017




Yeaayy ! Kami team kalah dapat sijil juga๐Ÿ˜‚

Rasa lebih selamat bila dapat tahu, "target board" yang kami main jenis elektronik.
Tak banyak gambar yang Ju dapat kongsikan sebab Ju balik sekitar jam 9 malam selepas team Ju kalah di pusingan pertama ๐Ÿ˜‚ Pertandingan sepenuhnya tamat pada jam 2 pagi.

Aktiviti bulan depan ? Mungkin akan menjejakkan kaki berjemaah ke Kundasang ๐Ÿ˜

8 Apr 2017

The Baby Boss Review & Sinopsis

Assalammualaikum uols !

Filem animasi pertama Ju review kali ni merupakan terbitan Dreamwork Animation. Mula di tayangkan pada 30 Mac lepas di seluruh Malaysia dan Ju berpeluang menonton filem ni atas pilihan Bff Emas Putih beberapa hari lepas.

Berdurasi selama 1 jam 37 minit dan filem ini diklafikasikan P13 serta bergenrekan animasi, sesuai ditonton oleh semua peringkat umur.

The Boss Baby Review & Sinopsis || Tim seorang kanak-kanak berasal dari keluarga kecil yang bahagia disamping ibunya Janice dan ayah, Ted. Kedua ibu bapa Tim bekerja di syarikat haiwan iaitu Puppy Co. Sebagai kanak-kanak yang lincah dan aktif, Tim mengharapkan mereka hanya bertiga sehingga ke akhir hayat. Namun impian Tim musnah apabila suatu hari keluarga kecil mereka menerima kehadiran seorang bayi yang tiba dengan teksi di hadapan rumah lengkap berpakaian sut. Terkejut dengan kehadiran bayi berkenaan, ibu dan ayah Tim memperkenalkan kepada Tim bahawasanya bayi berkenaan ialah adik barunya.

Tim mula rasa ingin memberontak kerana perhatian kedua ibu bapa hanya dengan adik kecilnya. Tiada lagi pelukan, lagu atau cerita sebelum tidur terhadapnya. Namun, segalanya terbongkar apabila Tim mendapat tahu adik kecilnya berupaya berkomunikasi seperti orang dewasa apabila suatu malam Tim mendengar perbualan telefon adik kecilnya dibilik. Terkejut dengan penemuan itu, adik kecil Tim menggelar dirinya sebagai The Boss Baby. Tim mula mengambil peluang untuk menyingkirkan The Boss Baby dari keluarga kecilnya untuk menebus semula perhatian sepenuuhnya dari kedua ibu bapanya.

Enggan rahsianya terbongkar, The Boss Baby menjelaskan kedatanganya dalam keluarga Tim adalah kerana misi untuk membongkar  kegiatan yang dilakukan dalam Puppy Co. The Boss Baby ditugaskan untuk mencari maklumat mengenai Puppy Co. dengan masuk dalam keluarga pekerja syarikat berkenaan. Peratusan komuniti yang lebih menyukai anak anjing daripada bayi menyebabkan penurunan mendadak terhadap syarikat Baby Corp dimana The Boss Baby bekerja. "Rahsia Formula Bayi" yang diminum oleh TheBoss Baby juga adalah cara untuk beliau mengekalkan fizikal bayi dengan berfikiran seperti orang dewasa. Tanpa formula tersebut, The Boss Baby akan bertukar kepada perwatakan bayi sepenuhnya.

Tim dan The Boss Baby mula bersepakat dan Tim berjanji akan membantu The Boss Baby dengan syarat The Boss Baby akan meninggalkan keluarga Tim sesudah selesai memperoleh bukti terhadap kegiatan Puppy Co. Sepanjang misi tersebut, Tim dan The Boss Baby berkongsi saat gembira bersama sebagai adik beradik yang bahagia kononnya untuk mengaburi mata kedua ibu bapa mereka.

Bertemu dengan majikan Puppy Co, Mr Francis, semasa hari membawa anak ke tempat kerja, Tim dan The Boss Baby mendapat tahu niat Mr Francis sebenarnya untuk melepaskan rekaan terbaru mereka iaitu anak anjing yang hidup selama-lamanya adalah untuk memusnahkan Baby Corp. Kecewa dengan tindakan atasan Baby Corp yang membuang Mr Francis membuatkan beliau nekad untuk membalas dendam. Ibu bapa Tim dibawa ke Vegas untuk hari perasmian manakala Tim dan The Boss Baby ditahan dirumah mereka sendiri dibawah kawalan penjaga Mr Francis.

