Wednesday, 29 March 2017

Menarik di Kota Kinabalu : Sinilou Kibambangan Water Park, Penampang

Assalammualaikum uolss !

Tamat cuti pendek Ju bersama keluarga sebelah Mr.H kelmarin. Ju kongsikan beberapa lokasi menarik Ju pergi semasa bercuti. Semoga menjadi rujukan kepada anda nanti yang merancang ke Sabah😉

Sinilou Kibambangan Water Park || Pertama kali berkunjung ke sini, Ju dan keluarga menggunakan khidmat Google Map😂😂 Bertempat di Penampang dan mengambil masa selama 1 jam 15 minit untuk sampai sekiranya anda bertolak dari pusat bandar Kota Kinabalu manakala terletak 5 kilometer dari Pekan Dongongon, Penampang. Water Park ini baru sahaja di bangunkan dan baru di buka kepada pengunjung sekitar bulan November-Disember 2016.

Waktu Operasi :
  • Buka setiap hari (Jam 7 pagi - 5 petang)

Yuran masuk untuk pengunjung ialah :

Warganegara 
  • Dewasa Rm 3
  • Kanak-kanak Rm 1.50
  • Kanak-kanak bawah 10 tahun : Percuma
Bukan Warganegara
  • Dewasa Rm 5
  • Kanak-kanak Rm 3

Yuran bagi kemudahan lain seperti :
  • Pondok Santai Rm 25 setiap satu
  • Pelampung Rm 2

Menarik perhatian kami di sini ialah khidmat kemudahan yang di sediakan seperti pondok bersantai lengkap dengan BBQ set, 2 lokasi tandas dan bilik penukaran pakaian, pengasingan kolam mandi mengikut umur dan paras kedalaman turut di maklumkan kepada pengunjung menerusi papan tanda yang di sediakan. Juga kelihatan laluan sungai telah di naik taraf seperti kolam yang bertingkat-tingkat, bagi memudahkan pengunjung untuk mandi  terutama kanak-kanak.

Memandangkan kami datang bukan waktu cuti atau hujung minggu, kelihatan kawasan Water Park sangat lengang hanya terdiri dari kami sekeluarga dan beberapa pengunjung lain.



Kaunter Pembayaran


Laluan di dalam kawasan Water Park


Kad Pondok selepas mendaftar (Perlu di kembalikan)


(i) Kemudahan Pondok Santai : RM 25 untuk satu Pondok


(ii) Pondok Santai di bahagian setiap tepi laluan sungai


(iii) Kiri dan kanan laluan sungai di dirikan Pondok Santai


(iv) Khidmat Sampan : Rm 2 seorang untuk satu Jam pertama  


(v) Laluan sungai di naik taraf


(vi) Laluan sungai di naik taraf 


(vii) Kawasan mandi bagi kanak-kanak

(vii) Kawasan mandi untuk kanak-kanak


(viii) Kawasan kedalaman sesuai untuk kanak-kanak di bawah jagaan ibu bapa


(ix) Kemudahan shower dan tandas 

Kredit Google Map untuk rujukan lokasi Sinilou Kibambangan Water Park


Jika anda merancang untuk ke Kota Kinabalu, Sabah. Anda wajib singgah ke sini Sinilou Kibambangan Water Park, Penampang. Dengan kemudahan yang di sediakan dan suasana alam semula jadi yang bersih dan tenang, Ju dan keluarga sangat berpuas hati !😗

Jom baca ini juga :
Copyright © 2015 Junzie || Life is a Beautiful Struggle
| Distributed By Gooyaabi Templates