Logan Review & Sinopsis

Assalammualaikum uols !

Alhamdulillah, entri review filem Hollywood ke - 3 untuk kali ni.Berkesempatan menonton wayang ni ahad lepas, Ju kongsikan sedikit sebanyak sinopsis filem Logan dengan korang.

Logan Review & Sinopsis || Berlatar belakangkan tahun 2024, pada waktu ini di gambarkan golongan mutan sudah tidak bermutasi bertahun lama nya. Malah anggota X-men juga telah mati kesan dari kegagalan Charles Xavier mengawal kuasa nya. Diburu kerana mengakibatkan kematian orang awam, Charles Xavier di sembunyikan oleh Logan demi keselamatan nya.

Watak Logan yang di pegang oleh Hugh Jackman di waktu ini di paparkan sebagai seorang yang semakin lemah dari segi fizikal dek penyakit mutan yang enggan di kongsikan beliau dengan Caliban, seorang mutan yang memiliki fizikal seperti albino sangat sensitif terhadap cahaya di pertanggungjawabkan oleh Logan untuk menjaga Charles Xavier yang sudah lanjut usia dan lumpuh serta bergantung dengan ubat-ubatan untuk mengawal kuasa dan sawan beliau.

Menghabiskan sisa waktu yang tinggal, Logan bekerja sebagai pemandu kereta sewa mewah dalam usaha untuk mengumpul wang dan merancang membawa Charles Xavier berpindah dari kawasan tempat tinggal kini (sempadan Mexico) ke tempat baru yang lebih selamat. Dalam usaha tersebut, beliau telah terserempak dengan Gabriella yang mahu mengupah perkhidmatan beliau untuk menghantar Gabriella dan anak nya, Laura ke satu lokasi rahsia untuk keselamatan anak nya.

Dalam misi tersebut, Gabriella telah di bunuh oleh Donald Pierce, anggota keselamatan yang di upah oleh kesatuan rahsia Transigen . Setelah itu, Logan mendapat tahu Laura ialah anak nya sendiri yang terhasil dari DNA mutan beliau. Transigen menjalankan eksperimen mutasi gen mutan secara rahsia terhadap kanak-kanak yang di lahirkan menerusi tabung uji mutan terdahulu dalam usaha mencipta mutan yang lebih agresif dan kuat.

Eksperimen tersebut telah berjaya menghasilkan mutan X-24  dan menyebabkan kanak-kanak mutan lain perlu di hapuskan sebagai langkah keselamatan. Beberapa kanak-kanak yang berjaya melarikan diri telah merancang untuk melarikan diri ke sempadan demi keselamatan yang lebih terjamin dari pihak Transigen.

Menghampiri klimaks, dalam usaha memastikan Laura selamat sampai ke destinasi, Charles Xavier telah di bunuh oleh X-24. Apabila bersemuka dengan subjek X-24, Logan seolah-olah bertempur dengan diri nya sendiri. Di mana X-24 juga merupakan mutan yang di hasilkan dari admantium dan fizikal serta wajah adalah sama seperti Logan namun berkali ganda lebih kuat dari Logan.


Image result for logan 2017


Dapatkah Logan mengalahkan X-24 dan mampukah beliau memastikan Laura sampai ke lokasi bersama saki baki rakannya yang di buru?


...................................................

Jom ke panggung terdekat anda sekarang ! 😁
Ju bagi 8/10 bintang untuk filem Marvel Production ni. Selamat menonton 💕

Kredit Gambar : Google Image
Jom baca ini juga : Sleepless Review & Sinopsis

No comments