Cubaan melepaskan diri berjaya sekaligus membawa Tim dan The Boss Babu ke Vegas untuk menyelamatkan kedua orang tua Tim. Setibanya disana, Mr Francis bertindak mengurung Janice dan Ted.

Image result for the baby boss
kredit : Google Image

Image result for the baby boss
kredit : Google Image

Berjayakah misi Tim menyelamatkan ibu bapanya ? Dapatkah The Boss Baby menumpaskan usaha Mr Francis untuk menyebarkan kasih sayang komuniti terhadap anak anjing berbanding bayi ?

....................................................

Jom ke panggung terdekat anda sekarang !
Ju bagi 6/10 bintang. Sesuai untuk ditonton bersama keluarga ๐Ÿ’•

7 Apr 2017

Junzie Food Review @ D'harz Local Favorites Restaurant

Assalammualaikum uols!

Pertama kali Ju menjejakkan kaki ke Dharz Local Favorites Restaurant ni semalam dengan Mr H dan kali pertama juga Ju review makanan di blog Ju kali ni.

Junzie Food Review @ D'harz Local Favorites Restaurant ||Terletak di Sepangar, Kota Kinabalu. Berseberang jalan dengan kawasan prumahan Ju tinggal, memang rutin akan melalui restoran ni setiap hari.

Malam semalam terdetik hati untuk singgah dan mencuba menu disini. Mudah untuk meletakkan kenderaan kerana lokasi restoran yang beraddi tepi jalan namun tidak menghalang lalu lintas. Melangkah masuk Ju lihat pelanggan boleh dihitung dengan jari dan fikiran Ju mesti servis memesan menu tidak perlu menunggu terlalu lama memandangkan perut masing-masing sudah mula berbunyi ritma pop rock ๐Ÿ˜Ž Pilihan tempat duduk terbahagi kepada dua iaitu di dalam dan di luar restoran. Ju dan Mr H memilih untuk duduk di luar.

Menu yang Ju pilih mengikut permintaan tekak ialah Tom yam Putih Seafood dan Nasi Goreng Daging Pattaya untuk Mr H. Manakala untuk air kami sepakat memilih Lemon Madu.

Sambil menunggu menu yang di pesan Ju memerhatikan kawasan sekitar, nampak nya pemilik restoran juga ada menyediakan khidmat sarapan pandu lalu kepada pengunjung seawal 06:30 pagi setiap hari dan menu yang ditawarkan ialah Nasi lemak khususnya. Sesuai dengan lokasi restoran yang mudah disinggah oleh pelanggan kerana hanya terletak di tepi jalan. Selain itu, restoran ini juga menyediakan menu sate, nasi impit dan pau sekiranya anda ingin mencuba menu yang tidak terlalu berat.



Pintu Masuk

Buku Menu

Lemon Madu untuk minuman

Bahagian luar tempat duduk restoran

TomYam Putih Seafood

Nasi Goreng Daging Pattaya


Setibanya sampai menu yang dipesan, Ju kecewa dengan Tomyam putih Seafood. Rasa tomyam memang ada TETAPI isi hanya terdiri dari fish cake kebanyakannya, 2 ekor anak sotong, 3 ekor udang selebihnya sayur kobis. Mungkin kerana Ju meletakkan harapan yang tinggi terhadap tomyam yang sepatutnya Ju dapat. Sebaliknya pula dengan Nasi Goreng Daging Pattaya Mr H, sangat sedap dan sesuai dengan apa yang diharapkan ! Habis makan walaupun Ju tidak habiskan sepenuhnya, Ju lapor dengan bahagian kaunter restoran mengenai menu tersebut dan Ju hanya berharap pihak restoran membaikpulih menu mereka setanding dengan harga yang dikenakan kepada pelanggan. Adakah Ju akan kembali ke sini selepas insisden semalam ? Tak pasti ๐Ÿ˜ Bukan masa terdekat tapi tentu Ju akan singgah lagi๐Ÿ˜‰

Jumlah  : RM 24.00

6 Apr 2017

Segmen : Awak Follow Saya, Saya Follow Awak By Shikin Razali

Segmen Pencarian Bloglist Peaceful by Najihah

5 Apr 2017

Menarik di Kota Kinabalu : Sungai Tagal Dolungan Sumbiling, Kimanis

Assalammualaikum uols !!

