Kong : Skull Island (2017) Review & Sinopsis

Assalammualaikum uols !

Umum tahu filem Hollywood, Kong : skull island 2017 ni adalah sekuel filem King Kong 2005. Namun ada banyak perbezaan yang di bawakan dalam kisah terbaru ni dari segi jalan cerita terutama nya dan harus di puji, grafik yang di tonjolkan sangat berkesan dalam menjayakan filem ni. Tidak mudah di jangka berbanding King Kong 2005, itu yang menarik perhatian Ju semasa menonton wayang ni semalam.

Filem berdurasi selama 2 jam ni mula ni di tayangkan di seluruh negara pada 10 Mac 2017 merupakan hasil produksi Legendary Picture & Tencent Pictures ini telah menelan belanja 185 juta US Dollar. Convert kepada Rm ? 😨 phewww tapi yes berbaloi.

Bergenrekan sains fiksyen, fantasi, pengembaraan dan aksi, filem ini sesuai ditonton pelbagai peringkat umur. Ju kongsikan dengan korang sedikit olahan sinopsis filem ni dari pandangan Ju

Kong : Skull Island Review & Sinopsis ||Berlatarbelakangkan tahun 1944, sekitar berlaku nya perang dingin antara US dan Jepun, 2 perajurit yang mana seorang US, Marlow (John C reily) dan seorang Jepun  telah terdampar di sebuah pulau terasing selepas pesawat masing-masing di tembak jatuh. Terselamat dari nahas tersebut, mereka yang enggan menyerah antara satu sama lain, berlawan sesama sendiri sehingga ke tengah hutan dan tanpa sengaja terserempak dengan gorilla gergasi, Kong, setinggi 30 meter.

28 tahun selepas itu sekitar 1973, satu agensi yang di namakan sebagai Monarch di terajui oleh Bill Randa (John Goodman) di bantu oleh Brooks (Corey Hawkins) menemui pulau yang tidak di petakan dan beranggapan penemuan tersebut merupakan penemuan paling penting dalam sejarah. Bercadang untuk menjelajah pulau tersebut, Randa mengumpul sepasukan ahli biologi, pakar penjejak bekas tentera British, James Conrad (Tom Hiddleton), jurugambar dan ahli keamanan, Mason Weaver (Brie Larson) dengan bantuan sepasukan tentera di ketuai oleh Preston Packard (Samuel L.Jackson) untuk mengiringi kumpulan ekspedisi Randa ke pulau yang di gelar sebagai pulau tengkorak berdasarkan imej satelit yang seakan-akan bentuk tengkorak.

Setibanya di pulau Tengkorak, pasukan tentera dengan arahan dari pasukan biologi Randa, telah menjatuhkan bom seismik bagi mengetahui keadaan tanah di pulau tersebut. Insiden tersebut menyebabkan kemunculan Kong. Marah dengan perbuatan pasukan Randa, Kong telah menjatuhkan 9 pesawat pasukan Packard dengan kelebihan fizikal nya melebihi 30 meter tinggi. Hal tersebut mengorbankan beberapa anggota Packard dan baki terselamat tercedera namun terpisah di antara satu sama lain. Packard mula berdendam dengan Kong atas insiden tersebut.

Dalam usaha mencari ahli yang terselamat, kumpulan ekspedisi, Randa bersama Packard terpisah dengan kumpulan Conrad menemui pelbagai jenis hidupan yang berada di Pulau Tengkorak. Jauh berbeza dengan binatang dunia luar dari segi fizikal begitu juga jenis habitat hidupan tersebut. Terjumpa dengan perkampungan orang asli di bahagian timur pulau tengkorak dan seorang perajurit US yang terperangkap dari perang dunia kedua, Marlow  (John C Reily) memberi nafas baharu kepada kumpulan Conrad untuk keluar dari pulau tersebut.

Di perkampungan asli tersebut, Conrad dan kumpulan nya mendapat tahu bahawa Kong bukan lah binatang yang jahat melainkan Kong ialah Raja di pulau tersebut. Menjaga orang asli dan hidupan lain dari bahaya dunia luar dan menjadi pemangsa oleh haiwan bawah tanah iaitu Skull Crawler. Berabad lama nya, keluarga Kong melindungi pulau tersebut dan dalam pertempuran dengan ketua Skull Crawler telah mengorbankan ibu bapa Kong dan menjadikan Kong yatim piatu  serta tanggungjawab menjaga pulau berpindah kepada nya. Orang asli sangat menghormati Kong sehingga ada tempat beribadat di dirikan sebagai satu penghargaan kepada Kong.

Packard bersama anggota tentera lain bersama Randa dalam perjalanan ke barat pulau tengkorak dalam usaha menyelamatkan Chapman serta bercadang mengambil bekalan senjata untuk menumbangkan Kong atas kematian ahli pasukan nya yang lain. Bertemu dengan kumpulan Conrad semasa menyebarangi sungai untuk ke titik selamat seperti yang di rancangkan untuk keluar dari pulau, Packard enggan pulang dengan alasan untuk menyelamatkan Chapman. Tegahan Marlow kepada kumpulan Packard untuk berkunjung ke barat tidak di endahkan. Mereka bertemu dengan Skull Crawler dan pertempuran serta merta berlaku. Randa, Chapman dan beberapa ahli terkorban dalam insiden tersebut. Setelah mendapat bekalan senjata yang di inginkan, Packard merancang untuk mengumpan keluar Kong dengan bom seismik. Tercedera dalam rancangan Packard, KOng yang di bakar dalam tasik api mula rebah. Conrad bertindak menghalang perbuatan Packard dari terus mencederakan Kong dan pada masa sama, ketua Skull Crawler beranggaran 30-40 meter besar muncul dan menyerang kumpulan ekspedisi yang terselamat. Dengan baki kekuatan yang masih ada, Kong bangkit untuk bertempur.


Image result for kong skull island
kredit : Google Image


Image result for kong skull island
kredit : Google Image


Image result for kong skull island
kredit : Google Image


Image result for kong island 2017
kredit : Google Image

Selamat kah Kong dalam pertempuran dengan Skull Crawler ? Berjayakah kumpulan ekspedisi Monarch keluar dari Pulau Tengkorak ? 

..........................................

Jom ke panggung terdekat dengan anda ! 
Ju bagi 8/10 bintang untuk filem arahan Joe Cornish ni 😏

Jom baca ini juga : Logan Review & Sinopsis

No comments