Pejam celik dah masuk April 2017. Ju masih tak boleh move on lagi cuti dengan keluarga yang lepas. Masih berbaki entri terakhir untuk di kongsikan dengan korang semua lokasi yang Ju pergi dengan keluarga๐Ÿ˜„

Tagal ialah satu sistem yang diperkenalkan oleh Jabatan Perikanan, Sabah bagi mengawal penangkapan ikan di sungai khususnya sekaligus memelihara ekosistem hidupan sungai dalam tempoh yang dipersetujui. Sistem tagal kebanyakannya dipraktikkan di sekitar perkampungan yang memiliki aluran sungai dan apa yang menarik mengenai tagal ialah penduduk kampung sendiri yang menguatkuasakan peraturannya.


Sungai Tagal Dolungan Sumbiling, Kimanis || Salah satu sungai di Sabah yang telah ditagalkan oleh penduduk kampung Kinolosodon Ulu Kimanis manakala Dolungan Sumbiling adalah nama yang di berikan kepada sungai tersebut. Menjadi trending di laman sosial Facebook di awal pembukaannya kepada pengunjung sekitar Oktober 2016 sehingga kini khususnya kepada penduduk tempatan sekitar Kota Kinabalu. Memandangkan kami tidak pernah melangkah kaki ke kawasan ini, Ju sekeluarga memanfaatkan sepenuhnya penggunaan Google Map๐Ÿ˜Ž


Terletak 53.5 kilometer dari pusat bandar Kota Kinabalu dengan memakan masa selama 1 jam 15 minit perjalanan (bergantung keadaan jalan raya) kami tiba di Sungai Tagal Dolungan Sumbiling sekitar jam 11.30 pagi pada 26 Mac lepas.

Apa yang perlu anda tahu mengenai Sungai Tagal Dolungan Sumbiling ialah :

Waktu Operasi :
Buka setiap hari kepada pengunjung

  • Isnin - Sabtu (08:30 pagi sehingga 04:30 petang)
  • Ahad (08:30 pagi sehingga 03:30 petang)
  • Tutup sekiranya air sungai deras atau hujan

Yuran Masuk Pengunjung :

Warganegara 
  • Dewasa (13 tahun ke atas) RM 3
  • Kanak-Kanak (10 - 12 tahun) RM 1
  • Kanak-kanak bawah 10 tahun PERCUMA

Bukan Warganegara

  • Dewasa (13 tahun ke atas) RM 5
  • Kanak-Kanak (10 - 12 tahun) RM 3
  • Kanak-kanak bawah 10 tahun PERCUMA

Yuran bagi kemudahan lain seperti :
  • Pelampung RM 3
  • Makanan ikan RM 2 untuk 1 pek


Berbaris ke kaunter Pendaftaran

Kami diberi taklimat untuk langkah keselamatan

Pintu Masuk 

(i)Kemudahan yang disediakan - Pondok dan BBQ

(ii)Kemudahan yang disediakan - Pondok Rehat

(iii)Laluan ke sungai

(iv)Sekitar pemandangan di laluan sungai 

(v)Bahagian sungai yang ditagalkan

(vi)Bahagian sungai yang ditagalkan

(vii)Bahagiam sungai untuk mandi

(viii)Pemandangan sekitar kawasan sungai

(x)Pemandangan sekitar pondok rehat

(xi)Kemudahan tandas dan pelampung kecemasan

(xii)Pemandangan kawasan pondok rehat

Menariknya di sini, sungai tagal Dolungan Sumbiling di bahagikan kepada 3 bahagian iaitu kawasan kanan sungai (atas) untuk dewasa, tengah bagi kawasan ikan dan di larang untuk mandi manakala bahagian hujung sungai khas untuk kanak-kanak kerana keadaan sungai yang cetek namun masih perlu untuk ibu bapa memantau aktiviti anak-anak bagi mengelakkan hal yang tidak diingini.

Ju rekomen kepada anda yang tercari-cari kawasan baru untuk bawa keluarga beriadah khususnya jika anda berada di Kota Kinabalu. Ju kongsikan juga di sini laman sosial Sungai Tagal Dolungan untuk pelbagai info terkini dan lokasi tempat beriadah berkenaan.


Jom baca ini juga :